Skip to main content

Cinta 1.30 - Part 4

 Huaaargghhhhhhh Nani…….!!! aku terus menerpa ke arah Nani, batang tubuhnya aku peluk dan terus aku menghamburkan tangis yang telah lama aku simpan sepanjang jalan tadi. Nani hanya menepuk-nepuk belakang badan dan membiarkan aku menangis semahunya.

“Sabar…sabar. Anak ikan gapi bukan seekor, nanti aku carikan yang lain” pujuknya sambil meleraikan pelukan aku.

“Banyak la kau nak cari lain. Benda bukan senang nak dapat” ujarku sambil mengongoi, hidung yang merah aku kesat dengan tisu.

“Habis nak buat macam mana, orang dah tak nak”

“Huhuhuhuuuuuu…aku ni dah la spesis payah nak kenal orang. Dapat kenal satu tu kira untung dah. Tapi orang tak berkenan pula. Aku kena kuruskan badan ke? Huaaa…”

“Isshh kau ni, ke situ pula. Dah jom aku belanja kau makan, bagi kurangkan kesedihan kau tu”

“Kau ni kan, bukan nak bagi aku kurus nak tambah aku gemuk lagi ada!” aku memberontak.  

“Tak nak? Okay tak nak jom kita ke gym exercise”

“Nani!!! Aku serious ni!”

“Eh aku pun serious, kau ingat aku main-main?” Nani memandang aku dengan pandangan tajam.

“Dah jom kita pergi…” Nani menarik tangan aku.

“Pergi mana?”soal aku tak puashati.

“Bawa kau jumpa Aiman la senang, tak pening kepala aku ni. Aku bawa kau jumpa dia depan-depan nak kasi masalah kau ni setel, jom” sambil Nani menarik dan mengheret tangan aku berjalan seiringan bersama.

“Eee… tak naklah aku, Nani. Ajer giler ke apa nak kacau dia kerja” aku membentak, tangan yang dipegang Nani aku rentap.

“Aku giler ke kau giler?” Soal Nani berang.

“Kau ni kan, aku dah tolong carikan salah tak carikan salah. Cuba bersyukur sikit. Haritu sibuk minta aku jadi matchmaker”

“Nani kau tolonglah carikan aku satu calon, kau kan ramai kawan” Nani mengajuk cara percakapan aku dengan muka yang diherotkan.

“Aku memang minta kau carikan calon, tapi bukanlah anak ikan yang tak matang lagi tu. Kau kan tahu aku ni memang tengah cari calon yang boleh buat suami. Kenal bulan ni bulan Ogos depan aku nak kahwin” aku berterus terang. Nani memandang aku dengan mata membulat.

“Giler” sepatah kata darinya.

“Tak, aku serius. Aku nak bercinta selepas kahwin. Aku tak nak lah buang masa bercinta sebelum kahwin. Aku ni perempuan matang, dah tak perlu nak bercintan-cintun, bertemu janji bagai bertahun-tahun. Please masa untuk perkara macam tu dah berlalu dah. Aku nak macam kau, bercinta lepas kahwin. Kau lupa ke?” Nani memandang aku sambil menganggukkan kepala dan senyum.

“Yang tu aku setuju, bercinta lepas kahwin..hurmm..”

“Hah mulalah tu, dia pula yang teringat moment dengan abang misai dia la tu” aku menempelak. Nani senyum simpul.

“Okaylah, kau sabar eh. Nanti aku carikan calon lain. Kau nak tak jiran sebelah rumah aku tu duda, anak empat”

“Nani!!” jerit aku. Nani ketawa berdekah-dekah.

“Nak carikan calon biarlah semenggah sikit Nani, janganlah aniaya kawan kau ni,”

“Aku gurau la…jom kita pergi makan, perut aku dah berkeroncong lagu KRU ni…Jangan ketinggalan tawaran yang istimewa, kepuasan dijamin, 100 peratus produk Malaysia” Nani melantunkan lagu kumpulan KRU kegemarannya sambil badan berjoget mengikut rentak irama yang dilantunkan. Nasiblah suara boleh tahan. Kurang sikit rasa sedih aku kalau dengan Nani ni.

"Kau jangan lupa, aku nak tiket konsert GenKRU minggu depan. Janji eh" Tiba-tiba dia menuntut. Aku hanya menggeleng kepala. Minah ni kan. 

***bersambung***

Comments

Popular posts from this blog

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

SAPE NAK HADIAH? (ANGKAT TANGAN)

Salam readers.....me sedang menulis entri ni di negeri kenyalang ie Land of Hornbill (bleh gitu?) Mcm me cakap me outstation, tp tetap gak nak update. Me tak tau la nak kata mcm mana kan, n tah mana silapnyer yer...korang nak tau..ni dah masuk entri ke 3 tau me update pasal GA me (wah pengalaman sungguh kali ni)  Me jadi confuse, mana agaknya silap me dlm buat GA ni...tp me tetap x berputus asa, sebab me nak bg juga hadiah kat korang2 yg slalu BW my blog ni tgk keputusan tp x menang... Me naik penin nak buat cabutan nombor2 bertuah lagi...dah cam stress plak (tu mcm kat pic tu ngehngehngeh..) jadi me dgn baik hatinya nak bg kat reader yg bertuah la senang ceta..(Sapa yg dah menang tak boleh tau!) Me nak  bagi lagi 10 lagi hadiah tu kepada 10 reader yg bg komen kat entri ni TAPI DENGAN SYARAT...YANG TERSENARAI DLM LIST GA JER...TP X MENANG . Jadi sesapa yg komen kat bawah ni, masukkan link diorang yg tersenarai dlm list tu (ingat 10 yg awal jer...) dan email kat me di...

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu. Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!! Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya? Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ...