Kala ini,
Hati penuh dengan pelbagai rasa
Marah, geram, dendam,
Gejolak di jiwa bagai tak dapat ditahan
Namun
Aku harus sedar
Amarah bukan jalan penyelesaian
Bahkan merosak perhubungan
Yang akrab bakal bertelagah
Yang rapat bakal musuh ketat
Sabar
Itu penguat semangat
Pendinding amarah yang bernyala
Bagai ubat meresap di dada
Iman
Itu benteng kekuatan
Bagi diri yang goyah kedudukan
Tanpanya diri bakal merana
Ikutkan hati yang penuh emosi
Senyum
Itu ketenangan
Jua keceriaan
Penghapus kedukaan
Mengeratkan hubungan
Lantas melupakan kesengsaraan
- 1 Syaaban 1431 Hijrah -
- Tetiba aku rasa nak mengarang, setelah sekian lama aku pendamkan. Dulu aku mmg kaki karang n ala2 jiwang. Tapi sejak ku kenal dia, sumenya jadi lupa n hilang...so hari ni tetiba nak pulak mengarang. :D
Comments