Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a

Kelas Baking Kanak-Kanak ~ Pavlova & Red Velvet Cupcakes

Alhamdulillah, hari sabtu yang lalu ( 7 Disember 2013) kelas baking kanak-kanak telah berlangsung dengan jayanya...dengan penyertaan 7 orang kanak-kanak. Terima kasih di ucapkan kepada Puan Aidawati dari Damansara, Puan Nur dari Meru dan Puan Norihan dari Salak Tinggi yang sudi menghantar anak-anak2 mereka ke kelas yang saya anjurkan. Rata-rata kanak2 tersebut amat teruja dan gembira dengan kelas yang dianjurkan. Ibu-ibu pun amat berpuas hati. Syukur. Maklumbalas yang saya terima, kebanyakan peserta tidak sabar-sabar nak mengaplikasikan ilmu yang ada untuk dibuat dirumah. Lepas ni bolehlah hidangkan untuk keluarga pula ye murid2.. :) Nasib juga dalam mengendalikan kelas tu saya dibantu oleh assistant Chief yang diimport dari Dengkil heheheh..Terima kasih Chebi ye, kalau tak ada...kalut juga saya nak uruskan.. *Sangat seronok tengok telatah dan gelagat anak2 murid yang hadir...terubat juga rasa hati dan sunyi...

Kelas Baking Untuk Kids & Teenages

Salam, Hurmm Pav's Lover Bakery  nak survey market utk kelas baking kanak-kanak atau remaja cuti sekolah ni agak2 ada yang berminat tak? Lokasinya di Putrajaya. Agak2 ada yang berminat tak? Apa yang dipelajari? Pakej A : RM50 / seorang, maksimum 6 orang untuk setiap sesi 1. REd velvet cupcake dengan cheese cream frosting 2. Pavlova Pakej B - RM80 / seorang, maksimum 6 orang    untuk setiap sesi 1. Blueberi Cheese Kek 2. De'licious Cheezy Layer Hasil yang diperolehi?  *Input mengenai produk yang HALAL digunakan *Tips dan teknik mengolah dan mengadun bahan *Do & Dont's dalam membuat kek *PElajar akan diajar secara hands on utk setiap resepi yang di ajar. Barulah ada thrill dan feel kan.  *Boleh bawa pulang resepi yang dibuat tu utk bagi you parents and famili rasa. *Yakin utk buat sendiri bila balik nanti dan dah boleh buat side income pula lepas ni Bila dan di Mana?  6 Dec 2013 - 9am - 12.30pm                     - 2.30pm -