Skip to main content

Novel - Tiada Penghujung (Part 1)

Salam, ana coretkan untuk tatapan semua karya sahabat baik ana ketika sekolah... ~Tiada Penghujung~ Karya Mazwela Mohamad. Novel ni di tulis ketika kami di tingkatan 2 (Dah 14 tahun tu..). I m write it here just to share...enjoy reading ;D. Cerita ini adalah ilusi dan garapan penulis dan ana semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup, harap maklum. Ana ingat lagi, tiap kali Maz menulis, ana akan ada disebelah sambil memberikan idea2 untuk beliau mengolahnya..how sweet that moment...hahahahaa

Sekolah Tinggi Kluang riuh dengan penghuninya, loceng pertama telah dibunyikan. 5 minit lagi loceng kedua akan dibunyikan. Kamarul masih tercegat di pintu pagar sekolah. Matanya melilau seperti mencari seseorang. Loceng kedua telah dibunyikan, Norashikin berjalan laju ke sekolahnya. Dari jauh Kamarul tersenyum, Norashikin mengeluh panjang, memandang wajah Kamarul yang sedang tersenyum sinis. 
"Lambat lagi nampaknya cik kak kita ni..." tegur Kamarul sambil mengeluarkan buku pengawas dari poket seluarnya. 
"Siapa nama awak?" tanya Kamarul. Norashikin mendengus. "Takkanlah awak masih tak tahu-tahu lagi...kan selalu awak rekodkan dalam buku tu!" herdik Norashikin geram.
"Eh awak ni, jangan nak marah-marah pula...saya bukannya robot nak ingat nama awak sorang jer...ramai lagi nama yang saya tulis tiap-tiap hari tau!" tengking Kamarul. Norashikin tersentak.
"Norashikin bte Malek.."cetus Norashikin pantas dan terus berlalu, Kamarul hanya ketawa kecil melihat gelagat gadis tingkatan 4ST2 itu. 

***

"Kenapa kau ni? Dari tadi bermasam muka jer?" tegur Shamirah, sahabat baiknya. "Aku geramlah dekat seorang pengawas tu..." jawab Norashikin. "Kenapa pula? Siapa pengawas tu? Aku ker?" tanya Shamirah bertalu-talu. 
"Bukan kau, tapi abang form 6 tu. Aku tau lah aku buat silap tapi janganlah nak sakitkan hati aku" jawab Norashikin. "Abang form 6? Yang mana satu ni?" Shamirah terus menyoal.
"Aku pun tak tahu nama dia...tapi aku memang tahu benar muka dia tu!"jawab Norashikin.
"Kalau macam tu bolehla kau tunjukkan pada akau nanti," cadang Shamirah. 
Belum sempat Norashikin membuka mulut. Cikgu Norhayati melangkah masuk ke dalam kelas. Semua pelajar berdiri dan memberi salam kepada guru kelas mereka. 
"Baiklah pelajar..." bicara Cikgu Norhayati selepas menjawab salam mereka. "Sebelum kita memulakan mata pelajaran hari ni, say nak bincangkan sesuatu dengan kamu semua," sambung Cikgu Norhayati. Semua pelajar memandang penuh minat ke arah guru bertubuh genit itu.
"Anda semu sudah tahu yang Zarina telahpun meninggalkan kita sekaligus membuatkan kelas kita tiada bendahari. Jadi saya ingin melantik salah seorang dari kamu menjadi bendahari" bicara Cikgu Norhayati. Masing-masing berpandangan. 
"Jadi saya ingin anda sendiri yang melantik bendahari tersebut. Anda jangan memilih orang yang sekadar manis dipandang mata tapi pahit dibelakang kita. Bendahari tersebut mestilah boleh dipercayai dan amanah orangnya!" sambung Cikgu Norhayati, pelajar masing-masing berbisik sesama sendiri. Shamirah mengangkat tangan.
"Ya Shamirah..." cetus Cikgu Norhayati
"Saya cadangkan Norashikin, cikgu" usul Shamirah. 
Semua pelajar terdiam. "Norashikin...ada sesiapa yang nak membantah?" tanya Cikgu Norhayati. Semua pelajar menggeleng kepala. Norashikin tergamam, lidahnya kelu untuk membantah. "Baiklah Shikin, awak dilantik menjadi bendahari baru..." Tenang sahaja kata-kata Cikgu Norhayati. Norashikin memandang Shamirah di sisinya. Shamirah hanya mengangkat kening.

***

Dari tingkat 2 bangunan sekolah dan berhampiran bilik guru,  Norashikin memandang Kamarul yang berjalan ke hulu ke hilir sambil menggaru kepalanya. Sekali sekala Kamarul memandang jam di tangannya. Norashikin ketawa kecil. Sudah tentu Kamarul menunggu kedatangannya, yang memang selalu datang lambat kerana terpaksa melayan kerenah adik-adiknya sementalahan ibunya yang tengah sarat mengandungkan anak yang keempat.
Gelagat Kamarul terus diperhatikannya. Tiba-tiba muncul Ketua Pengawas yang bernama Ahlias datang menghampiri Kamarul. Ahlias seperti sedang berkata sesuatu kepada Kamarul dan Kamarul hanya menundukkan kepalanya.
"Eh awak buat apa kat sini? Loceng dah dibunyi kan?" tegur Cikgu Romainor, guru disiplin sekolah menegur.
"Eer...ma...maafkan saya cikgu, saya, saya nak ambil kapur," jawab Norashikin yang gugup berhadapan dengan guru disiplin yang digelar 'Harimau Malaya' itu.
"Ambbil cepat, lepas tu turun!" arah Cikgu Romainor. "Baik Cikgu..." Norashikin terus mencapai 10 batang kapur putih di hadapan pejabat dan terus berjalan pantas ke kelasnya.
"Ya Allah...buat apa kau ambil kapur lagi ni?" soal Deelina sebaik saja Norashikin menyusunkan kapur-kapur yang di ambilnya di dalam kotak kapur yang hampir penuh.
"Kau ni rajin benarlah Ikin. Tiap-tiap hari kauy nak ambil kapur. Oh ya, apasal kau 2-3 hari ni asyik datang awal je?" celoteh Deelina setelah soalan pertamanya tidak dilayan.
"Aku tengah rajin Lina...kau tau, mak cik aku dari Muar datang rumah, dia sudi nak jagakan mak dan adik-adik aku. Katanya nak ringankan beban aku" jawab Norashikin sambil membelek-belek buku kehadiran pelahar di atas meja guru.
"Baguslah macam tu. Eh Ikin aku ada berita nak bagi tau kau ni.." cetus Deelina sambil terloncat-loncat seperti kanak-kanak ribena.
"Apa dia?" tanya Norashikin. "Ada abang tu nak jadikan aku adik angkat dia..." balas Deelina sambil tersenyum manis.
"Iyeke...beruntunglah kau, dapat juga abang akhirnya..." bicara Norashikin acuh tak acuh. "Eh mana Cikgu Zainab ni?" tanya Norashikin mengubah topik perbualan.
"Eh kau ni, buat-buat tak tahu pula ker?... Dia kan dalam pantang!" Deelina menepuk bahu Norashikin.
"Haah la, apalah aku ni..." Norashikin sekadar tersenyum menutup malunya.

***

Waktu rehat sudah bermula. Norashikin berjalan sugul ke perpustakaan. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam perpustakaan, terdengar namanya dilaungkan. Norashikin menoleh ke arah datangnya suara itu. Deelina rupanya yang memanggil. "Kau nak apa?" soalnya. "Sinilah kejap...aku nak kenalkan kau dengan abang angkat aku ni," balas Deelina. Dalam rasa keengganan, Norashikin melangkah ke arah Deelina dan seorang pelajar lelaki yang tidak kurang kacaknya.
"Inilah abang angkat aku...Namanya Ghazali.." Norashikin sekadar tersenyum memandang Ghazal ibegitu juga sebaliknya. "Okeylah bang Zali, Dee nak gi masuk perpustakaan ni...bye" Deelina berjalan bersama Norashikin ke dalam perpustakaan.
Sepanjang tempoh rehat, Norashikin tidak langsung memahami apa yang dibacanya di dalam perpustakaan tadi. Fikirannya bercelaru, hatinya pula menjadi sebak bila Deelina menceritakan tentang abang angkatnya. Sebagai anak sulung, Norashikin benar-benar dahagakan kasih sayang seorang kakak apatah lagi seorang abang. Dia mahu dirinya di bela. Dia mahu dirinya dilindungi oleh insan yang di panggil kakak atau abang. Kasih kakak senang dicari tapi kasih abang memang sukar di dapati. Norashikin sudahpun memiliki ramai kakak angkat tp hatinya masih tak puas selagi dia tidak dapat memiliki seorang abang!

To Be Continue... XD

(Emm maaflah kalau ayat2 ni kureng skit yer, coz ana x olah mana cuma taip semula jer..biasalah tulisan bebudak umo 14 tahun yang nak jadi 16 tahun ekekeke...)

Comments

Popular posts from this blog

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu. Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!! Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya? Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ada

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a