Skip to main content

JBSG | Universal Studio Singapore (USS) Part 1

As salam

Lepas trip pertama pergi naik bas pukul 8.30, jadi sampaila giliran kami seramai 6 orang untuk naik bas pukul 10.30 pagi pulak...Mood sangatla excited sebab saya mmg x pernah pergi ke Singapura walau duduk sgt la berjiran.

Oopss lupa pula, bagi uols yang nak tempah tiket ke USS tu boleh la klik sini  dan tiket tu valid untuk 6 bulan.

Naper yang nak sgt ke sana? Sebab;
  1. Dekat dah ngan Malaysia
  2. Tak payah kuarkan duit banyak nak pergi USA sana nak tgk apa yang ada macam dalam filem tu kan.
  3. Nak rasa dan alami sendiri pengalaman macam kat filem (tu jer kot bagi saya)

FYI di USS tu ada 7 theme park yang berlainan tema bermula dari pintu masuk iaitu;
  1. New York
  2. Hollywood
  3. Sci-Fyi City
  4. Ancient Eygpt
  5. Madagascar
  6. The Lost World
  7. Far Far Away  (tempat Shrek)
FYI juga, saya pergi ke sana dengan hanya berbekalkan SD100 saja tau kena bagi dua pula tu, kira sorang SD50 jer tau (sedih jer bunyi, yer mmg sedih sebab bajet ada lari skit, jadi mmg sgt2 kawal nafsu utk membeli belah dan cuba utk tidak membazir)

Sedia untuk bertolak 

Pemandangan dalam bas - Bas ikut laluan Link Kedua atau TUAS 

Ok kita dah sampai Singapura 

Imigresen Singapura 

Di stesen bas bawah tanah, naik eskulator yang agak tinggi untuk ke atas tu 

Kami dah sampai


pintu masuk USS

Punya panjang la nak kena beratur. Kalu nak cepat gunala Express pas SD30 tau, sume cepat jer boleh potong Q

masuk2 jer terus jumpa New York theme

Kedai cenderamata di New York theme, rege jgn ceta..kena bawa duit byk2 dan pejam mata jer k (maksudnya jgn cuba2 nak darab dgn duit Malaysia korang akan rasa nak nangis tau)

kedai gambar express, korang boleh pilih gambar untuk dibuat kenang2an, saya cuba tanya harga untuk dapatkan theme USS tu jer sekali harganya SD12 tau, ala setakat nak tepek logo jer..huh balik umah cari jer la kat tenet. free jer kan (ayat org berkira :P ) 

Ni la BFF encik suami (sejak dari sek rendah tau, cuma tak cukup korum lagi sorang)
Ni dah masuk kawasan Hollywood

En. suami yang kepenatan, dia duduk kat situ while isteri dia ni memanjangkan langkah lagi ke depan...jahatkan ;P

Apa kes bergambar dgn tong sampah?  Ntah rasa cam menarik jer tong sampah tu..kalu yg tau tu tong sampah la..


Mr Transformer, dan orang sgt ramai serta sangat panjang semata2 nak tgk Transformer 3D tu, saya x pergi pun..kalu nak uols pergi dalam pukul 6pm dah tak ramai pun masa tu..

En. suami bersama bottle air USS yang berharga SD14.90 beserta air (tu jer kenang2an yang ada)


Ni pula kat kawasan Ancient Egypt - saya jalan sorang2 jer (masa ni dah berpecah sume) tak masuk pun dalam tu, macam scary jer..dan hurmm sebenarnya ada amik gambar dgn 'Cleopatra bersama Bodyguard' tp x boleh tempek kat sini sgt sensor k (ntah mimpi apa agaknya pi gambar dgn derang tu hahahaa)


Bersambung part 2...tunggu!

Comments

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tol...