Assalamualaikum, hari ini hari terakhir 2010 tahun Masihi. Ya tahun Masihi, tahun yang semua penduduk dunia nak raikan, yang beragama islam pun turut sama berpesta, bersuka ria nak sambut Ambang Tahun Baru. Kenapa jadi macam ni kan? Mudah sungguh paradigma dan minda kita umat islam dijajah. Bila nak sambut tahun masihi, masing-masing mula menanam azam itu ini begitu begini. Tapi kalau tahun Baru Hijrah, ingat pun tidak. Tak percaya? cuba pergi tanya pada umat islam ala-ala moden kat luar, ada yang ingat atau tidak, jika masih ingat Alhamdulillah, tp kalu masih ramai yang tidak ingat, apatah lagi nak baca doa awal dan akhir tahun. Cuba kita perhatikan dan lihat keadaan sekeliling kita hari ni,rata-ratanya teruja nak sambut ambang tahun baru, pusat membeli-belah, syarikat2 gergasi dan juga kerajaan sesetengah negeri siap buat sambutan ambang tahun baru, pastinya akan ada percikan bunga api, konsert hingga tengah malam. Yang muda mudi pula mengambil kesempatan....minum arak? ...