Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Restoran Makanan Korea - Bangi Dong

Bangi Dong bukan sekadar nama, tapi Bangidong memang benar2 nama sebuah tempat yang terletak di Korea. Ok nak pergi jauh sangat kan. Jom kita terjah Bangi Dong Restoran di Bangi Sentral. Restoran yang baru beroperasi hampir 4 bulan (kalau tak silap) merupakan sebuah kedai steamboat korea yang baru bertapak di Bangi,Selangor. Restoran ini menjual set steamboat dalam bentuk 'a la carte' dan bukan buffet.  Jom tengok apa menu yang tersedia... Ni buku menu restoran, Ai dah tolong capture semua mukasurat menu, jadi bolehla congak dan bajet kewangan sebelum datang ke sini 😊 Ok ni set combo yang tersedia  Ini pula jenis daging yang tersedia - Marinated beef prima rib sangat lah sedap, perghh kecur air liur menaip sambil membayangkannya, rasa nak terjah untuk makan tengah hari esok...nyumm Oh ya untuk jenis bbq ini, menunya akan dihidangkan bersama tiga side dish yang boleh diulang tambah... Ini pula menu steamboat, tapi Ai belum penah cuba. Men

Ubat Resdung

Harini nak kongsi berkenaan Nasal Spray - bagi yang menghadapi resdung (sinus) atau selsema. Ni sebab dah rasa teruk resdung sampai hidung berdengung (selalu kepala je dengung) maka dah rasa tak sedap hati. Jadi jom kita berubat (huhuhuu dah teruk baru nak berubat, jangan amalkan)? Yang ini jenis pancit @ spray ke hidung - macam spray untuk semput tu, memang agak mahal sedikit. Tetapi kalau dah mahal tu mesti keberkesanan lebih sedikit. Mana nak dapat ni? Kalau duduk putrajaya memang payah sikit nak cari farmasi yang jual. Doktor pun dah pesan cari di farmasi luar putrajaya. Jadi Ai pun pergi ke Bangi. Farmasi sebelah Gulati's Textile.  Cara pemakaian - pharmacist ajar - kalau jenis bersin atau selsema ketika pagi, pancit la waktu malam, jadi ia akan membantu mengurangkan selsema dari berlaku sebelah pagi. Jika kerap selsema sebelah petang maka pancit la sebelah pagi. Ok malam ni kita cuba dan tengok apa kesannya esok.  Yang ini Ai beli mula-mula, walaupun di kotak tulis 'nasal

Perkenalan..

Assalamualaikum pembuka kata, salam di hantar pembuka bicara. 13 Januari tarikh nan Indah, di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru detik bermula. Dilahirkan ke dunia oleh seorang wanita bernama Induk (bukan nama sebenar) Asfieda impiana di beri nama.  Itulah aku, si penulis tiada seni. Menyusun atur ayat di papan kekunci ini untuk aku karangkan buat tatapan kalian. Nama aku Asfieda impiana seperti yang tercatat di kad pengenalan. Aku dibesarkan selama beberapa tahun di sekitar Johor Bahru, Johor (Ya..hidup JDT!!). Macam tak percaya sahaja aku penah menghuni rumah setinggan. Setinggan ketika itu dihuni oleh penduduk tempatan dikawasan yang mereka bangunkan sendiri tanpa kebenaran, bukan warga asing tapi penduduk tempatan dari pelbagai negeri dan daerah yang berhijrah ke bandar untuk mencari nafkah demi kelangsungan hidup. Aku membesar hampir empat tahun di kawasan setinggan yang di panggil Kampung Skudai Kanan – kini kampung itu tidak lagi wujud, telah bertukar wajah menjadi kawasan tam

Kedai Buah Zuriat

Assalamualaikum.. Ada yg tercari2 penawar untuk mendapatkan zuriat? Tentunya ada yg penah dengar nama buah zuriat kan? Bila orang nak pergi haji/umrah mesti ada yg nak kirim.  Kini tak perlu, sesiapa yg duduk sekitar lembah klang atau mereka yg berulang alik naik bas di Terminal Bersepadu (TBS) korang boleh pergi ke kedai Saudagar Kurma.  Serius sangat best kedai ni, sebab macam2 barangan dari timur tengah semuanya ada...dari kekacang, kurma, manisan, minyak wangi, susu unta dan coklat2 yang selalu orang pergi beli masa gi umrah/haji atau dubai boleh dibeli di sini. Harga yg ditawarkan juga amat berpatutan.  Dan yang paling best korang boleh beli buah zuriat di sini!  Sekarang tak perlu lagi risau untuk membeli barangan timur tengah. Pergila ke Saudagar Kurma!  Terletak di aras Aras 3 kawasan tiket2 kaunter tu dekat dengan gate 17.  Salam Ramadhan..

Hamper, Door Gift For Ramadhan & Syawal 2016

Assalamualaikum,  Pejam celik pejam celik dah masuk penghujung bulan Syaaban & Mei, tinggal seminggu je lagi nak menyambut Ramadhan Karem.. Allahu Akbar..moga kita semua diberi kesempatan untuk menyambutnya. Insya Allah.Amin Bila hampir ramadhan ni tentu ramai antara kita yang nak cari pahala berganda2 kan? Berkejar2 n berebut2 nak buat amal jariah..😊 Saya dan team ada menyediakan khidmat hamper Ramadhan/Syawal untuk para pembaca yg sedang mencari2 nya, pakej bermula dari RM30 hingga RM500 (mengikut bajet para pembaca)  Doorgift/cenderahati Ramadhan turut kami buat untuk diberikan pada para pekerja/staff/sesiapa pun dengan harga yg amat murah. 😊 Berminat boleh hubungi saya di talian 0163165209 untuk pertanyaan dan tempahan. Contoh hamper - yg ni untuk hamper yg bernilai RM150 ke atas  Contoh hamper yg ditempah oleh pelanggan kami. Door gift RM5