Skip to main content

MELAKA NEGERI YANG SEMPIT (org melaka jangan marah)

Salam readers. Subhanallah lama nya tak update blog ni, mentang2 lah bercuti hujung minggu entri pun x ada yg baru (cam na org nak dtg baca kan? Nuff pun x masyuk la...ekekeke) Tak apalah, nak buat cam na, kesempatan tiada nak update.

Ana tak dapat nak update sebab hujung minggu ni agenda bersama keluarga amat penuh. Syukur Alhamdulillah ana dapat meluangkan masa bersama famili tercinta bercuti ke Melaka. Tp kesibukan dan kepadatan pengunjung luar janganlah cerita yer, memang MELAKA JADI NEGERI YANG SEMPIT!! Em...kalu cuti hujung tahun nak2 masa krismas ni jangan ceritalah kepadatan pengunjung luar ke tempat2 seperti MELAKA, PULAU PINANG, PORT DICKSON & KOTA BAHRU (ini berdasarkan pengalaman dan cerita dari kawan2). Almaklumlah, semua org nak bercuti2 Malaysia ketika hujung tahun. 

Memang Melaka jadi negeri yang Sempit sebab, di kebanyakan tempat semua jem dan padat dengan makhluk Allah kat negeri Melaka, ana kebetulan dapat homestay di area Bukit Katil (mcm yang ana cakap dalam entri ni) jadi nak keluar ke kawasan town jangan cerita lah yer, dari simpang hospital pantai tu sampai ke area Parkson jem nyer MAsya Allah, boleh tahan jem, jadi ana yg nak ke bandar tak jadi terus patah balik ke area MITC (Kota Fesyen MITC). Dari traffic light depan PArkson dah nampak kereta berderet nak ke bandar hilir, jadi kirim salam kami sekeluarga nak ke sana. Mmg sampai ke sudah tak jejak kaki ke bandar pun.

Tengok plat kereta semua banyak plat negeri luar, mmg havoc betul la Melaka, ditambah pula malam ni sambutan Hari Krismas Peringkat KEbangsaan, jadi tak heran semua serba padat n penuh...jalan raya, tempat2 bersejarah dan hotel2...

Sebut pasal MITC ni, dulu rasanya kawasan ke MITC x adalah bangunan cam sekarang ni (wah menunjukkan betapa lamanya ana tak pergi ke Melaka, Melaka dah maju) tapi sekarang sume dah berubah sekelip mata, (so sapa kata MElaka tak best?) yang pasti ada Mydin Wholesale dan deretan kedai2 yg menarik tertarik dan dabbooommm!!

JAdi seronok ke gi Melaka?...Em kesimpulannya ana rasa seronok kerana banyak kenangan tercipta XD (lain macam jer bunyi ekekekeke...adalaaa ;D ) dan ana dapat spent time dgn famili, itu yg penting. For da 1st time ana dapat bawa famili g vacation tu (semua adik beradik termasuk ipar duai semua ada) Syukur Alhamdulillah...

Memang sesuai lah dengan gelaran Melaka Bandaraya Bersejarah 
(Emm sejarah tercipta di Melaka buat ana ;D )

Comments

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu. Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!! Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya? Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ...