Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a

Kelas Baking Kanak-Kanak ~ Pavlova & Red Velvet Cupcakes

Alhamdulillah, hari sabtu yang lalu ( 7 Disember 2013) kelas baking kanak-kanak telah berlangsung dengan jayanya...dengan penyertaan 7 orang kanak-kanak. Terima kasih di ucapkan kepada Puan Aidawati dari Damansara, Puan Nur dari Meru dan Puan Norihan dari Salak Tinggi yang sudi menghantar anak-anak2 mereka ke kelas yang saya anjurkan. Rata-rata kanak2 tersebut amat teruja dan gembira dengan kelas yang dianjurkan. Ibu-ibu pun amat berpuas hati. Syukur. Maklumbalas yang saya terima, kebanyakan peserta tidak sabar-sabar nak mengaplikasikan ilmu yang ada untuk dibuat dirumah. Lepas ni bolehlah hidangkan untuk keluarga pula ye murid2.. :) Nasib juga dalam mengendalikan kelas tu saya dibantu oleh assistant Chief yang diimport dari Dengkil heheheh..Terima kasih Chebi ye, kalau tak ada...kalut juga saya nak uruskan.. *Sangat seronok tengok telatah dan gelagat anak2 murid yang hadir...terubat juga rasa hati dan sunyi...

Kelas Baking Untuk Kids & Teenages

Salam, Hurmm Pav's Lover Bakery  nak survey market utk kelas baking kanak-kanak atau remaja cuti sekolah ni agak2 ada yang berminat tak? Lokasinya di Putrajaya. Agak2 ada yang berminat tak? Apa yang dipelajari? Pakej A : RM50 / seorang, maksimum 6 orang untuk setiap sesi 1. REd velvet cupcake dengan cheese cream frosting 2. Pavlova Pakej B - RM80 / seorang, maksimum 6 orang    untuk setiap sesi 1. Blueberi Cheese Kek 2. De'licious Cheezy Layer Hasil yang diperolehi?  *Input mengenai produk yang HALAL digunakan *Tips dan teknik mengolah dan mengadun bahan *Do & Dont's dalam membuat kek *PElajar akan diajar secara hands on utk setiap resepi yang di ajar. Barulah ada thrill dan feel kan.  *Boleh bawa pulang resepi yang dibuat tu utk bagi you parents and famili rasa. *Yakin utk buat sendiri bila balik nanti dan dah boleh buat side income pula lepas ni Bila dan di Mana?  6 Dec 2013 - 9am - 12.30pm                     - 2.30pm -

Majlis Pelancaran Buku Ulu Yam Di Liverpool

Salam, Alhamdulillah tadi berpeluang pergi menyaksikan/memberi sokongan pada kenalan suami (yang juga bakal selebriti fofular le lepas ni ahakss) saudara  Nazali Noor  di majlis Pelancaran Buku Pertama Beliau yang bertajuk  Ulu Yam Di Liverpool  bertempat di MPH Alamanda yang dirasmikan oleh Dato' Saifudin Abdullah ( ni diehard fan Liverpool - jangan tak tau hehehehe) Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Bro Nazali atau kami panggil Onn ni merupakan Bff suami masa belajar di UTM Skudai dulu, beliau sekarang merupakan tenaga pengajar di John Moores Universiti, UK. Merupakan Diehard Fan Liverpool Football Club!! (errkkk me tak minat bola huhuhu). Uols yang Liverpool Fan bolehlah dapatkan barangan Liverpool original di  Branded Bargain UK  - page authorized dealer untuk barangan dan cenderahati peminat Liverpool :) Sebab suami ni Bff dia, jadi banyak gak la cerita2 dia yang me tahu. Ada antara cerita tu telahpun dinukilkan dalam buku beliau ni. Nak tau beli la...

Pavlova Buah Melimpah

Assalamualaikum, Dalam berniaga ni macam-macam cabaran dan halangan nak kena tempuh. Tapi kita kena yakin dan percaya dengan rezeki dari Allah, betul kan?  Berniaga makanan (tak kira apa pun) cabaran dan persaingan adakalanya menyakitkan, tetapi kena fikir positif. :) Sama juga halnya dengan Pav's Lover Bakery- Pavlova, Red Velvet and More. Nak kongsi la cerita - ada sorang customer ni (boleh dikira regular customer) lama dah tak order, kalu tak tiap2 bulan pasti ada, jadi baru2 ni dia pm nak order, sesaja je la tanya nape lama tak order...dia kata sis dia ada order dengan orang lain. Saya kata tak apalah, cuba dari pelbagai tempat. Tapi dia kata tak sedap (peniaga air tangannya kan lain2 hehehe) dan tak sama macam kami punya. Saya tanya kenapa? Dia kata kami punya banyak buah2an, melimpah...wah sudah bagi idea pada kami ni ...hehehee PAVLOVA BUAH MELIMPAH... hehehee Pada customer tu..terima kasih atas your  compliment dan insya Allah kami akan terus kekal kan k

Sembang Kopi Dengan Tokei Bisness Delivery Makanan

Salam, Alhamdulillah baru lepas melayani tetamu yang diundang, walaupun baru kenal tapi rasa cam dah lama sangat kenal Kak Ana dan Abg Azam tu. Memang me yang jemput datang sebab nak bagi bekas2 container makanan yang berlambak2 kat rumah ni (itupun hasil pemberian bekas tauke Tapau Station, moga Allah memberkati beliau, Amin). Bukan setakat nak bagi barang, tapi banyak perkongsian dan ilmu yang me dapat dari mereka berdua. SAmbil me dah sediakan kek coklat dan seteko Kopi Cap TV @ Kopi Kluang, bukan setakat tu jer. Dah nama datang rumah bakers kan, siap me tapaukan macam2 stok kek yang ada utk dibawa pulang, esok nak gerak ke Melaka, so kasi kosong itu chiller ngeh2 kilang kopi kluang yang terletak di Yap Tau Sah - sedap uols kopinya... :) Sembang punya sembang, dari pukul 9.30pm sampailah pukul 12.30am kami berchit chat - punyalah lama kan....itu pun cam tak puas je me nak korek pengalaman yang ada pada mereka berdua. Kebetulan Abg Azam tu ex-hotelier, tekun me mendeng

Fabulous Food Hunt 2013

26/10/13 Assalamualaikum... Hari ahad 3 minggu lepas, me and few  frens join food hunt sekitar kuala lumpur je. Anjuran News Strait Time dan Tourism Malaysia. Kalau orang yang pertama kali dengar macam me, mesti kata - fuuhh best tu...pertandingan Cari Makan! Haah ye la sangat, uols silap sebenarnya. Me pun pada mulanya cam apa yang uols pk tu, mesti seronok. Tapi hakikatnya - ermmm memang best! Tapi tang makan tu, tak feel ok. Kalu korang berangan nak makan best2 n releks baik tak payah join :p hahahaha... Tapi FFH ni memang enjoy dan tak begitu mencabar minda cam Treasure Hunt (TH) yang pernah me join 2 thn lepas - yg tu memang sakit n semput ye nak mencari klu yang dikehendaki. FFH 2013 ni ada 9 cekpoint (CP) dan 8 soalan utk dijawab (jawapan dah ada dlm NST keluaran 26/10 tu juga)... Masa mula2 nak set target tu ada la skit arguement dlm team, biasala kita brainstorm tgk keadaan cam mana nak bergerak dari 1 tpt ke 1 tpt, jarak pula bukan dekat2 tau, kami dilepaskan d

Exercise Bicycle - Kettler Giro M Cycle

Salam n hi, Just got 2 bicycle recently n i would like to sale it (coz i really need money rather than the mechine ahakss) Brand - Kettler Market Price RM2.1k ++  My price - RM1.6k nego With warranty card  Location available - putrajaya n kluang johor  Self pick up If interested plss msg/wats up 0163165209

Mei Penuh Tragedi, Permulaan Jun Penuh Ujian

Assalamualaikum, Subhanallah, lama sungguh bersepah dan berhabuk ruang maya ni. Terima kasih pada yang sudi terjah juga yer.  Lama sgt menyepi, entahlah tangan ni macam tidak tahu untuk menaip apa, walhal idea ada saja yang mencurah2..kalu boleh nak ada mesin yg boleh terjemah terus apa yang ada di otak masuk kat blog mesti best kan :)  Hmm…Bulan Mei penuh dgn cabaran, bermula lepas PRU13, pada tanggal 9 Mei 2013 - 27 Mei 2013 hampir 21 hari berkampung di Hospital Putrajaya. Allah sahaja yang tahu rasa hati ini. Mana taknya en. suami admitted di sana gara-gara infeksi pada tapak kaki. Mula2 ingatkan kena gout, tapi Allah nak tunjukkan kuasaNya, lepas me bagi salam pada ketika solat maghrib, terpandang akan tapak kaki suami, tengok kuning. Hati dah tak sedap dan ambil gambaar tunjuk kat dia. SAmbil tu dah siap2kan barang2 yang perlu utk dibawa ke hospital kerana pastinya suami akan dimasukkan ke wad. Dah la mmg ada kencing manis, CKD pula tu…jadi utk menjadi penghuni h

Seminar Baitul Muslim 2.0

Assalamualaikum, salam hujung minggu Alhamdulillah berkesempatan utk hadir setelah pelbagai perkara hectic berlaku sepanjang minggu ini. Moga ilmu ini akan dpt dikongsi bersama Insya Allah.

Mini Almond Pavlova

Assalamualaikum.. Selera tukang masak...kali ke 2 rasa buatan sendiri, sedap juga rupanya..x manis sgt walau letak sirap stroberi ni..blum letak lain2 lg tu hehehee So yummy..sapa nak order silakan... :)

Owwhsome Bazaar @ Rasta TTDI

Salam, Wah hari ni saya buka booth di Rasta TTdi menjual hasil baking saya, 1st time buka n jual pastry item ni, nebes rasa. Tp yg pasti ai penat!! Hahahaha Lg suka amik order je kot coz x la terkejar2...hehhehe Apa2 pun yg duk berdekatan ttdi tu jemputla datang yer..

Pavlova - Dah Ada Website

Assalamualaikum, Salam isnin uols. Alhamdulillah syukur padaNya kerana dgn izin Nya website yg diusahakan untuk small biz saya telah selamat beroperasi setelah hampir 2 minggu tergendala dan penuh dgn masalah. Jadi lepas ni kalau ada sesapa nak order pavlova atau lain2 produk bakeri boleh ke page saya di www.pavlova.com.my

Mini Pavlova

Salam, Sekiranya anda nak buat majlis, jemu dengan door gift yg ada di pasaran? Apakata jadikan pavlova in a cup sebagai hadiah utk tetamu anda! Atau sebagai pencuci mulut - mini pavlova dengan dua kali gigitan bersama rasa yang manis dan berselang dengan rasa masam2 buah2an seperti strawberi, kiwi, anggur & peach pastinya memotong rasa manis itu. Dan jangan risau bagi yg berdiet!!! Dengan memakan seketu pavlova ia tidak akan menggemukkan anda! Jadi tunggu apa lagi, tempahla pavlova in a cup @ pavlova mini utk majlis anda... 0163165209 - sms kami utk penempahan

Pavlova Birthday Cake Anyone? ;)

Salam, Semalam customer req utk double layer pavlova for her daughter besday...

Mengorak Langkah ~ 9/10 Rezeki Adalah Perniagaan

Alhamdulillah...rezeki yg ada kita kongsi bersama.. Jom order :)

Salam Maulidur Rasul - 12 Rabiulawal 1434H

Assalamualaikum.. Alhamdulillah hari ni masih diberi beliang utk sama2 menyambut & mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad. Nabi umat islam, nabi yg akan memberikan syafaat pd umatnya... Marilah kita sama2 perbanyakkan selawat..

31tahun ~ Moga Hidup Lebih Bermanfaat

Assalamualaikum, Alhamdulillah, hari ni usiaku genap 31thn, satu tempoh yang panjang dalam meniti hari-hari hidup di dunia ini. Pelbagai onak dan duri di lalui. Entah bila akan dijemput Ilahi, persedian meniti kematian, mungkin belum sempurna mana. Apapun, pernahkah kita tiap kali sambut ulangtahun kita ucapkan pada ibu - terima kasih kerana melahirkan kita ke dunia? Tak pernah kan, adapun yang pernah tak ramai. Entah kenapa tahun ni, me ucapkan kat mak macam tu - tp thru sms la, n i know she read it but she refuse to reply. Hehehee me pasti my mum mesti touching, cam anak dia juga…me punya la menangis masa taip msg tu - ngeee, sedih woo… Anyway pada kengkawan yang wish my besday kat FB tu, terima kasih banyak2 n me pun doakan agar kalian dilimpahi kebahagian dunia dan akhirat…