Thursday, January 13, 2011

29 Tahun Yang Penuh Bererti....

Assalamualaikum...

"Ya Allah, Aku panjatkan kesyukuran ini kepadaMu, di atas kurniaan dan limpahan kasih sayang Mu kepada Hamba Mu ini. Ya Allah Ya Tuhanku, Ku bersyukur kepadamu kerana aku diberi peluang untuk terus menghirup udara dan bernafas di muka bumimu ini. Hari ini usiaku sudahpun menjangkau 29...Syukur Ya Allah"



Macam terasa masih bermimpi di kala ini usia ini telahpun menjangkau 29 tahun, ya satu usia yang boleh dianggap masih muda dan ada juga yang menganggap telahpun berusia, memasuki fasa matang (matang ker?) 
Sekejapan masa berlalu dan berlari meninggalkan kita, masa yang tidak akan berpatah balik, menoleh kebelakang, masa yang akan terus mara ke hadapan....jauh meninggalkan kita andai kita kealpaan dalam mengutip dan memanfaatkan apa yang sepatutnya kita laksanakan sebagai hambaNya...

Kala usia ini, tiada hajat yang didambakan melainkan mengharapkan kesempurnaan sebagai seorang perempuan (merasai nikmatnya bergelar ibu) Namun  andai itu tiada takdirku, redha dan terima ketentuannya. Kerana Dia lebih mengetahui...

29 tahun hidup terisi dengan penuh warna-warna pelangi yang indah, dihiasi jaluran-jaluran warna yang penuh cahaya, ingin dilupakan jalan-jalan kelam semalam, jalan-jalan berliku dan berduri yang penah ku rentasi agar hidup ini tidak tertekan lagi. 
Biarlah kenangan itu tinggal kenangan, akan ku lihat sebagai satu perhiasan dinding yang pernah mewarnai hidup ini. Kerana indahnya pelangi disebabkan cahayanya yang pelbagai warna, andai warnanya cuma satu sahaja tiadalah seri dan tiadalah indah untuk dilihat...


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN MYSELF - XD

Semoga Allah sentiasa memberkati hidup ini
Menjadikan diri muslimah yang sejati...Amin




(entri kenangan untuk blog AI - harap maklum)

3 comments:

Mama Qiestina said...

happy bufday kin! :)

may allah bless u always & aku doakan moga rezeki baby datang tak lama lagi.

usaha tgga kejayaan :DD

mama tisya said...

happy busday as..muda lg tu

Izzatul Iman said...

Heppy busday ye kak...

hadiah 10 Intan terpilih ape cerita ek?

dah hantar ke lum?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!