Skip to main content

Cinta 1.30 - Part 3

Tit..Tit..bunyi menandakan terdapat notifikasi ditelefon. Aku tengok jam yang terpapar di skrin telefon 1.30 petang. Senyum sedikit terukir di bibir. Macam boleh agak dari siapa.

 

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam, Hai Aiman”

“Hi Sarah, awak apa khabar?”

“Baik”

“Kenapa lama tak message?”

Aku tarik senyum. Hah baru kau rasa apa aku rasa kan.

“Entah, tak ada apa nak message kan” aku jual mahal.

“Marah saya ke?”

“Marah? Nak marah untuk apa eh?”

“Mana tahu awak marah saya sebab tu dah lama tak ada hantar message”

“Awak kan kata tak suka chat, jadi saya pun tak hantarlah sebab takut mengganggu”

“Ohh…”

Senyap…

1.58 petang pesanan lain masuk

“Tadi saya jumpa Kak Nani”

Ayat pertama Aiman buat aku gusar. Dah apa pula yang dicanang si Nani kepada Aiman kali ni. Mesti ada benda yang dia cerita pada Aiman ni, kalau tidak masakan Aiman menghantar message pada aku setelah dua minggu aku ghosting kan dia.

“Oh ye ke” balasku

“Maaf” sepatah ayatnya

“Kenapa?” Alah letih la nak tunggu dia ni menjawab atau bercerita, penat tau.

“Sebab saya ini bukan seperti yang awak harapkan” balasnya.

Halah…apa cerita yang Nani dah cerita pada Aiman ni. Aku jadi tak senang dan gelisah. Rasa nak terus pergi jumpa Nani sekarang juga. Mulut dia tu macam mulut tempayan. Bukan boleh simpan segala curhat aku pada dia.

“Saya tak faham, kenapa?”

“Kak Nani dah terangkan pada saya”

Nani!!!!!!!!! Aku menjerit. Kalau Nani ada depan aku sekarang, barangkali aku dah keronyok muka dia tu. Aku dapat rasakan apa yang aku curhat pada dia dah diceritakan pada si Aiman ni. Memang dasar kawan tak boleh simpan rahsia betul. Muka aku dah mula membahang. Ye aku kena bersedia dan terima segala-galanya.

“Persepsi dan tanggapan awak pada saya…”

“Ooo…” hanya itu yang aku mampu tulis, walhal muka ni dah merah membahang rasanya. Malu.

“Saya ini bukan tak sudi nak berkawan. Saya masa depan pun belum rancang apa lagi. Ini kan pula nak ke fasa yang serius” panjang Aiman menulis.

Aku dah menggaru kepala, tak tahu bagaimana untuk aku susun ayat kepadanya.

“Ooo..” aku betul kehilangan kata.

“Harap awak tak marah atau kecewa” tulisnya lagi.

“Tak”


***bersambung***

Comments

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tol...