Skip to main content

Salam AIdilAdha @ Hari Raya Korban

Salam Aidiladha Sahabat (rasanya masih lagi dalam mood raya kan). Tapi tulah kalu sebut raya Haji suram dan muram je suasana. Ada yang sampai tak meraikan pun cuma sekadar gi solat sunat raya jer mcm me ;( .
Tapi tula kebanyakan umat Islam kat Malaysia ni tak begitu menghayati tentang kepentingan meraikan dan mengingati Hari Raya Korban ni, walhal hari raya ni lah paling bermakna dan besar pahalanya sekiranya kita melakukan ibadah korban.

Bagi yang tak melakukan korban, korang digalakkan untuk pergi membantu orang-orang lain yang membuat korban ie menyembelih, melapah atau tangkap lembu korban tu pun tak per (me dgr kat Ceramah Agama di Forum Perdana Ehwal Islam tadi) dapat gak pahalanya. Paling tidak pun kita bersedekah. Tapi ramai ker yang bersedekah time raya korban ni? Agak-agak ada tak yang kena marah kalu minta duit raya? Mesti ada punya sebab smalam kat status FB kawan me ada tulis cam ni ... "Tolong jangan minta apa yang tuan rumah tidak beri dan tolong jangan beri apa yang tuan rumah tidak minta" cenggitu la bunyinya tapi yg me faham mestilah duit raya agaknya isu tu (mengikut tafsiran me, kalu my fren tu tafsir lain tak tahu lah pulak)


Selain tu ada juga kawan me yang tulis kat FB, dia cakap 'kesian kat binatang yang kena korban tu, rasa tak sampai hati dan kesian sangat, tapi manusia juga yang kenyang'. Me pun komen kat status dia cenggini 'Kalu rasa kesian kat binatang korban atau binantag lain pun sekiranya binatang tu halal di makan oleh orang islam dan sekiranya disembelih mengikut syariat islam kalu tak silap me masa belajar agama , ustaz penah cakap HARAM bagi orang tersebut untuk memakan daging atau binatang tu disebabkan perasaan kesian kat binatang tu" macam tu la me komen (rasanya ustz cakap macam tu yg me masih igt, tp kalu ada kengkawan yg lebih arif harap dapat perbetulkan)



Dan yang paling menunjukkan kedangkalan me ie jarang gi solat sunat raya ni, me konpius adakah org yang solat sunat ni tak mendengar khutbah raya, solat sunat dia itu sah atau x. Apalagi ada la kengkawan yg jawab kat status me buat kat FB tu dia kata tentulah sah dah namanya solat sunat....hehehee nampak sangat ilmu agama ni perlu dituntut lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tol...