Skip to main content

Majalah 3 - Dobi OKU Menyentuh Hati! :'(

Assalamualaikum...Alhamdulillah hari ni AI ada entri baru nak update. Lama rasanya x update kan, uols rindu tak? (kalu ada pun entri contest jer kan )

Sambil lipat2 kain baju AI tengok Majalah 3 tadi rencana pasal dobi OKU, really touch my heart tu...suka tgk Syazani bercakap, cara dia memang outspoken, tp apa yg dia cakap jujur dan telus..betul dia mmg ada telent sbg abang. Tersentuh hati ni tgk rencana tu...walau mahal skit bayaran dia ie RM6=1kg, tp apasalahnya sebab rasanya kos tu nak tampung mesin basuh yang rasanya mahal skit dari yang kedai dobi biasa. AI doakan semoga adik-adik tu berjaya lah hendaknya..Amin!!

ni la Syazani, 24 tahun (kredit to Kosmo) 

Rasanya kat Kosmo pun ada cerita pasal dobi OKU ni... ni ha AI ambil dari Kosmo online yang disiarkan pada 9 November 2010 (tapi biasalah, yg dibaca selalunya kurang menarik, yang dipertonton yang itu menambat hati kan?) ni AI ambil dari Kosmo page

9 Novmeber 2010- SETIAP kali dia berputus asa, ada sahaja individu-individu yang menyuntik semangat kepadanya. Kepada Ong Hock Siew, 50, sembilan remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) itulah yang telah merealisasikan impiannya.
Walaupun bahagian kanan tubuh Muhd. Syazani Sazali, 23, agak lemah, namun semangatnya untuk hidup tidak pernah luntur. Muhd. Syazani merupakan salah seorang daripada remaja OKU yang membakar semangat Hock Siew.
Dia adalah salah seorang daripada sembilan remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bekerja dan menjadi teman niaga Stesen Dobi OKU di pusat beli-belah Mid Valley. Kedai dobi yang terletak di aras bawah P2, A43, Mid Valley, Stesen Dobi OKU itu menjadi simbol kebanggaan golongan OKU secara menyeluruh.
“Saya mahu kami menjadi contoh kepada rakan-rakan senasib. Saya percaya usaha ini akan mengubah persepsi orang ramai terhadap OKU.
“Kami mahu buktikan bahawa kami juga boleh berjaya,” kata Muhd. Syazani yang duduk di kerusi rodanya.
Sebelum menyertai Stesen Dobi OKU, dia bekerja makan gaji di sebuah pusat beli-belah. “Saya pernah bekerja sebagai penjual selama setahun. Selepas itu, saya berhenti dan ketika berehat di rumah, saya dimaklumkan tentang peluang ini,” ceritanya.
Mazayu Kasan, 40, selaku pelatih OKU memberitahu, Hock Siew mengetengahkan ideanya mengenai perniagaan tersebut kepada rumah Amal Chessire di Selayang, Selangor.
Bertanggungjawab mengumpul, memilih dan melatih remaja terbabit dalam bisnes dobi, Mazayu juga banyak membantu dan melancarkan operasi perniagaan itu.

DARI kiri: Roszilawati, Anuar Firdaus, Mohd. Syazani dan Nabin yang berpeluang bekerja di Stesen Dobi OKU.


Cabaran berniaga
“Cikgu banyak melatih kami. Saya rasa seronok berniaga dan percaya pengalaman ini akan membentuk saya menjadi seorang usahawan untuk membuka kedai dobi sendiri pada masa depan,” tegas Muhd. Syazani yang berjanji untuk memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada golongan OKU yang lain.
Kata Muhd. Syazani, antara cabaran berniaga di pusat beli-belah terkemuka itu ialah apabila berdepan dengan pelanggan berbangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. “Saya cuba melayan mereka semampu yang boleh. Biasanya saya faham apa yang mereka katakan,” kata Muhd. Syazani yang boleh bertutur dengan lancar berbanding remaja lain yang menghidap masalah pertuturan akibat sindrom Down atau ketidakupayaan belajar.
“Syazani dan Roszilawati lebih berani berdepan dengan pelanggan. Mereka boleh berkomunikasi,” kata Mazayu. Roszilawati Rosli, 21, atau lebih mesra dengan panggilan Ros. Dia merupakan seorang gadis yang memiliki perwatakan menarik dan boleh berkomunikasi dengan baik.
“Sebelum bekerja di sini, saya bekerja di salon di Sentul. Tetapi selepas mendapat tawaran ini, dengan sokongan keluarga saya menyertai kumpulan ini,” kata gadis bertubuh kecil itu.
Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu, jika diberi pilihan antara berdandan atau menjalankan perniagaan dobi, dia lebih selesa memilih dobi kerana bisnes itu menjamin masa depan di samping dapat membimbingnya mempelajari selok-belok dunia perniagaan.
Salina menggosok pakaian pelanggan.


Kata Mazayu, sebilangan remaja tersebut mempunyai pengalaman bekerja di bahagian dobi di Hotel Grand Dorsett di Subang Jaya manakala sebahagian yang lain mendapat latihan di pejabat WorldwidePreneur di Jaya One di Petaling Jaya.
“Orang ramai tidak perlu pandang rendah atau meragui kebolehan mereka. Usaha seperti ini membuktikan kemampuan mereka. Walaupun ada OKU yang lemah dari segi mental, tetapi hakikatnya mereka bukan golongan yang tidak waras. Sebaliknya, mereka adalah golongan slow learner. Mereka mungkin perlahan dari aspek menggunakan minda seperti membaca atau mengira tetapi mereka boleh melakukan kerja-kerja fizikal. Saya percaya mereka akan menerima cabaran berniaga sama seperti mana-mana orang biasa,” kata Mazayu.
Pengalaman bekerja
Bagi menguruskan perniagaan itu, Mazayu turut dibantu oleh Qariah Saini, 23, dan kesembilan-sembilan ibu bapa remaja tersebut.
“Ibu bapa mereka bertanggungjawab membuat kiraan akaun, pembayaran, pembelian dan sebagainya secara bergilir-gilir,” tambah Mazayu. Bagi Amirah Muhd. Sardi, 23, kesungguhan gadis muda itu bekerja jelas terpancar di wajahnya. Amirah yang pernah bekerja di sebuah salon rambut berkata, dia seronok bekerja di kedai dobi kerana mempunyai ramai kawan.
Walaupun gagap, anak bongsu daripada lima beradik itu tetap menjawab soalan-soalan yang dilontarkan kepadanya.
Seorang lagi remaja lelaki yang agak pendiam tetapi murah dengan senyuman, Anuar Firdaus Rosman, 23, yang mempunyai masalah ketidakupayaan belajar lebih selesa berkomunikasi dengan rakan-rakannya.
“Saya pernah kerja di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur di bahagian dobi. Semasa bekerja di situ saya membuat kerja-kerja seperti seterika baju, memasukkan pakaian dalam mesin basuh dan menjaga meja resepsi,” jawabnya dalam nada perlahan.
“Anuar sangat rajin, tetapi dia akan tunggu arahan. Dia tidak mencari kerja tetapi melakukan apa yang disuruh dan lebih gemar membuat kerjanya sendiri,” kata Mazayu. Tambah beliau, selain berpengalaman, Anuar dipilih kerana sangat aktif dalam pelbagai aktiviti ketika bersekolah di Sepang.
“Dia menerima banyak anugerah di sekolah antaranya Anugerah Sahsiah. Dia juga bertuah kerana mempunyai bapa yang banyak memberi sokongan dan mengambil berat tentang dirinya,” kata Mazayu merujuk kepada pesara Rosman Muji, 45, bapa kepada Anuar.
Menurut Rosman, Anuar dilatih menggunakan pengangkutan awam untuk berulang alik dari rumah ke Stesen Dobi OKU.
Rosman ketika ditemui pada majlis pelancaran tersebut meluahkan keterujaan dan sokongan yang tidak berbelah-bagi atas usaha Hock Siew yang bakal membawa perubahan besar dalam hidup anaknya itu. “Mereka akan belajar berdikari dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk memajukan diri.
ANUAR mahu membuktikan golongan OKU boleh bekerja seperti individu lain.


“Lambat-laun mereka boleh menjadi seperti orang lain,” luahnya. Rosman yakin, perniagaan konsep OKU dengan bantuan ibu bapa adalah satu perancangan yang boleh dilaksanakan selama-lamanya.
Seorang lagi remaja OKU, Nabin Romli, 19, memberitahu, dia selesa bekerja daripada duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa. “Saya pernah menyertai kursus automobil baiki motor tetapi berhenti kerana kursus tersebut untuk mereka  yang bisu,” kata anak kepada pegawai bank yang juga mempunyai masalah yang sama seperti Anuar.
Menurut Nabin, di rumah selain bermain Play Station 2 (PS2) dan dia juga mempelajari muzik gamelan selama dua tahun.


Inilah contoh individu dan insan yang nak berusaha walau kurang upaya diri tapi ianya bukan satu rintangan dan halangan, bukan cam sesetengah manusia, dahla sempurna tapi malas untuk berusaha ddan mengharapkan simpati orang padanya. Walhal mereka punya kudrat dan tenaga. Itulah manusia yang tidak bersyukur namanya. Renung2kan dan selamat beribadat :D

Comments

Popular posts from this blog

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu. Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!! Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya? Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ...

SAPE NAK HADIAH? (ANGKAT TANGAN)

Salam readers.....me sedang menulis entri ni di negeri kenyalang ie Land of Hornbill (bleh gitu?) Mcm me cakap me outstation, tp tetap gak nak update. Me tak tau la nak kata mcm mana kan, n tah mana silapnyer yer...korang nak tau..ni dah masuk entri ke 3 tau me update pasal GA me (wah pengalaman sungguh kali ni)  Me jadi confuse, mana agaknya silap me dlm buat GA ni...tp me tetap x berputus asa, sebab me nak bg juga hadiah kat korang2 yg slalu BW my blog ni tgk keputusan tp x menang... Me naik penin nak buat cabutan nombor2 bertuah lagi...dah cam stress plak (tu mcm kat pic tu ngehngehngeh..) jadi me dgn baik hatinya nak bg kat reader yg bertuah la senang ceta..(Sapa yg dah menang tak boleh tau!) Me nak  bagi lagi 10 lagi hadiah tu kepada 10 reader yg bg komen kat entri ni TAPI DENGAN SYARAT...YANG TERSENARAI DLM LIST GA JER...TP X MENANG . Jadi sesapa yg komen kat bawah ni, masukkan link diorang yg tersenarai dlm list tu (ingat 10 yg awal jer...) dan email kat me di...