Salam uols.
Hari ni hari paling bermakna buat dia, setelah berpenat lelah dan bersusah payah hampir 2 tahun lebih, akhirnya dia dapat menggenggam juga Sarjananya itu. Tahniah abg. Me dedicate this entri for him ;D
"Abang, tahniah atas kejayaanmu, tiada hadiah dapat sayang berikan cuma sekalung doa dan harapan moga kejayaan dan keceriaan sentiasa bersamamu. Sayang hanya mampu memberikan sokongan moral.
Hari ini ketika kau melangkah menggenggam ijazah itu, airmata bergenang di tubir mata, terkenang segala jerih payah yang kau lalui selama ini.Abang, biarlah segala kepayahan itu hanya kita yang tahu, biarkan mereka yang menipu, menganiaya dan dengki denganmu itu mendapat balasannya.
Abang, jika arwah abah masih ada, tentu dia akan gembira, kerana abanglah satu-satunya anak yang mengikuti jejak langkahnya hingga ke tahap ini. Abang telah buktikan.
Abang, abang tidak keseorangan, sayang akan sentiasa ada disisimu, tika susah dan senang, usahlah abang berduka atas dugaan yang melanda, kerana Allah sedang menguji abang dengan kesusahan ini.
Yang selalu menyayangi mu - Isterimu"

Majlis konvokesyen UiTM ke-73
Comments