Skip to main content

Cinta Jam 1.30 - Part 1

Part 1 

"Kenapa pukul 1.30 petang?"

 "Sebab dia hanya balas message whatsapp aku waktu macam tu" 

"Lah ye ke?"

"Iyelah beb, dah beberapa hari lepas aku dapat nombor telefon dia dari kau tu aku hantar message pada dia pagi ke petang ke malam ke masa dia jawab mesti jam 1.30 petang hari yang sama atau keesokkannya sampailah pukul 2 petang je limit dia. Lepas dari waktu tu, aku kena ghosting. Melangut la aku tengok handphone tu tanpa bluetick, macam orang bodoh" panjang lebar aku menerangkan. 

"Bukan tu jer, aku hantar message panjang-panjang dan tanya macam-macam dia cuma jawab sepatah je. Nak marah pun tak boleh sebab dia dah bagi tahu, dia bukan kaki chat dan tak suka chat. Ini parah ni. Habis macam mana nak mulakan langkah seterusnya, takkanlah aku hari-hari nak stalk kat tempat kerja dia tu. Sekali pergi wang hangus mesti RM60" tambah aku lagi. 

"Dah kenapa kau nak kena berbelanja sampai macam tu? Beli jelah gula-gula ke roti ke biskut je" 

"Aiishh kau ni, airmuka aku kenalah jaga juga. Pasaraya besar kot, takkan tiap kali datang beli roti je, kau ni agak-agakla"

"Halahh, buat je la pura-pura cari barang tapi lepas tu tak jumpa, balik la" cadang Nani. 

"Ishh tak nak lah macam tu, nanti lama-lama orang tahu" 

"Hah tulah kau, aku suruh kau tegur tak nak, nak juga stalk dia dari jauh. Nasib kau la, yang habis duit kau, yang untung pasaraya tu" 

"Kau juga yang kenenkan aku dengan dia kan, sibuk suruh aku stalk dia, lepas tu nak marah aku pula" 

"Aku suruh tengok-tengok jer dulu kot berkenan, mana tahu kau minat sangat, ishh susah juga kalau ada kawan desperate macam kau ni" bebel Nani.

"Hei tolong sikit, aku bukan desperate la. Aku cuma dah berkenan tengok muka dia tu. Dah la tinggi, putih, muka jambu, tapi sayang anak ikan gapi" 

"Anak ikan gapi? Bukan ikan bilis" Nani pandang muka aku dengan pandangan pelik. 

"Ehh kau ni, tengokla umur kita ni dah berapa kot. Tentulah tahap anak ikan je dia tu. Tapi ni anak ikan gapilah baru mahal bunyinya, ada pula nak panggil anak ikan bilis, murah sangat tu. hahahahaa"

"Parah juga kawan aku ni"

"Habis aku nak buat macam mana ni Nani? Susah la rancangan aku macam ni" aku merengek.

"Ehh kau ni, gelojoh sangat, mana dia tak takut dengan kau tu. Cuba bawa bertenang, bawa bersabar. Bagi dia masa, kau duk message dia hari-hari takutla dia beb" 

"Payah juga eh, kau kan tahu aku ni nak cari calon suami, bukan nak buat geli-geli...hurmm" 

"Sabar...bagi dia masa, perlahan-perlahan. Kau buatlah solat hajat, istikharah dan doa dulu banyak-banyak. Kau kan perempuan di bawah lindungan kaabah." Nani memesan. 

Aku pandang muka Nani dengan pandangan tidak berpuashati.

"Hah lain kali kalau nak recommend dekat aku, recommend lah yang betul. Ni dah sebaya Ain anak kau je, baik kau buat calon menantu kau jer."

"Hei, Ain aku tu tak habis belajar lagi yer, tak ada maknanya aku nak bagi kawen awal" 

"Amboi bukan main lagi kalau kena tang anak dia, backup baik punya. Habis yang kau duk kenenkan anak orang yang tak rasa nak kawen lagi tu boleh pula?" 

"Kau ni kan, patutnya bersyukur ada kawan macam aku ni Sarah. Aku bila dapat tahu je si Aiman tu break dengan girlfriend dia yang tak semenggah tu, terus aku teringat dekat kau tau. Terus aku propose dia dekat kau. Aku siap nasihatkan dia lagi kau tahu. Aku cakap kat dia lepas ni Aiman kalau nak berkawan Aiman jangan cari yang sebaya, apakata cari jer mak janda ke balu yang single dan tak ada anak, tentu-tentu kewangan dah stabil. Kau tahu masa aku cakap macam tu dekat dia, otak aku ni terus teringat kat kau tau Sarah. Si Aiman tu pula tersengeh-sengeh dan senyum-senyum je. Kau rasa?" penuh semangat Nani bercerita.

"Dia tu budaknya elok, baik, berbudi pekerti, senyum dia manis, rajin, ringan tulang. Aku tengok gaya dia tu macam anak emak yang jenis patuh jer. Aku pernah tanya dia, dia ni mesti anak bongsukan. Dia senyum malu-malu dan jawab alahh kak Nani ni" ujar Nani sambil tersenyum-senyum seolah-olah membayangkan Aiman di depan matanya. 

"Eeeuuwww kau ni kan, salah percaturan ni. Kau tak rasa ke macam langit dengan bumi aku dengan dia ni?"   

"Sarah, cuba kau tengok Nabi dengan Khadijah tu, hah kan boleh jadi contoh tu" 

"Nani, Nabi dengan Khadijah tu lain. Nabi tu anak yatim piatu. Khadijah pula saudagar tersohor zaman tu. Aku ni duit cukup-cukup je. Ehh terbalik pula aku nak kena sara anak orang." 

Nani pamer senyum lebar. "Alah nanti-nantilah kita fikir Sarah, macam kau nak nikah esok je gayanya, jom teman aku shopping baju baru" sambil dia menarik tangan aku meninggalkan kopitam.


***bersambung***


Comments

Popular posts from this blog

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

SAPE NAK HADIAH? (ANGKAT TANGAN)

Salam readers.....me sedang menulis entri ni di negeri kenyalang ie Land of Hornbill (bleh gitu?) Mcm me cakap me outstation, tp tetap gak nak update. Me tak tau la nak kata mcm mana kan, n tah mana silapnyer yer...korang nak tau..ni dah masuk entri ke 3 tau me update pasal GA me (wah pengalaman sungguh kali ni)  Me jadi confuse, mana agaknya silap me dlm buat GA ni...tp me tetap x berputus asa, sebab me nak bg juga hadiah kat korang2 yg slalu BW my blog ni tgk keputusan tp x menang... Me naik penin nak buat cabutan nombor2 bertuah lagi...dah cam stress plak (tu mcm kat pic tu ngehngehngeh..) jadi me dgn baik hatinya nak bg kat reader yg bertuah la senang ceta..(Sapa yg dah menang tak boleh tau!) Me nak  bagi lagi 10 lagi hadiah tu kepada 10 reader yg bg komen kat entri ni TAPI DENGAN SYARAT...YANG TERSENARAI DLM LIST GA JER...TP X MENANG . Jadi sesapa yg komen kat bawah ni, masukkan link diorang yg tersenarai dlm list tu (ingat 10 yg awal jer...) dan email kat me di...

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tol...