Skip to main content

Cinta 1.30 - Part 2

Tangga aku pijak dengan penuh hati-hati dan cermat. Takut tersadung dan terpelecok. Baju blouse pink belacan separas lutut dan seluar slack labuh berwarna hitam aku pegang takut terpijak.  Dari jauh aku menjeling ke dalam Pasaraya LS dah nampak kelibat Aiman, sedang menyusun kotak2 berisi sayuran. Senyum sentiasa terpamer kepada pelanggan yang menghampiri dan bertanyakan sesuatu kepadanya. Aku tersenyum sendiri sambil memerhati gelagatnya. Manalah aku tak terjatuh hati dengan dia, senyum dia tu yang menawan. Dengan lesung pipit di pipi kanan yang kelihatan bila tiap kali dia senyum sebagai pemanis.  

Payah juga kalau layan angau ni. Ye memang aku angau, kalau tidak takkan aku sanggup buat kerja gila hari-hari ke pasaraya semata-mata menghendap Aiman. Mujur aku bekerja sendiri, jadi masa kerja yang flexible membolehkan aku buat kerja gila ni. Dengan umur aku yang melewati 40an ni, aku rasa macam buang tebiat pun ada. Nak jadi macam umur anak muda 20an, melalui semula fasa nak berkenalan atau bercinta, bukan ada dalam agenda hidup aku ketika ini.

Tapi entah kenapa selepas diperkenalkan oleh Nani, hati aku bagaikan magnet yang tertarik kepadanya. Dia pula masih belum mengenali aku. Gambar pun aku belum pernah bagi lagi. Hanya gambaran kasar saja yang Nani berikan perihal keadaanku. Seronok juga sesekali buat perangai macam orang muda ni. Terus rasa jiwa muda kembali.

Aku memasuki pintu Pasaraya LS terus menuju ke bahagian buah-buahan, berhampiran dengan ruang bahan mentah basah, bahagian di mana Aiman selalu ditugaskan. Chiller yang berisi buah-buahan aku belek satu persatu, melihat buah apa pula yang aku ingin beli sambil otak ligat memikirkan buah apa yang masih ada di rumah. Sebabnya buah-buahan yang aku beli dua tiga hari lepas masih belum habis lagi. Mujurlah pagi tadi ada anak saudara aku yang datang ke rumah, dialah yang bakal menghabiskan buah-buahan aku beli itu nanti. Aku menarik sekotak bekas berisi buah beri biru, cadangnya boleh la aku gunakan buah itu untuk hiasan fruit tart nanti.

Setelah itu aku bercadang pula untuk ke bahagian ikan-ikan segar untuk melihat udang atau sotong. Sebaik sahaja aku membuka langkah bergerak menjauhi chiller buah sambil menoleh ke kanan, Aiman berdiri betul-betul disebelah aku, sedang membuat kerja-kerja timbangan di sudut itu. Kebetulan chiller buah-buahan itu berada di tepi sudut penimbang. Berderau darah dan merona muka aku. Lekas-lekas aku menukar langkah, dari hendak ke kanan aku berpatah balik dan berpusing ke arah makanan kering sambil mengusap dada yang berdebar kencang. Macam orang lari di balapan gayanya dada aku berombak. Aku menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri. Ya Allah, macam la Aiman tu kenal aku. Perasannya! Aku memarahi diri sendiri.

Aku mencari sudut yang sedikit tersorok di bahagian makanan kering itu yang bertentangan dengan ruang penimbang dan masih dapat melihat Aiman dari jauh. Tangan aku pula memegang sebotol sos pasta buat cover line. Gaya macam penyiasat pun ada.

Aiman aku perhatikan sedang tekun menimbang sayur-sayur yang dikeluarkan dari dalam kotak. Sesekali matanya memandang ke depan. Melihat kelibat pelanggan yang lalu lalang. Ada ketika dia melihat jam tangan di tangan kirinya, ada dekat tiga kali mengikut kiraanku dia melakukan perbuatan itu. Setelah puas memerhati aku meletakkan kembali sos pasta ke raknya. Aku berjalan ke kaunter bayaran untuk membayar harga buah beri biru yang ku ambil tadi sambil mata tetap menjeling ke arah Aiman dari jauh. Kalau Nani tahu aku buat kerja begini hari ini, pasti berdekah tawanya.

***bersambung***

Comments

Popular posts from this blog

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

SAPE NAK HADIAH? (ANGKAT TANGAN)

Salam readers.....me sedang menulis entri ni di negeri kenyalang ie Land of Hornbill (bleh gitu?) Mcm me cakap me outstation, tp tetap gak nak update. Me tak tau la nak kata mcm mana kan, n tah mana silapnyer yer...korang nak tau..ni dah masuk entri ke 3 tau me update pasal GA me (wah pengalaman sungguh kali ni)  Me jadi confuse, mana agaknya silap me dlm buat GA ni...tp me tetap x berputus asa, sebab me nak bg juga hadiah kat korang2 yg slalu BW my blog ni tgk keputusan tp x menang... Me naik penin nak buat cabutan nombor2 bertuah lagi...dah cam stress plak (tu mcm kat pic tu ngehngehngeh..) jadi me dgn baik hatinya nak bg kat reader yg bertuah la senang ceta..(Sapa yg dah menang tak boleh tau!) Me nak  bagi lagi 10 lagi hadiah tu kepada 10 reader yg bg komen kat entri ni TAPI DENGAN SYARAT...YANG TERSENARAI DLM LIST GA JER...TP X MENANG . Jadi sesapa yg komen kat bawah ni, masukkan link diorang yg tersenarai dlm list tu (ingat 10 yg awal jer...) dan email kat me di...

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu. Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!! Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya? Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ...