Saturday, October 16, 2010

Bajet Oh Bajet = Bajet 2011

Salam uols...


*credit to Harian Metro *

Selepas pembentangan Bajet oleh PM smalam, nampaknya ramai betul yang tulis ceta pasal bajet, brita kat TV pun sume ceta bajet (nak dgr ceta xcident x ada, kwn me ckp smalam pemandu semua memandu dgn berhemah..ahakss).

1. Yang jadi isu HANGAT kat blog2 smalam ttg bajet ialah pasal LINGERIES ie seluar dalam okeh. Topik tu yg paling hangat rasanya, lepas ni kepada suami2 kat luar tu amiklah kesempatan ni belikan untuk isteri2 uols yang branded skit, bukan cap ayam yg 3=RM10 tu dan juga baju tido yg cekci mekci skit okeh. Jangan asyik baju kelawar jer...Isteri2 lak, jangan le lepas ni korang asyik perabih duit beli brg2 branded tu aje, mentang2 k'jaan mansuhkan cukai, hamboi2 korang balas dendam beli memacam brang berjenama yg korang nak tu, igt skit anak2 tu yer.. (me x reti beli lingeries branded coz 4 sure x ada size 4 me =P)

2. Penjawat awam - rasanya banyak manfaat korang dapat;

i. PTK dimansuhkan (lepas ni x ada lg nak pecah kepala studi yer, tp rasanya
akan ada mekanisma yg lain utk digunapakai, x gitu?).

ii. Maternity leave...pergghhh untungnyer, tp bak kata sorang blogger ni pusing-pusing tang tu gak, masa 60 hari = max 5 kali bersalin, ni 90 hari = 3 kali jer, (x hampir 300 hari gak ker?). Tp kalu yg asyik bersalin tu org bawahan masalah x ada sangat, tp kalu yg bersalin tu middle management, emmm kena pastikan no pending job, kalu x masak beb org lain nak handle, x gitu? (jgn mare yer)

iii. Imbuhan RM500 - Alhamdulillah ramai yg bersyukur, yerla dari x ada langsung (tp mmg dah mcm tahu dpt  byk ni, sama mcm thn lepas). Korang nak bonus mcm thn 2007? Perrgghhh kerja dah MANNTOOPP ker? Kalu rasa korang betul2 layak n kerja dah bagus, sila pastikan tiada sebarang aduan @ keluh kesah dari Rakyat Marhain di luar sana tu. Dan Pastikan Anda adalah seorang Penjawat Awam yang betul2 ikut prosedur KERAJAAN.. ini RAMAIII yg CULAS antaranya gi keje x pakai kasut bertutup, (sandal tumit tinggi banyak ler dan AKAN makin ramai yg pakai setelah tax utk brg import dimansuhkan), baju x kena gaya, dedah sana, belah sini (dalam G.O bukan kata baju kebangsaan ke? Kalu skirt tu warna gelap dan labuh) DAN ramai ngatt yang MENGULOR ie MINUM PUKUL 10, MINUM PUKUL 4, REHAT SAMPAI KUL 3 dan mana lebih banyak keje korang buat, BERFACEBOOK ke buat keje ofis????....korang buat tak? Hahh kalu yg buat nyer lebih ramai dari yg x buat, mcm ner gomen nyer servis nak effisen n ekonomi nak meningkat?...(Huhh panjang plak bebel, ni bukan kondem tp nilah kenyataan kat luar sana, banyak sgt songeh n sohseh yg x puashati ttg dpt 500 tu, pk2 lah sendiri yer)

iv. Utk Pengerusi JKKK @ Ketua Kampung dan Guru2 KAFA - tahniah elaun anda dinaikkan. Alhamdulillah, n jangan le pasni ada yg bergaduh berebut jawatan Ketua Kampung tu yer..

v. Kadar tol takkan dinaikkan for 5 years, tp rasanya duit tu akan lari ke BAYAR MINYAK YG AKAN NAIK, x percaya? tunggu dan lihat. (ni apa yg me rasa, Win-win situation)

vi. Skim Rumah Pertamaku - hah pemaju korang jangan nak ambil kesempatan n buat dajal yer, bagi korang yg nak beli rumah pulak pastikan jgn tertipu!!!

Rasanya tu ajer kot me nak simpulkan + kusutkan pemikiran....hahahahah

PESANAN - kenyataan di atas tu adalah pandangan peribadi penulis, x ada kena mengena dgn sesapa baik yg hidup kat luar sana, kalu terasa sendiri mau ingat okeh

2 comments:

Mama Zharfan said...

bagus komen2 as ni..esp bab2 lingerie hehehhe

asfiedaimpiana said...

heheeee...yer arr malas nak komen yg bebaik, kita tgk diblakang tabir nyer....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!