Skip to main content

Sanggul Yang Haram?



Salam ramadhan.
Alhamdulillah dah masuk hari ke-7 berpuasa, sekejap je rasa.tinggal hanya 3 minggu jer lebih kurang sebelum berlalunya ramadhan. So di kesempatan ni aku cuma nak shara info yang aku terima melalui FB. Bukan apa lately ni ramai sgt yang mengikut fenomena yang begini. Menutup aurat tu tak salah, tapi kalu dah berfesyen yang sebegini, memanglah salah. Tak kena gaya rasanya dan untuk apa sanggul tu tinggi2 ? Cantik sangatkah?. So tak mo komen banyak, jemputlah baca apa yang aku kongsikan ni.



Di ambil dari: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2010/07/sanggul-tinggi.html


'Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan... Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup. Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh Rasulullah'

'Di dalam hadis di atas, bukan larangan sanggul yang dimaksudkan oleh Nabi apabila menyebutkan “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta…”, akan tetapi tujuan sanggul itu dibuat iaitulah untuk menarik perhatian orang lain kepada mereka di samping mereka mendedahkan sanggul itu untuk diperlihatkan kepada orang ramai.'

'Menurut Imam an-Nawawi; maksud ungkapan Nabi “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta” ialah mereka membesarkan rambut di kepala mereka dengan melilitnya dengan kain serban atau kain-kain lilitan yang lain (Syarah Soheh Muslim). Jelaslah kepada kita bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi dalam hadis di atas –berdasarkan tafsiran ulamak- ialah fesyen-fesyen yang dibuat pada rambut untuk tujuan menarik perhatian orang lain.'

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."

Jadi renung-renung dan fikir2kanlah yer. :D

* Disebabkan dah pernah terbaca n tahu pasal hukum bersanggul sebegitu, ada ketika rasanya nak nasihat jer org kedai, rakan2 @ perempuan yg aku jumpa agar tidak bersanggul sebegitu rupa. Tp apakandaya imanku lemah dan hujahku dangkal rasanya. :( *

Comments

Nurulbadiah Lai said…
owhh..disebabkan saya baru tahu pasal ni..saya dah tidak bersanggul tinggi...:)

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu. Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!! Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya? Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ...