Skip to main content

Novel -Tiada Penghujun - Part 2

Semua pelajar Sekolah Tinggi Kluang berhimpun di tapak perhimpunan. Masing-masing beratur di mengikut pasukan beruniform yang telah ditetapkan. Norashikin berdiri tegap dengan uniform hijau kekuningan yang tersarung ditubuhnya. Dia ingin menuruti jejak langkah ayahnya menjadi seorang anggota bomba. Apa sebab yang membuatkan dia memasuki badan beruniform itu, dia pun kurang pasti. 
Selepas saja tamat majlis perhimpunan, masing-masing beratur mengikut ketua pasukan beruniform. Mereka akan menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu yang telah ditetapkan seperti dalam jadual perjumpaan. Norashikin bersama ahli Kadet Bomda yang lain kekal di tapak perhimpunan itu, setelah diarahkan oleh Ketua Pasukan iaitu abang Rozani. 
"Baiklah....hari ni kita ada orang baru yang telah menggugurkan diri daripada Kadet Bersatu dan ingin menyertai pasukan uniform kita. Anda semua setuju?" tanya Rozani. "Setuju!.." sahut ahli yang lain kecuali Norashikin yang mengerutkan keningnya, berasa hairan dengan tindakan kawan-kawannya. 
"Ishah, kenapa korang gembira sangat ni?" Norashikin menyiku Noraishah disisinya. Noraishah memandang Norashikin sambil mengerutkan keningnya. 
"Kau tak tahu ke? Abang Kamarul Faiz yang masuk kadet kita ni...budaknya baik, kaya dengan senyuman, tetapi tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai pengawas!"
"Iye ke?" desis hati kecil Norashikin. 
"Terima kasih kerana anda semua sudi meneriam saya..." Norashikin tersentak mendengar suara itu. Suara yang seolah-olah pernah di dengarinya saban hari, lantas dia memalingkan muka ke hadapan, melihat siapa yang sedang berucap. Dia bagai tersentak dari tidur yang lena. 
"Eh apasal kau ni, terkejut semacam jer..."tegur Noraishah yang perasan dengan tindakan Norashikin. 
"Inike orangnya yang kau katakan tadi?" tanya Norashikin tanpa mempedulikan pertanyaan Noraishah. 
"Iye, inilah orangnya, abang Kamarul Faiz. Handsome kan orangnya...cuba kau tengok muka dia,  manis aje. Itu melambangkan peribadi dia...seorang yang baik & peramah," jawab Noraishah sambil tersenyum sendirian. Norashikin terus menatap wajah Kamarul, seorang pengawas yang selalu menyakitkan hatinya yang sedang berucap di hadapan ahli-ahli Kadet Bomba. Hatinya tiba-tiba terdetik "Mungkin ada benarnya kata-kata Ishah"

***

"Akak kenal tak abang Kamarul Faiz?" tanya Norashikin acuh tak acuh. Zanariah memandang tepat ke wajah Norashikin. "Kenal, kenapa?" balasnya. Mereka berdua sedang menaiki bas yang akan ke Taman Intan. Selesai mengambil tempat, Norashikin menjawab pertanyaan Zanariah. "Tak adalah, saya saja jer nak tahu, semua orang kata dia baik, betul ker?" Zanariah mengangguk. "Memang baik budaknya, dia satu kelas dengans akak," jawab Zanariah. "Boleh akak ceritakan sedikit tentang diri dia?" pinta Norashikin sambil merenung Zanariah. "Boleh, apasalahnya, tapi kenapa ek? Ikin jatuh hati pada dia ke?" soal Zanariah sambil tersenyum nakal. "Memang benar saya dah jatuh hati...tapi bukan pada tuannya!" Norashikin tersenyum sendiri. "Habis tu pada apa? Rambutnya, giginya atau senyumannya?" soal Zanariah bertalu-talu. Norashikin ketawa kecil melihat gelagat Zanariah disisinya. 
"Bukan di rambutnya dan bukan juga giginya..." jawab Norashikin dengan selamba.

(to be continue....miss the previous chapter?.BACA SINI)

Comments

Popular posts from this blog

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu. Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!! Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya? Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ada

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a