Skip to main content

'Adik-Adik' = Lelaki Normal Yang Kian Pupus?

Salam semua... ;D

WAH TAJUK BIKIN PANAS TUUU ;p

Oppss...oppss..'adik-adik' kat luar tu jangan marah tau dengan statement ai ni yer. Ni entri bukan entri nak kutuk ker apa. Baca sampai habis dulu pastu baru buat penilaian k. ;)

Mukadimah
'Adik-adik' istilah untuk lelaki-lelaki lembut tetapi masih dressing like man, kelembutan dan gaya yang persis 'perempuan melayu terakhir'celup. Tetapi itulah hakikat yang ada di persada maya ini. Alah macam ceta 'Sutun' gak. Kenapa ini terjadi? Naluri kelembutan yang ada dalam diri menyebabkan mereka bersikap demikian, ada kajian yang mengatakan sikap didikan parent n famili turut menjadi punca. (ni pandangan aku, bukan teori betul yer)

Nape aku tetiba nak tulis pasal 'adik-adik' ni? Ntah tetiba aku nak dedicate kan entri kat somebody tu. Sebenarnya golongan 'adik-adik' ni ada sesetengahnya bukan jahat mana pun, diorang lebih memahami wanita dan naluri wanita (best apa kalu dapat suami mcm ni :P kat dalam tv dah buat jer drama pasal 'adik-adik ni yang rusdi ramli lakonkan dengan Maz aka Duta Belia Malaysia tu - kalu x silap, silap sori).

Ni ha peserta aku ni ada 2-3 orang yang bersifat 'adik-adik'. Tapi aku boleh ngam dengan mereka n best tu kawan dengan mereka. Masa kat Diploma dulu pun ada gak kawan aku sorang ni 'adik-adik' tapi sekarang kau JANTAN dah...hehehee Alhamdulillah.
 
Berbalik pada peserta tu, derang ni walau pun 'adik-adik' tapi pengajar. Bila aku tanya macam mana korang dekat tpt keje. "Eh kitorang time2 mcm ni jer nampak gini, kat jabatan kitorang JANTAN tau puan" balas diorang. "Eh student korang tak akan x ada yang mcm korang kat sana?" aku bertanya lagi. Yelah kalu dah sendiri 'adik-adik' macam mana nak ajar remaja-remaja lain a.k.a anak murid derang sendiri 'adik-adik' bak kata pepatah bagai ketam ngajo anak jalan tegak.

 "Ishh puan..kitorang ni x ada nyer mcm ni kat ofis, student? Sapa yang macam 'adik-adik tu nahas saya denda. Saya ni lembut mcm ni jer, tp x adalah nak make-up segala. Murid saya yang mana make-up tu puan saya sound direct jer. Diorang paling takut dengan saya. Kalau boleh nak elak puan, sebab derang tahu kalu bertembung dengan saya, mesti derang kena." balasnya. Nak kata dia bukan lelaki dan tahu hukum-hakam tak pula. Sebab time kursus ni aku adakan slot solat jemaah waktu subuh n maghrib, dia bukan main lagi berkain pelekat, t-shirt dan songkok n jalan 'segak' jer. (Tahu pula jadi jantan, kata aku dalam hati).

Fenomena 'adik-adik' ni kalu x ada pengaruh luar dan anasir-anasir jahat tak ke mana perginya, derang setakat nak 'lembut'kan pergerakan agaknya. Hahahahaahaa

Ada peserta aku ni cerita student dia yang 'adik-adik' ni mana yang bercukur kening, dia nampak dia kasi tebalkan balik kening student tu dengan 'marker' hitam then jangan padam sampai habis skool. Hehehee.
Ada lak tu dia siap boleh jemur bebudak 'adik-adik' tu yang mana otak pepagi tengah beku kat padang bersama-sama dengan dia, DAN jangan tak tahu..dia siap boleh berpayung kau tengah padang tu...Ala-ala diva you!! Bebudak dia jer yang berpanas, dia berpanas tapi berpayung kau..Punyalah Tak HENGAT!! SENTAP aku (dengan gaya adiik-adik juga) hahahahaaa

Lagi satu aku nak puji peserta aku ni, nampak jer gaya adik-adik tapi otak boleh pakai tau. (OOOiitt ni lecturer la..memang kena ada otak, Apa ingat kitorang ni bodoh sangat, SENTAP tau puan!!)hahahaaa
Mana tak nya during this course adalah suara2 sumbangsih yang tak 'puashati' dengan aku then yang tak 'puashati' tu lak wanita tulen tau. 'Adik-adik' aku ni boleh back up aku lagi dan beri jawapan yang selayaknya untuk wanita tulen tu tau. (Apa yang derang tak puashati tu tak payah la n jawapan yang 'adik-adik' tu jwab pun x perlu aku coret, kang isu pulak ;P ) Tapi jawapan akedemik la..bukan jawapan bodoh dan jawapan yang selayaknya seorang yang berpelajaran. Aku hanya tersenyum jer bila derang ceritakan pada aku smula. BIJAK...BIJAK (Mcm iklan susu)

Then derang ni nampak jer gitu...tp permainan ganas tpu..bola tampar tu!! N bila dia main ada juga suara2 sumbangsin ni berbunyi...'Issshh..boleh tahan juga dia tu, nampak jer lembut' Aku dengan penuh senyum menyampuk "Hahh lembut di luar JANTAN didalam" hahahahaa pecah ketawa mereka. Tapi memang ya pun time main bola tampar tu memang terserlah sifat kelakian dia, tampar bola pun cara tamparan lelaki...BUKAN tamparan wanita...hihihihiii

Jadi kesimpulannya...'adik-adik' tu hanya sifat sementara yang kadangkala tidak menafikan fitrah kelakian mereka. Aku berdoa dan berharap sangat pada 'adik-adik' aku yang kukenali itu agar dapat menjadi LELAKI juga nanti akhirnya.. Terima kasih kerana atas perkenalan ini. Saya senang berkawan dengan KAMU


pssttt - kalu kawin jgn lupa jemput saya tau. Atau time saya pergi tempat kamu tu bawa saya jenjalan yer :D

(NOK KAU JANGAN SENTAP YER  BACA ENTRI MAK NI ...)

Comments

Anonymous said…
Good brief and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Thanks you for your information.
asfiedaimpiana said…
tima kasih buat anda juga krn sudi baca, ada juga yg sudi baca belog saya yg x seberapa ni.
Alhamdulillah,ada juga manfaat pada yg membaca. :D

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

SAPE NAK HADIAH? (ANGKAT TANGAN)

Salam readers.....me sedang menulis entri ni di negeri kenyalang ie Land of Hornbill (bleh gitu?) Mcm me cakap me outstation, tp tetap gak nak update. Me tak tau la nak kata mcm mana kan, n tah mana silapnyer yer...korang nak tau..ni dah masuk entri ke 3 tau me update pasal GA me (wah pengalaman sungguh kali ni)  Me jadi confuse, mana agaknya silap me dlm buat GA ni...tp me tetap x berputus asa, sebab me nak bg juga hadiah kat korang2 yg slalu BW my blog ni tgk keputusan tp x menang... Me naik penin nak buat cabutan nombor2 bertuah lagi...dah cam stress plak (tu mcm kat pic tu ngehngehngeh..) jadi me dgn baik hatinya nak bg kat reader yg bertuah la senang ceta..(Sapa yg dah menang tak boleh tau!) Me nak  bagi lagi 10 lagi hadiah tu kepada 10 reader yg bg komen kat entri ni TAPI DENGAN SYARAT...YANG TERSENARAI DLM LIST GA JER...TP X MENANG . Jadi sesapa yg komen kat bawah ni, masukkan link diorang yg tersenarai dlm list tu (ingat 10 yg awal jer...) dan email kat me di...