Seutas tasbih, senaskah Al-Quran
Bismillahirrahmanirrahim...
Entah bagaimana harus dimulai catatan kali ini, payah untuk ku karangkan susunan kata-kata dan bait-bait bicara, biar ianya tersusun indah utk di baca dan ditatap. Rasanya banyak coretan ku di blog ni, kurang bermanfat, adakalanya ianya seolah-olah tak menggambarkan diriku. Apa mahu ku sebenarnya, apa maksud ku berblogging? Sebagai diarikah? Atau Populariti? Sendiri keliru...tp blog mesti dihidupkan, sebahagian dari kenang-kenangan katanya.
Semenjak dua menjak yang lalu, terasa perubahan dalam diri, semangat nak bermadah dan bermujahadah seolah-olah bercambah, kira penulisan juga turut ingin diubah, mungkin tidak terlalu mendadak, tp biarlah perlahan-lahan mengikut rentak. :D
Dua minggu lalu, ku terima salam persahabatan dari seorang kenalan, bersama seutas tasbih dan sebuah Al-Quran. Kaku dan kelu seketika, terasa berat dan berharga pemberian itu, bukan untuk dibuat mainan, bukan juga utk dibuat simpanan. Tapi untuk dibaca dan di amalkan, begitulah pesanannya..
Terima kasih sahabat atas pemberian, moga ukhwah terjalin terus berkekalan, kan ku jadikan ianya sebagai bacaan dan amalan, moga mendapat keberkatan.Amin...
Ku tinggalkan hadith ini yang diterima dari sahabat untuk perkongsian bersama -

*Teringat nostalgia 11 tahun yang lalu, sendiri pun pernah menghadiahkan senaskah Al-Quran pada si dia, sebagai hadiah ulangtahun ke -18, time tu dah clash dah, tp nak bg gak hadiah Quran, konon ingat dengan bekalkan dia Al-Quran, dia akan sentiasa ingat kat kita, tp Allah itu Maha Besar, kalau tiada jodoh tak akan berjumpa juga kita, dia dah pun kahwin dengan pasangannya dan dikurniakan cahaya mata. Ntah apa jadi pada Quran tu yer, kalu dia masih simpan dan guna, Alhamdulillah, boleh juga tempias pahala..heheheh - cerita cinta zaman sekolah2 a.k.a cinta monyet hehehe*
Ku tinggalkan hadith ini yang diterima dari sahabat untuk perkongsian bersama -
Sayang Menyayangi
Hadith :
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)
Huraian
Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

Comments