Salam,
Lagi beberapa hari jer, dia akan pergi, pergi meninggalkan alam remaja, alam solonya. Melangkah pergi ke alam lain, yang tak pasti kedudukannya. Dengar kata orang semua indah belaka, seronok kerana dapat bersama si dia, yang haram jadi halal, yang teori jadi praktikal. Dia selalu dengar kata orang semua manis-manis belaka, semua penuh bunga-bunga bahagia. Masa bercinta kentut pun jadi wangi, yang buruk semua tersembunyi, yang buruk semua disorokki. Merajuk mcm mana berjaya juga dipujuknya.
Tapi ada yang kata perkahwinan itu ibarat perjudian, jika pandai main percaturannya, bahagia kekal selamanya, jika tidak pasti merana di tengah jalan, yang buruk akan terserlah, yang dipendam akan terkeluar, kentuk akan terbau busuknya. Bila kawin, banyak hati mahu dijaga, yang perempuan akan kena lebih dengar perintah suami (itu sudah semesti, kerana Allah dah berfirman dalam AL-Quran) jika baik percaturan suami, baik lah jadinya, jika tidak akan berat sebelah, antara lebihkan keluarga isteri atau lebihkan keluarga suami, jarang didengar pasangan yang dapat atasi masalah ini, banyak yang berat sebelah sahaja yang di dengar.
Lebih malang lagi apabila kawin rupanya suami anak emak, (tidak salah mendahulukan ibu, dalam Al-Quran dah ada, ibu itu perlu diutama) memang masalah besar jika suami tak pandai tangani.
Tak lama lagi, dia akan pergi, pergi menjadi isteri, melangkah penuh gembira bersama dengan si dia, keluarga bukan lagi keutamaan, perintah suami yang harus diutamakan, tinggalkan semuanya, emak,ayah, kakak, abang,adik dan saudara, (ikatan mmg tetap akan ada x akan pernah putus atau patah, cuma tak akan sama seperti sebelum berumahtangga, tak percaya? tunggu dan lihatlah)
Bila dah jadi isteri, tanggungjawab tergalas sudah, bukan mudah mcm didengar, berat dan payah, kalau sebelum berumahtangga semua boleh dibawa berbincang bersama, egonya boleh direndahkan. Tapi bila dah berumahtangga akan ego jadi keutamaan, jika tak dengar cakapnya atau melawan, dia akan mengamuk sakan. Jangan biarkan masalah rumahtangga hanya dipendam dan disimpan, kerana ia 'Ibarat Gunung Merapi, apinya sikit tapi panasnya perit, ibarat tsunami, sekali datang, musnahlah segala isi' (pepatah karang sendiri)
Tolak ansur, kesepakatan, persefahaman semua memain peranan, di awal permulaan, semuanya jadi cubaan, tapi akan bertahankan sehingga 759 hari? Itu belum pasti, usaha ikhtiar dan doa pada Ilahi. Kerana perkahwinan bukan untuk mainan, bukan untuk melempiaskan nafsu semata-mata. Ia adalah penyatuan 2 jiwa yang berlainan jantina untuk hidup dalam harmoni, mencari keserasian. Ramai jer yang tak mengerti, kawin 2-3 hari ada yang bercerai sudah, kerana tak persefahaman, ada juga 1-2 tahun pun timbul tak ada persefahaman. Kenapa boleh terjadi sedangkan masa bercinta beriya berjanji sehidup semati, kaulah pujaan hati, tiada galang ganti. Tapi bila dah dapat semuanya semua dah tak bererti.
Dia akan pergi, pergi menjadi isteri,
Jadilah isteri yang berbudi pekerti, menjaga maruah dan aib suami, persiapkan diri seindah dan selayaknya walau dalam rumah. Jangan hanya waktu bekerja atau berjalan keluar, bila di rumah dah rupa pembantu rumah, rambut serabai pakaian terabai rupa tak dirapi bau macam-macam bau. Ingatlah aurat itu utama, dengan saudara dan ipar duai jangan lupa dijaga, sehelai rambut = 60 tahun di akhirat sana (dosa suami yang bawa).
Dia akan pergi, pergi menjadi isteri,
Kudoakan agar bahagia mengiringi, jangan dilupa pada kami, walau renggang akan lahir juga nanti, silap kata harap dimaafi, kini tak boleh lagi kita berkongsi, kerana suami perlu ditaati, kalu dulu kita berkongsi cerita, pasal segala dan masalah bersama, kini hal rumahtangga harus dijaga, maruah dan aib jangan dibuka, jika teruk atau buruk kena pendamkan juga. (tapi jika akan membuatkan diri menjadi separuh gila, perlu luahkan jugakan...)
Comments