Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Salam Kemerdekaan Malaysia 58thn - Sehati Sejiwa

Salam Merdeka Malaysia ku tercinta!!  58 tahun usiamu, Walau jauh kau melangkah Perkasamu kian teruji Kekentalanmu kian diasak Aku sekadar melihat waktu  Adakalanya merenung sayu  Apa kudratku untuk membantu?  Tangan terikat mulut terkunci batinku yang menjerit maki Walau terkurung di sini Aku tetap meraikan Ini tanah tumpah aku dilahirkan  Malaysiaku Ku doakan kau tabah Barah yang menyerang jangan buatmu tumbang!  Aku dan mereka sayangkanmu... Takkan bisa kami musnahkan kemerdekaan ini untuk sebuah janji palsu Walau di hospital, kami tetap raikannya! 

MCC Bangi Sentral Grand Opening

Salam... Alhamdulillah sabtu lepas berpeluang pergi ke sebuah pembukaan butik pakaian muslimah yang makin di kenali kepunyaan En. Nizar & Pn. Hafizah iaitu Muslimahclothing.com atau MCC di Bangi sentral.  Yang bestnya ini butik ini merupakan butik pertama ai membeli jubah di kawasan yang kian pesat dihujani butik-butik muslimah yang lain. Kiranya sekarang orang area kajang/putrajayA/cyberjaya dah boleh ke Bangi sentral instead of Shah Alam...sebelum ni mmg tak pernah pergi dan bershopping di sana Dan paling ai respek, tak ada lagi barisan panjang berjela seperti yg jadi trend sebelum ni untuk mendapatkan jubah percuma... Yg bagusnya McC ni sediakan pass vip percuma kepada pembeli yang ingin berkunjung ke butiknya seawal 9pagi.  Ai pun yg kebetulan menemani suami warded di hospital, gigihla DM pihak admin MCC di instagram dapatkan pass vip - saja tanya kalu ada peluang dapatla kalu tak, tak apa.. Rupanya dapat uols...jadi gigihla ke Bangi sentral jam 8.50pg dah sampai dan mereka mas

Nutellabrownies ke Penang

Salam,  Nak habaq ni kot2 la ada yg teringin nak order nutellabrownies sedap murah dan lazat dr ai, meh order sekarang sehingga jam 10pg esom je tau, Insya Allah hari jumaat boleh dpt... Wassup je 0163165209   Size brownies 10x10"  Harga RM45 je 

Selamat Hari Wanita 2015!

Salam.. Wah hari ni merupakan hari wanita untuk wanita2 di Malaysia... Marilah kita menghargai diri kita selaku wanita, manjakan diri anda dan bebaskan diri anda dari sebarang tekanan untuk hari ini. Hari untuk anda menjadi Diva gitu 😊

Masterchef Asia 2015 - Malaysia Tour - Part 2

Salam semua,  Sambungan siri cerita MCA2015 Part 2 pulak.  Ok ni antara ruang-ruang yang ada di pamerkan di Centrecourse Midvalley tempoh hari masa siri jelajah. Rugi sapa yang tak terjah. Jam yang selalu digunakan, tengok saje pun dah boleh rasa cam debar je xD Sebahagian dari barangbarang yang terdapat dalam pantri MCA2015  Ambil aura MCA2015 :D Nak juga selfie dgn Papa Joe @ Chef Joe  XD 

MasterChef Asia 2015 - Lifetime Umumkan Tarikh Tayangan Musim Pertama (Part 1)

Salam,  Buat julung kalinya Masterchef Asia 2015 akan mula disiarkan pada 3 September 2015 setiap Khamis jam 9malam melalui saluran Lifetime (Saluran Astro 709).  Kita sangat beruntung kerana 3 orang 'home chefs' (chef rumah) atau peserta dari Malaysia akan turut bertanding untuk merebut gelaran Masterchef Asia Musim Pertama 2015. Masing-masing terdiri daripada Puan Jasbir Kaur (Kuching, Sarawak), Marcus Law & Sophia Zulkifli (Kuala Lumpur)  Hari ini bertempat di Centrecourse Mid Valley KL telah diadakan acara sesi ramah mesra bersama wakil dari Malaysia dan juga para Juri yang hebat.  Kiranya ai beruntung la dapat berjumpa dengan Audra Morrice (selalu tengok dekat saluran astro fyi739 setiap pagi uols)  Disamping itu Lifetime juga membawakan kepada anda yang nak merasai pengalaman berada di dapur Masterchef anda masih lagi berpeluang untuk merasai debaran dan suasana di Dapur Panas Masterchef Asia 2015 kerana ianya akan dipamerkan sehingga esok 23 Ogos 2015.  So tunggu apa

Jom Sertai Sesi Beramah Mesra Bersama MasterChef Asia

Tu dia... MasterChef Asia akan kembali lagi bersiaran uols, tak sabar nak tengok season kali ni punya  peserta dan masakan yang mereka akan masak. Untuk pengetahuan semua, di Midvalley sedang berlangsung acara Jelajah MasterChef Asia yang dibawakan oleh Lifetime...di MV tu mereka telah set up kan dapur MAsterchef yang asli sepertimana yang kita tengok dalam tv tu, jadi korang boleh le merasai pengalaman ala-ala Masterchef tu, selain tu boleh jumpa juri-juri, peserta-peserta yang akan bertanding. Jadi tunggu apa lagi? Lapangkan masa luangkan hari anda esok untuk ke Mid Valley bagi acara beramah mesra Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia Tarikh    : 22 Ogos 2015, Sabtu Masa     : Dari 12 tengahari Tempat  : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah

Medifeet & Plantar Fasciitis

Sejak kebelakangan ni, ai mengalami sakit di tumit kaki sebelah kiri yang amat menyakitkan, bila dirujuk pada doktor dia kata nama penyakit ai tu Plantar Fasciitis (kalu tak silap istilahnya macam ada serbuk kaca halus dibawah tumit) Memang nak memijak tu rasa sakit yang amat sampai boleh nangis, tp ia bukan gout sebab bukan di bahagian sendi.  Nak jadi cerita, setelah membaca dan google di internet, terjumpa sebuah artikel dari blog ayuarjuna tentang kedai kasut Medifoot ni, jadi semalam ai dengan suami pergi terjah di HQ yang terletak di kawasan Worldwide Shah Alam.  Medifoot sebelum ini dikenali sebagai Stepfoot (suami ai penah beli kasut diebetes dari jenama stepfoot ni dan ianya memang sangat sesuai bagi pesakit diabetes)  Ai nyaris nak terbeli kasut jenis diabetes sebab rasanya yang selesa untuk pergerakan, tapi nasib ai baik sebab bila tanya pada manager tentang sakit kaki yang ai alami beliau mengesyorkan sandal yang sesuai untuk masalah sakit kaki ai 

Cake Birthday - Frozen & Upin Ipin

Salam Hari ni berjaya menyiapkan kek seberat lebih kurang 3kg untuk tempahan. Kek coklat devil food cake ni ditempah oleh Pn Nik untuk anak-anaknya  Dalam cuak nak buat tu, akhirnya jadi juga dekorasi yang simple dan comel untuk tema upin ipin dan frozen  Harga untuk setiap kek ni RM150 je,  Saya menerima tempahan untuk sekitar putrajaya, cyberjaya & sekitarnya. Sesiapa berminat boleh la order dgn menghantar sms/wasssup ke 0163165209