Skip to main content

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu.

Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!!

Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya?

Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ada yg rendah suara, pada me sesetengah scene tu tak kena gaya kalu dia nak menjerit, ceh pandainyer komen ;P). Suami yang dayus dan tak bertimbang rasa. Halau bini dia gara-gara anak dara dia lari dari rumah kerana tak tahan dengan situasi hidup.  Aina duduk di rumah perlindungan bersama haris, Azman ditangkap kerana merasuah. Anak perempuan mati kena rogol.

At the end baru me perasan nape tajuk ceta tu KARMA SALINA rupanya ada kaitan dengan cerita cerekarama SALINA tempoh hari daa...patutla tajuk ceta tu cenggitu, me cari juga apa kesinambungan tajuk dengan watak coz x ada sorang pun nama Salina.

Yang pasti dua-dua arahan Erma Fatima.

Comments

Myra Jay said…
Sempat layan sat je citer nie pehtu diorg tukaq channel tgk game bedminton.. :(
asfiedaimpiana said…
emm me pun tak menghayati mana n x menarik la garapan dia.. dah x ada benda nak tgk tu yg bio je layannn..
Anonymous said…
siapa kata garapan cerita drama tu x menarik...

dari pengamatan sy, pengisian drama tu amat berkesan & kupasan cerita, persoalan yg mantap...

kita imbas semula drama 'Air Mata Nursalina'. Dalam 1 babak, Salina pernah menolak pengadilan oleh seorg peguam utk membelanya, justeru berkata .."HAKIM SAYA ADALAH ALLAH..."

Dan dari sequel drama tu, 'Karma Salina' memberi jawapan kpd persoalan itu di mana kwn kpd Afkar (lakonan Adi Putra) yg pernah memporak-perandakan rumah tangga Salina-Afkar dulu, kini menerima pembalasan pada keluarganya...Dulu, dia pernah merogol Salina dan (dalam drama ini) anak dia pulak kene rogol (ending cerita)..

Hukum karma lar senang cerita. Maksudnya, what you do..you get back. Bukan kah pengadilan Allah adalah seadil-adilnya...

Seperkara lg, berkaitan isu nusyuz yg dikupaskn begitu jelas..mcm Nora Asyikin berkata,"Islam itu mudah tapi kita yang menjadikannya komplex.."

Saya amat tertarik hujah Nora Asyikin dgn sorang ustaz tu, apabila Aina (watak Sofea Jane) ingin memfailkn penceraian terhdp suaminya..ia berkaitan isu nusyuz la..(boleh download tgk kat internet)

Apapun saya sukakan penjiwaan yg erma fatima dlm setiap penghasilan karyanya...keep it up..best!thumbs up!
MMA said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a

Ubat Resdung

Harini nak kongsi berkenaan Nasal Spray - bagi yang menghadapi resdung (sinus) atau selsema. Ni sebab dah rasa teruk resdung sampai hidung berdengung (selalu kepala je dengung) maka dah rasa tak sedap hati. Jadi jom kita berubat (huhuhuu dah teruk baru nak berubat, jangan amalkan)? Yang ini jenis pancit @ spray ke hidung - macam spray untuk semput tu, memang agak mahal sedikit. Tetapi kalau dah mahal tu mesti keberkesanan lebih sedikit. Mana nak dapat ni? Kalau duduk putrajaya memang payah sikit nak cari farmasi yang jual. Doktor pun dah pesan cari di farmasi luar putrajaya. Jadi Ai pun pergi ke Bangi. Farmasi sebelah Gulati's Textile.  Cara pemakaian - pharmacist ajar - kalau jenis bersin atau selsema ketika pagi, pancit la waktu malam, jadi ia akan membantu mengurangkan selsema dari berlaku sebelah pagi. Jika kerap selsema sebelah petang maka pancit la sebelah pagi. Ok malam ni kita cuba dan tengok apa kesannya esok.  Yang ini Ai beli mula-mula, walaupun di kotak tulis 'nasal

Selamat Datang Anak-Anak Suamiku

Salam... Emm me x pernah buat review drama kan, ni 1st time me buat. Drama tu mmg menarik, kisah isteri tua yang dianiaya oleh madunya (Lakonan Rita Rudaini, Nor Khiriah)...perebutan kuasa yang tak nampak secara nyata, bilamana kematian suami menyebabkan isteri muda (Nor Khiriah) datang bersama dengan anak-anaknya hani dan hana. Kehadiran keduanya disambut dengan tenang oleh Maya, tapi dalam kelembutan dan kebaikan yang ditunjukkannya itu rupanya diambil kesempatan oleh madu dan juga adik Maya (Lakonan Fizz Fairuz), mereka berpakat untuk merampas semua harta suami Maya yang sememangnya kaya-raya, pelbagai cara dan tipu helah dilakukan yang akhirnya terjerat dek perangkap Aida sendiri yang rupanya telah mengetahui tindak tanduk serta tipu helah yang dipermainkan oleh kedua-dua musuh dalam selimutnya itu. Kesimpulan cerita ni, sebenarnya Aida cuma inginkan anak-anak suaminya sahaja kerana Maya sebelum ini pernah keguguran yang akhirnya menyebabkan beliau tidak boleh mengandung la