Skip to main content

APA KABAR KAU DI SANA? - Khas utk Sahabatku-

Salam semua...

Sob..Sob...Sobb ;_(

Ntah tetiba di kala ini hati aku terasa begitu tidak tenteram, sedih, gelisah dan risau apabila memikirkan apakah nasib yang terjadi ke atas sahabatku *Alia (Bukan nama sebenar), dah hampir 7 hari di tahan diwad bersalin tuh, mengikut perancangan sudah sepatutnya dia bersalin dalam 20-23hb lepas, tapi nampaknya terdapat kesukaran.


Siapa Alia? Alia merupakan sahabat aku sewaktu kanak-kanak, aku mula mengenalinya ketika bertukar sekolah dari sekolah kampung ke sekolah bandar yang berhampiran dengan rumahku kala itu (masa tu aku darjah 6). Alia seorang yang peramah @ lebih tepat lagi becok mcm aku juga, masa tu dia penolong ketua kelas manakala aku pelajar biasa. Kami boleh sekepala, dalam masa singkat jer aku rasa serasi berkawan dengan dia. Yang paling aku x boleh lupa tentang Alia ialah NASI LEMAK PLASTIK yang dibawa Alia.

Tiap2 hari Alia akan amik order dari kawan2 sapa yang nak beli nasi lemak. Time tu nasi lemak cuma 50sen jer, dan nasi lemak yang mak Alia buat memang sedap. Aku juga x lupa untuk memesan nasi lemaknya. Alia buat secara sorok2 (yer la mana bleh jual kat skool time tu) sapa yg order dia akan pas esok hari (pelanggan Alia bukan budak kelas aku jer tapi budak kelas lain2 gak). Boleh tahan laku juga nasi lemak dia.

Bila naik sekolah menengah kami terpisah, aku di High Skool manakala Alia sekolah lain, kami tak satu sekolah memandangkan keputusannya yg x brapa cemerlang (utk dpt gi High Skool tu). Sejak dari itu kami memamng lost contact. (Yer arr mana ada hp thn 90an tu..kalu ada pun x mampu beb) Rumah pulak jauh2. Selama 5 tahun aku jarang dapat berjumpa dengan dia. Kalu ada pun dekat bus stand - secara kebetulan coz Alia buat kerja parti time kat gerai makan atas bus stand tu. Bila dah tahu dia keje situ, aku kalu gi bandar mesti makan kat gerai tpt Alia kerja, dapatlah juga bergossip sekejap ;D. Alia ni datang dari keluarga besar, mak dia isteri kedua, ayahnya hanya bekerja biasa (tapi keluarga Alia memang teror masak2 ni, ada yang memang buka kedai makan secara kecil-kecilan)

Lepas SPM aku dapat twran sambung belajar kat UiTM, tp Alia masih dgn kerjayanya..ntah keputusan dia x memberangsangkan rasanya, dan dia x minat nak sambung blaja, dia kata nak keje bantu keluarga. (Mulia sungguh hatimu). So bila time balik cuti aku akan ke bandar esp ke bus stand cari Alia. Tapi ntah pada sutu hari tu aku dapat tau Alia x keje situ lagi, dia dah berhenti. Rupa-rupanya dia keje pulak kat kedai perabot dengan taman rumah aku. Wah gumbira aku, makin dekat la aku nak jumpa dia. Bila jumpa dia memacam ceta kami. Tp semuanya berkisar dengan ceta kengkawan time skolah rendah.

Aku pulak, bila dah dia ada dekat dgn umah aku, asal balik bercuti jer duk melepak kat kedai tpt Alia keje, tokeh kedai pun tahu. Mak aku pun asyik angin jer ngan aku, mana  tak nya kalu dah melepak tu bukan kejap beb, sampai 3-4 jam kekadang aku melepak (time tokeh kedai tu x ada la, dan memang tokeh kedai tu jarang nak ada, duk kat umah jer tau ada duit masuk).

Sampaikan akhirnya Alia bertemu jodoh dgn sorang mamat kacuk ni,kalu tgk mmg hansem (mamat tu pejabatnya dekat dengan kedai Alia n Alia pula hari2 ke situ atas urusan perniagaan) Aku tumpang gembira beb bila tahu Alia akan bertemu jodoh. Alia kahwin ketika usianya 20thn, mudanya..aku time tu masih berhempas pulas lg bergelumang dengan buku2 ni.

Masa Alia nikah aku turut sama hadir (tetiba airmata aku bergenang saat aku menaip ni, rindu sangat aku kat Alia!!) Aku pergi dengan Mazwela, sahabat @ jiran @ kawan sekelas naik motor. Aku bawa Mazwela naik motor Honda Cup 70 abah. Alia nikah malam dekat surau rumah dia. Simple jer baju nikah Alia time tu..baju kebaya putih.

Saat Alia sah diijabkabulkan, airmata aku meleleh...(aku plak yg sedih beb, dah mmg aku ni kememer ;P) 
Perasaan aku jadi sayu dan sedih. Kawan aku dah selamat jadi isteri orang. Aku peluk Alia lama2 dan mengucapkan tahniah padanya. Usai majlis kami pulang ke rumah Alia, ada majlis berinai, aku masih setia bersamanya..sampai habis majlis, aku mohon pulang dan sempat mengabadikan potret bersama Alia. (ada gambar tu kat rumah)

Keesokannya majlis menyambut menantu, aku pergi dengan mak dan abah (oh ya, mak aku pun dah rapat dgn Alia ni, banyak barang2 rumah kami, beli dari Alia). Aku tak jadi pengapit Alia time tu, coz dia dah ada pengapit lain. X kisah arr.
Alia sangat cantik dengan songket merah pink dia time tu..aku datang sekejap jer tunjuk muka dan sempat bergambar sebelum Alia bersanding.

*Alia ni ntah aku pun tak tahu masa bila dia jadi putih coz rasanya time skolah rendah Alia ni hitam manis, pernah satu hari masa aku datang melepak rumah dia aku tanya rahsia dia jadi putih mcm tu, dia cakap la dia gemar mandir susu. Guna susu tepung  katanya. Then dia pun pernah jadi Juara tu Miss Clara kat daerah aku tu. wahh vogue kau aku tgk gambar dia jadi Miss Beauty. Nasib la sekejap jer glamor n peringkat daerah jer..kalu dah peringkat Kebangsaan mau aku x jumpa Alia lagi (dah femes kan)*

Setahun selepas kawin, Alia selamat menimang seorang puteri. Wah sedap kau nama anak dia. Tapi aku panggil *Laila (juga bukan nama sebenar). Aku rasa happy sangat tgk Alia dan husband dia. Kedua-duanya so loving couple. Husband dia budak sekolah maahad n kalu x silap manghafaz Quran (mengikut apa yg Alia cerita) mmg kalu jumpa dia dgn suami, maaakk romantik ngat gayanya. (Dan Alia pulak bukanlah jenis yg menunjuk2, dah kebetulan aku nampak). Walaupun dah kahwin dan beranak-pinak, persahabatan aku dgn Alia masih sama, lagi mcm2 gossip kami bercerita baik hal ehwal rumahtangga hingga jiran tetangg (jahatkan aku ni. Aku hanya menjadi pendengar Alia jer, dia kat tpt keje dah mcm OSC @ One Stop Centre. Memacam org dtg kat tpt dia bg tau cerita...pasal hal2 daerah pun dia tau, aku slalu panggil dia kaunter informasi, nak tahu pasal sesuatu perkara pun tanya kat dia. hahahahaaaaa)

Tp rasanya langit x selalu cerah, awan hitam telah menampakkan diri dan hujan panas turun mencurah di kala tengah hari.(hihihhii ayat melankolik) Kebahagiaan Alia telah direntap. Saat dia mengandungkan cahayamata yang kedua (setelah 6 tahun x mengandung) suaminya berubah sikap (uwwwaaaaa...airmata aku dah mengalir ni!!..sob..sob..) Suaminya ada perempuan lain dan perempuan itu isteri orang!! Subhanallah.
Selama 9 bulan Alia mengandung, pelbagai penderitaan yang di alaminya seorang diri. Kalu ikutkan suami Alia memang nak anak awal2, tp Alia kata dia x larat n mampu nak jaga dia ikat, baru tahn lepas dia buka ikatan tu dan mengandung. Tapi Alia kian perasan dengan perubahan suaminya sejak 2 thn kebelakangan ni, kalu dulu nak kemana2 sentiasa nak bawa Alia tapi tidak lagi. Alia mula syak, tp dia tak bertindak. Sampailah ada rakan pejabat suaminya yang memaklumkan. Alia tak mengamuk dan hilang pedoman, dia berusaha untuk memulihkan hubungan mereka. Tapi nampaknya mcm x nampak hasil. Suami Alia makin teruk sehingga kandungan Alia x dipedulikan langsung, Alia dibiarkan sendiri menguruskan diri. (Ya Allah kejamnya!!!) Hati Alia pun makin tawar pada suaminya bila dapat tahu suaminya kena tangkap (tp dbwa ke mahkamah lak) khalwat dgn bini orang tu @ gilfren dia. Remuknya Allah sahaja yg tahu! Dan memacam lagilah yg Alia mengadu kat aku. Apa yg aku boleh buat aku nasihatkan sahaja Alia. Tp ada ketika aku cakap dgn Alia mintalah cerai daripada menanggung derita dan kesakitan akibat perbuatan suaminya tu. (keluarga mertua & keluarga Alia x bagi, derang suruh pulihkan juga. Ntahla, jahat ke aku ni bila suruh dia buat tindakan tu? tapi aku x tahan dgr dan lihat Alia menderita batinnya)

Tiap kali balik kg, aku x akan lupa jenguk Alia di tpt kerjanya, tayang muka dan lihat perkembangan dia pun jadilah buat lepas rindu. Kalu aku x bz n dia pun x bz aku akan telefon dan kami bergayut di telefon, time tu Alia akan meluahkan apa yg dia simpan.

Minggu lepas Alia dah kena admit..coz air ketuban lebih, tapi Alhamdulillah dah normal balik. Yg menjadi masalahnya pintu peranakan x terbuka langsung, buka pun 1cm..doktor pun bleh tahu dan cakap kat dia, dia dah lama x bersama suami dia kan. Alia diam jer. tu yg jadi masalah. Tp perut Alia dah sakit2 jer, dia pun x tau nak buat apa.

Khamis  lepas aku sempat berbual panjang dengan Alia. Tanya dia, dia dah minta maaf pada suami ke belum. Dia kata dah. Aku tanya lagi dia maafkan tak perbuatan suami dia, tp dia jawab tak. jauh di lubuk hati dia x dapat nak memaafkannya. Aku pun rasa x sedap hati aku rujuk pada yg berilmu dan berpengalaman dan aku teringat orang tua kata...kalu nak bersalin kena minta maaf pada suami, mak sendiri dan mak mertua etc la agar dipermudahkan bersalin. Aku cakap dgn Alia yang dia kena minta maaf betul2 pada suami dia dan dia juga kena maafkan perbuatan suami dia. Ada jg cakap suruh suami dia langkah perut bagi mudah bersalin. (Aku dah pesan kat dia, tp dia masih berat hati nak buat dan maafkan sume tu, mcm mana yer? Aku dah bg nasihat apa yg aku mampu, selebihnya aku berserah.  Sampai saat ini aku x tau perkembangan Alia, hpnya x berangkat. Aku hanya mampu berdoa jer moga dia selamat melahirkan.

 (Apakah ini dinamakan kifarah dunia? Alia ni jenis on n off bertudung, kekadang solat 5 waktu jarang penuh, aku bukan mereka cerita aku tau sebab kat tpt keje Alia tu, dia sorang jer pekerjanya tau..dialah krani kewangan, melayan pelanggan, pentadbiran kira semuanya Alia yang uruskanlah. Sampaikan aku pernah cakap susah2 sangat kau bukalah kedai kau sendiri coz customer sume dah kenal kau, Dan kalau tidak kerana Alia,tokey kedai tu mahunya susah..coz dia bergantung hanya pada Alia je, diam tak diam dah dekat 10 thn rasanya Alia keje kat situ.
Aku pulak kalu bab2 agama aku slalu igtkan Alia, terutama pasal bab solat  dan aurat, bukan nak tunjuk baik, sebab aku sayangkan dia aku tegur dan dia x pernah marah. Tu yg aku syg kat dia. nak-nak dia dah jadi isteri orang, lagi aku slalu igtkan jaga penampilan kesian kat suami nak kena tanggung dosa dia. Sampaikan Alia pernah cakap kalau suami dia nak kawin lain, dengan aku jer dia bleh bermadu dengan orang lain dia x nak..time tu aku x kawin lagi laa. Coz aku ni baik n memahami serta bleh masuk dgn dia. Aku gelak jer bila dia cakap mcm tuh. Tak ada maknannya. 
Dia slalu cakap dia tu perempuan di bawah lindungan kaabah. Ntah naper dia ckp mcm tu aku pun x igt, tp ada cerita disebalik gelaran tu. Sampaikan mak aku pernah tegur aku kalu aku keluar tu mesti dia kata aku pergi jumpa madu.hahahaaa.) 

Coretan ni aku abadikan khas utk mu Alia...aku doa kau selamat dan kembali ceria seperti selalau. Ya Allah Kau lindungi dan selamatkanlah sahabatku ini. Amin


Comments

Popular posts from this blog

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a

Ubat Resdung

Harini nak kongsi berkenaan Nasal Spray - bagi yang menghadapi resdung (sinus) atau selsema. Ni sebab dah rasa teruk resdung sampai hidung berdengung (selalu kepala je dengung) maka dah rasa tak sedap hati. Jadi jom kita berubat (huhuhuu dah teruk baru nak berubat, jangan amalkan)? Yang ini jenis pancit @ spray ke hidung - macam spray untuk semput tu, memang agak mahal sedikit. Tetapi kalau dah mahal tu mesti keberkesanan lebih sedikit. Mana nak dapat ni? Kalau duduk putrajaya memang payah sikit nak cari farmasi yang jual. Doktor pun dah pesan cari di farmasi luar putrajaya. Jadi Ai pun pergi ke Bangi. Farmasi sebelah Gulati's Textile.  Cara pemakaian - pharmacist ajar - kalau jenis bersin atau selsema ketika pagi, pancit la waktu malam, jadi ia akan membantu mengurangkan selsema dari berlaku sebelah pagi. Jika kerap selsema sebelah petang maka pancit la sebelah pagi. Ok malam ni kita cuba dan tengok apa kesannya esok.  Yang ini Ai beli mula-mula, walaupun di kotak tulis 'nasal

Selamat Datang Anak-Anak Suamiku

Salam... Emm me x pernah buat review drama kan, ni 1st time me buat. Drama tu mmg menarik, kisah isteri tua yang dianiaya oleh madunya (Lakonan Rita Rudaini, Nor Khiriah)...perebutan kuasa yang tak nampak secara nyata, bilamana kematian suami menyebabkan isteri muda (Nor Khiriah) datang bersama dengan anak-anaknya hani dan hana. Kehadiran keduanya disambut dengan tenang oleh Maya, tapi dalam kelembutan dan kebaikan yang ditunjukkannya itu rupanya diambil kesempatan oleh madu dan juga adik Maya (Lakonan Fizz Fairuz), mereka berpakat untuk merampas semua harta suami Maya yang sememangnya kaya-raya, pelbagai cara dan tipu helah dilakukan yang akhirnya terjerat dek perangkap Aida sendiri yang rupanya telah mengetahui tindak tanduk serta tipu helah yang dipermainkan oleh kedua-dua musuh dalam selimutnya itu. Kesimpulan cerita ni, sebenarnya Aida cuma inginkan anak-anak suaminya sahaja kerana Maya sebelum ini pernah keguguran yang akhirnya menyebabkan beliau tidak boleh mengandung la