Salam readers.
Alhamdulillah malam minggu br ni ie mlm td ana dapat tunaikan hajat sahabat ana yang nak sangat jumpa ana, bersusah payah dia datang dari Merlimau nak jumpa ana sebab tau ana dari Melaka (psstt nak tau sapa korang bleh baca kat SINI)
Sound macam jumpa x-bf je kan, ekekekek...haah mmg jumpa pun xbf la, dah dekat 12 thn beb x pernah bersua muka, jgn x tau pukul 11.30pm sampai 1.30am yer ana jumpa dgn dia sambil makan asam pedas dekat Jln Kota Laksamana dan dia yg datang ambil ana dekat tpt penginapan, Subhanallah apa kes kan ana ni, sbg isteri org x patut kuar dgn laki2 lain kan? Aiishh aje gile ker, ana masih waras la..ana pergi kuar dgn izin suami n jgn tak tau ana masih tahu hukum hakam yer ( ayat nak gempaq jer :D) Suami ana pun ada sama la..(Sporting tak? Alhamdulillah suami ana sporting, dan nasib x ada aksi tumbuk menumbuk okey, hehehehe)
Uols pernah jumpa xbf? Emm ni pestime dalam hidup ana, ana jumpa person yg ada chemical history la kiranya, tp niat ana x ada lain. Ana kenal dia sebagai sahabat dan sekarang ana jumpa dia atas niat persahabatan..ttg cintan cintun dulu tu, ana dah tutup kamus dah. Kalu ana letak perasaan yg ana nak jumpa bekas xbf, mungkin x terjumpa rasanya ( Ye la sapa nak jumpa bekas x bf kan, kalu jumpa juga rasa cam nak lempang 100x jer kan ;P) tp atas dasar kawan, perasaan dendam n tak puas hati tu mmg x muncul langsung...
Kita hidup jgn terikat dgn memori, dan barang yg lepas jangan dikenang, kalu semua tu masih kita simpan dan pendam, hidup kita x akan tenang. Lagipun kan Allah dah kata jodoh pertemuan, qadar dan qadar kan sume urusanNya..cehh pandai jer bermadah.
Ana masih igt dia lagi ker? Ikhlas mmg igt, tp x ada la sampai nak merosakkan diri atau berdendam, mengingati sesuatu yg pernah berlaku dalam hidup adalah sebahagian dalam kehidupan, memori tu mmg akan tersimpan di kotak ingatan kan? Tp tak terseksa ke nak melupakan cinta lama? Oppss soalan cam ne tu? (aiishh naya tau, ni blog suami pun baca yer n mungkin mamat tu pun baca..huhuhuhuhuh)
Aiisseeyy lupa ke tak lupa tu kan sume atas pemikiran diri sendiri, kalu kita rasa nak lupa, akan lupalah, kalu x nak, ada jer kat kotak ingatan, tp Alhamdulillah kehidupan dan kebahagiaan sekarang ni, skit pun x terganggu dgn kisah2 silam, ana percaya semua org ada pengalaman cintan cintun pertama kan, even pasangan kita sendiri. Cuma antara ianya menjadi isu besar atau pun tidak.
So untuk apa ana coretkan semua ni kat blog ni, kan semua org boleh baca? Ana just nak share jer, sebab ana rasa, maasih ramai lagi kat luar sana yg sedang menderita kerana x boleh melupakan cinta lama even dah berkahwin dan ada juga yg masih buat skandal dgn bekas cinta pertama walaupun masih terikat dalam perkahwinan. (Mcm mana tu?) Ada juga yg menyorokkan dari pasangan ttg pengalaman cinta pertama masing2, betul tak? Kenapa? takut pasangan kita cemburu?
Ana teringat kata2 suami ana yang dia dpt dari pensyarah dia - "Fren is privillage, husband is right"
Faham maksud tu? Betul..'kawan2 adalah keistimewaan, tp hak adalah milik suami'. Jadi kita boleh berkawan dgn sesapa sahaja dgn izin suami, tp bukan skandal yer...Nauzubillah..
Comments