Berjalan2 ke singapura
Singgah sebentar di rumah nyonya
Percayalah kata hamba
Masakan cik tiada tandingannya
Pergi ke kedai membeli paku
Paku di beli di kedai borong
Sapalah yang nak dekat aku
Hidung tak mancung pipi tersorong2
~kopipaste dari dialog drama tu yer~ XD
Mengisahkan seorang gadis berbadan besar @ gemuk yang pandai memasak masak lemak jantung pisang dan telah membuatkan Ahmad Dani (seorang yang buta) begitu tertarik hingga ketagihkan lauk tersebut. Untuk menguji sejauh mana kesetiaan dan keihlasan cinta Farah Diba, Ahmad DAni telah mengarahkan Ahmad Fairus ie abg kembarnya untuk menilai ketelusan Farah Diba setelah dia tidak buta. Tapi Farah Diba yang terlalu merendah diri dengan keupayaan dirinya yang gemuk telah menyuruh Shima (rakannya) untuk menjadi dirinya. Tapi apa yang dirancang tidak menjadi seperti yang disangkakan kerana Shima sendiri telah jatuh hati kepada Ahmad Dani, sehingga membuatkan perhubungan persahabatan antara Shima dan Farah Diba berantakan.
Akhirnya Ahmad Dani mengetahui cerita sebenar dan menerima Farah Diba seadanya, namun ibu Ahmad Dani pula menghalang kerana Farah Diba gemuk. Namun kisah silam ibunya yang pernah gemuk telah membuatkan hati si ibu beralah untuk tidak memperlekehkan Farah Diba.
Ahmad Dani bertunang juga dengan Farah Diba dan akhirnya membuat pembedahan mata.... The stories end happily as usual...ngehngehngeh...
Yang pasti si Shuhaida sudah makin Fofular walaupun badan besar...kan?.....ingat yang berlakon Dottie tu...
Macam mana cerita tu, ok tak? Tapi kan kesian kan si Fara Diba tu..tapi itulah realiti yang berlaku pada insan-insan yg demuk ie AI juga. Insan yang mempunyai keadaan fizikal seperti Farah Diba selalunya mempunyai 'low self-esteem' @ kata lainnya rendah keyakinan diri... emm apa yang Farah Diba buat tu macam AI penah buat masa zaman sekolah2 sampaila universiti ok. Tp nasib la dengan En. Hubie, Ai x ad ada buat cam tu okey, x perlu nak nyamor2 dah... hikhikhihik
Tapi secara realitinya memang ramai yang berbadan besar tak kira laki ke pompuan akan merasa rendah diri dan akan berlumba2 cari ubat kurus..kalu tak takkan la DR Romzey jual Just Mate & En Joegrimjow promote Herbalife..sume tu supplement kurus okey
Nak kurus ni bukan setakat makan sume supplement ke pil kurus ker apa bagai...YANG UTAMA MAKAN TU NAK KENA SEIMBANG DAA...tapi kalu dah x boleh buat juga macam Syanie tu, tu yang kena buat operation kecilkan usus perut..so makan skit jer...okey...
Psstt - Cinta tak boleh dilihat dengan mata, tak boleh di dengar dengan perkataan tapi cinta boleh dirasa dengan peraasaan..betul ker?
Comments
mamatisya - tula dah makin glamer si shuhaida tu kan...sapa kata gemuk x laku hikhikhik
Armada - cinta buta