Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Huh...Penatnyerr

Salam ramadhan.... Short entri...penat n letih, makan banyak agaknya. 2 hari berbuka di luar 2-2 kat hotel bukan nak riak  dah rezeki bulan Ramadhan.. :D Balik rumah sampai dah lewat hari ni, coztadi berbuka di Double Tree Hotel by Hilton (will update the stori later) tetiba buka blog mama zharfan tgk kena tag la pulak, dah tu due GA hari ni lak, fuhh semput gak aku mengedit apa yg patut utk join da GA.. tq to kak suzie coz tag me (org dah tag takkan x reti2 nak join...ni last minit punya join la ni, harap2 diterima :D) Aku banyak nyer hutang ngan 'blog' aku ni...ada few entri nak kena update n WAJIB lak tu coz dah promise ngan org nak update n promote their place...ngee...sabo yer... Oh rasanya macam nak buat GA gak la...hadiah dah beli dah...wat types of GA tu yg tgh pk....any idea guys?....

WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY

aku join contest ni due hari ni 31.8.2010 korang nak join klik SINI slogan nyer: saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana ........................ (tidak melebihi 20 patah perkataan). Pakaiannya menawan menambat mata Fesyen terkini muslimah trendy Menutup aurat paksi utama, Selesa dipakai elegan dipandang Muslimah disanjung Islam dijunjung aku nak tag: Noor Afzan Mama Aina Mama Qistina

Ka-Ching PreLoved Nak Bg Duit Raya

aku join GA ni korang nak join? klik jer SINI Pengumuman sehari sebelum raya 9 Sept 2010 Hadiah-hadiahnya ni ha: Hadiahnye:- 1st Duit RAYA RM50!! 2nd Duit RAYA RM30!! 3rd Duit RAYA RM20!! 4th Duit RAYA RM10!!

Alhamdulillah Rezeki Ramadhan

Salam Ramadhan Yeaayy hepii sangat hari ni n smalam.. nape ek? Coz smalam my hubie dpt msg dkt FB dia menang contest organize by DoubleTree Hotel  got 1 Tour pas at The Makan. Then hari ni me plak dapat msg kat FB gak mentioned me as 1 of the winner, tp x tau lak hadiah apa. coz dia dah mention sesapa yg menang tp x respon dia bagi kat org lain, agaknya me ni pemenang gantian kot? :D tak kisah la menang apa pun yg penting me ni proxy jer,hubie yg buatkan ngehngehngeh Tu hotelnya...cantik tu Hotel Doubletree by Hilton ni baru jer beroperasi kat Mesia ni, so derang wat promosi la utk fames kan hotel derang. Best kalu dpt stay 1 night kat situ kan...ngee...tp yg pasti me hepi ngat coz both of us menang..Alhamdulillah.

Me Join da Club?

Salam Ramadhan... Ngeee...mood hepi ngat. nape? tu dia...my own Iphone :D My hubie beri izin i beli hp ni, dah lama dah idam since my sony ericson dah meninggal a few month ago, sedih gak coz byk no hp kengkawan yg x dpt diselamatkan. Then i like Iphone so much coz dah terpengaruh ngan my hubie yg mmg kaki Apple tu, hp dia i slalu kaco..emm mmg best nak compare ngan blackberry (kan blackberry dah kena band kat a few country) coz Iphone mcm laptop bergerak easy n user frendly n can do a lot of things...suke-suke... My sis pun dah sambar satu smalam, me baru hari ni...heheh Welcome to da Club...ngeee

GATHERING GENG BLOGGER AGAIN!!

Salam Ramadhan. Hari yang ke 18 Ramadhan. Pekabo semua? Sihat @ ada yang sakit2...biasalah dugaan kan dalam bulan puasa ni, aku sendiri awal2 puasa hari tu pun demam n batuk2 yang teruk sehingga x larat nak pergi mana2 pun. Tp ntah macam mana batuk tu hilang sendiri (ubat pun dah habis makan) Oklah hari ni rasa hepi sangat coz me meet again with them a.k.a Geng Blogger. Ni En. Joe le yang arrange, me x register pun dalam form yg dia buat, tp dah inform will be attend at last minute. Kang isi form tp x datang sian dia. Kali ni me nak update, coz hari tu masa 1st Gath kat Putrajaya me x update pun kat blog, baca kat blog org jer...so see da picture n enjoy seeing. :D tu dia ramainyee...ni geng time main bowling ni my teammate..Danial (psst bf Ayu ni ngee), Hafis, Munsyi n Me tu markah aku..ASF tu...ckit jer...x terror pun :P ni ngan kengkawan yg bleh thn fames la.. esp Joegrimjow, Long Hafis, Broframestone, Kaizaren, Ayu, Danial, Azrul & alamak bro pakai topi n baju biru 

Doa Makbul di Bulan Ramadhan

Salam ramadhan. Apa kabo korang sume? Alhamdulillah dah 17 Ramadhan kita sume berpuasa. Hari Nuzul Al-Quran hari ni. Hari utk kita renung2 ttg bagaimana Allah turunkan Al-quran. Korang puasa tak? Hah mesti ada yang x bleh puasa kan. Nak-nak yang bergelar perempuan. Mana pernah cukupkan, melainkan pregnant @ monopouse @ sakit macam aku. Itu dah namanya kelebihan yang ada pada perempuan. Lelaki ada gak yang ponteng puasa @ x puasa gak kan? Ramai para ulama' dan ilmu agamawan yang berkata (dalam hadith n Al-Quran pun ada) Ramadhan ni barakahnya amat berbeza berbanding bulan-bulan lain. Apatahlagi jika mohon sesuatu yang baik @ yang tak baik kepada Allah akan sesuatu permohonan @ Doa. Aku nak share pengalaman aku ntah yer atau kebetulan tentang peristiwa dalam bulan Ramadhan ni. Minggu lepas aku mengalami tekanan @ stress yang boleh tahan la, sampai rasa migrain. Boleh dikatakan masalah di tempat kerja la. Agaknya aku ni x pandai buat kerja kot :P Disebabkan  tekanan yang aku a

MANDI WAJIB @ JUNUB

Salam Ramadhan. Lamanya aku x kemas 'rumah' aku ni, cian dah berabuk...org pun x sudi datang. :D Ni nak share artikel aku dapat dekat FB...utk panduan bersama. Harap lepas ni...jangan ada mandi yang tak sah yer... Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh. Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penol

Sanggul Yang Haram?

Salam ramadhan. Alhamdulillah dah masuk hari ke-7 berpuasa, sekejap je rasa.tinggal hanya 3 minggu jer lebih kurang sebelum berlalunya ramadhan. So di kesempatan ni aku cuma nak shara info yang aku terima melalui FB. Bukan apa lately ni ramai sgt yang mengikut fenomena yang begini. Menutup aurat tu tak salah, tapi kalu dah berfesyen yang sebegini, memanglah salah. Tak kena gaya rasanya dan untuk apa sanggul tu tinggi2 ? Cantik sangatkah?. So tak mo komen banyak, jemputlah baca apa yang aku kongsikan ni. Di ambil dari: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2010/07/sanggul-tinggi.html 'Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan... Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup. Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (ya

Rozel oh Rozel

Salam ramadhan.. Alhamdulillah dah selamat berbuka untuk hari k-4. Menu hari ni; bubur lambuk, nasi goreng kampung, sup ayam, ikan tenggiri dan sayur. Bunyi mcm byk jer..tp portion nyer skit jer...cukup arr utk kami 4 beranak makan. Nampakanya weekend kali ni aku x dapat berbuka bersama2 ngan adik2 yg lain coz adik no 2 ke rumah mak mertua, yg no 3 x balik berbuka bersama tunang katanya, entahlah. Ni  nak ceta pasal bunga rozel, kat umah mak ada 6 batang pokok, tanam dalam pasu jer, tp bleh tahan hasilnya, merasa lah air rozel buatan sendiri. Orang kata rozel banyak khasiat, kalau x, takkan ramai yg berebut2 tanam betul tak? bunga rozel yg mak cah tanam.. ROSELLE terbukti kaya dengan anti oksida untuk: * Menyegar & mengembalikan tenaga * Menghilangkan selsema & sakit tekak * Meredakan batuk & mencairkan kahak * Menyihatkan & mencerdaskan minda * Mengurangkan stress & sukar tidur * Mencegah kanser & penyakit kronik * Menstabilkan tekanan darah tinggi

Ada Apa Dengan Buku?

Salam ramadhan... buku apa ni? Tetiba aku teringat nak upload buku penuh nostalgik ni utk tatapan semua..esp buat Dr. Mazwela kat Hosp Ampang tu. Psstt Maz, ko igt tak pasal buku ni? Lupa dah? Buku ni dah berumur hampir 16 tahun....tak percaya? serius tak tipu..elok lg dlm simpanan aku ni nasib baik x dimakan anai2...buku masa tgh muda mudi remaja gitu, buku apa ekk? sebenarnya buku ni aku n maz tulis novel...hahaha, gile x igt kami time tu, suka tulis2 novel , jgn x percaya uols..nak2 aku la, kuat berangan n rajin sangat mengarang, sebab tu masa form 4 amik sastera. Kira jiwang karat tu aku la orang nya. Tp sekarang akak nyer jiwang karang tu dah tumpul dik non...x ligat mcm muda mudi remaja. Buku ni boleh dikatakan nostalgik coz kisah didalamnya ialah kisah cinta yg x kesampaian... opps akak tgh angau time tu, form 2 dah gila bayang ahaks,   akak tulis skit, n maz tulis skit..alah buku 40 pages..byk mana lah ceta boleh tulis, buku yg x ada sampul tu da 1st book, yg bersampul

Rezeki Ramadhan

Salam... Wee....hati berbunga riang!!!!! :P. Nape ek? sebab my hubby menang contest...heheheheee Alhamdulillah..bak kata kakinakl  tertunailah hasrat dihati my hubie nak dapat lappy baru..hihihii save budget..MacBook tu..kurang2 mau 3K tu..Syukur Alhamdulillah..rezki ramadhan.. Kalu x caya buka link ni... http://www.astro.com.my/bplayercontest/   nasib hubie dah upload kat fb, cilok dia punya jer...hihihihih To My Hubiee...Congrats Dear!!!

Ramadhan Penuh Dugaan

Salam semua... Hari ni dah 2 ramadhan kan, Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk berpuasa lagi. Tp tak tahulah naper kali ni trasa teruk skit. Sehari sebelum puasa demam dapat la MC 1 hari, pastu dah mula puasa, perut pulak meragam mcm org kena gastrik, sebelum ni x penah pulak. Hari ni pun masih alami situasi yg sama, batuk+selsema+ sakit perut. sabar jerlah kan. Dugaan...cubaann

Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan!

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH MALAM KETIGA  " Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka" Salam ramadhan ya Sahabat. :D Lamanyer tuan punya 'rumah' x kemas rumah ni, berhabuk dah rasanya....moh lap2 skit kasi wangi2 n cantik2..kan ramadhan dah datang ni...malulah berhabuk n kusam, x comei jer kalu org dtg bertandang :P ada ker yg datang jenguk?.   Tak kisah lah ada ker tak, yg penting kena kemas. Mcm diri kita juga dibulan2 ramadhan yg mulia. Time2 ni lah nak improve diri tu ngan amal ibadah...huiiiyoooo pahala berlipat ganda tuh..(bg sesapa yg tau mengambil kesempatan, bg yg tak tahu, mesti anggap ramadhan sama jer mcm hari2 lain juga kan) Oh lupa pulak, by the way kali ni ai bersiaran dari umah my mum kat kluang...wah mak aii adah advance pakai TM internet wireless yg student package dpt free laptop tu. Faham ker aku tu