Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Restoran Makanan Korea - Bangi Dong

Bangi Dong bukan sekadar nama, tapi Bangidong memang benar2 nama sebuah tempat yang terletak di Korea. Ok nak pergi jauh sangat kan. Jom kita terjah Bangi Dong Restoran di Bangi Sentral. Restoran yang baru beroperasi hampir 4 bulan (kalau tak silap) merupakan sebuah kedai steamboat korea yang baru bertapak di Bangi,Selangor. Restoran ini menjual set steamboat dalam bentuk 'a la carte' dan bukan buffet.  Jom tengok apa menu yang tersedia... Ni buku menu restoran, Ai dah tolong capture semua mukasurat menu, jadi bolehla congak dan bajet kewangan sebelum datang ke sini 😊 Ok ni set combo yang tersedia  Ini pula jenis daging yang tersedia - Marinated beef prima rib sangat lah sedap, perghh kecur air liur menaip sambil membayangkannya, rasa nak terjah untuk makan tengah hari esok...nyumm Oh ya untuk jenis bbq ini, menunya akan dihidangkan bersama tiga side dish yang boleh diulang tambah... Ini pula menu steamboat, tapi Ai belum penah cuba. Men

Ubat Resdung

Harini nak kongsi berkenaan Nasal Spray - bagi yang menghadapi resdung (sinus) atau selsema. Ni sebab dah rasa teruk resdung sampai hidung berdengung (selalu kepala je dengung) maka dah rasa tak sedap hati. Jadi jom kita berubat (huhuhuu dah teruk baru nak berubat, jangan amalkan)? Yang ini jenis pancit @ spray ke hidung - macam spray untuk semput tu, memang agak mahal sedikit. Tetapi kalau dah mahal tu mesti keberkesanan lebih sedikit. Mana nak dapat ni? Kalau duduk putrajaya memang payah sikit nak cari farmasi yang jual. Doktor pun dah pesan cari di farmasi luar putrajaya. Jadi Ai pun pergi ke Bangi. Farmasi sebelah Gulati's Textile.  Cara pemakaian - pharmacist ajar - kalau jenis bersin atau selsema ketika pagi, pancit la waktu malam, jadi ia akan membantu mengurangkan selsema dari berlaku sebelah pagi. Jika kerap selsema sebelah petang maka pancit la sebelah pagi. Ok malam ni kita cuba dan tengok apa kesannya esok.  Yang ini Ai beli mula-mula, walaupun di kotak tulis 'nasal

Perkenalan..

Assalamualaikum pembuka kata, salam di hantar pembuka bicara. 13 Januari tarikh nan Indah, di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru detik bermula. Dilahirkan ke dunia oleh seorang wanita bernama Induk (bukan nama sebenar) Asfieda impiana di beri nama.  Itulah aku, si penulis tiada seni. Menyusun atur ayat di papan kekunci ini untuk aku karangkan buat tatapan kalian. Nama aku Asfieda impiana seperti yang tercatat di kad pengenalan. Aku dibesarkan selama beberapa tahun di sekitar Johor Bahru, Johor (Ya..hidup JDT!!). Macam tak percaya sahaja aku penah menghuni rumah setinggan. Setinggan ketika itu dihuni oleh penduduk tempatan dikawasan yang mereka bangunkan sendiri tanpa kebenaran, bukan warga asing tapi penduduk tempatan dari pelbagai negeri dan daerah yang berhijrah ke bandar untuk mencari nafkah demi kelangsungan hidup. Aku membesar hampir empat tahun di kawasan setinggan yang di panggil Kampung Skudai Kanan – kini kampung itu tidak lagi wujud, telah bertukar wajah menjadi kawasan tam