Skip to main content

JBSG - Trip Makan-Makan PArt 2

As salam..

Perghh memang pannjangg nak ceta tu, rasanya dekat 6-7 entri. Jgn marah yer. Ok sambung.

Lepas dah jenjaan dekat JPO kami pun cek in di Tune Hotel, masuk mandi manda dan rehat sekejap kami gi pula kat area Stulang makan2 lagi (sebelah the zone JB tu)

Nama kedai tu - Sayam Seafood 

Nasi goreng USA - RM4.50

Sup ekor - RM7.00

Mee rebus Johor - RM3.50

Sirap bandung 3 layer - RM2.50

Dan.. encik suami yg sedang food spotting. 

Tips -
  1. Book hotel online dan cek in ikut masa serta print kan slip tu yer
  2. Makanan boleh tahan, tapi kalu nak makan ikan pari bakar sedap, kedainya kat hujung sekali.
  3. Parking memang susah skit.

Hari ke 2 

Pagi2 lagi kami terpaksa pecah 2 group untuk ke Universal Studio Singapore, sebab dah bas dah penuh untuk memuatkan kami 11 orang (moralnya bagi uols yg nak ke USS sila beli tiket bas Odyssey online dan bila sampai hotel sila tukarkan keratan yg korang print tu di kaunter tiket bersebalahan hotel sekiranya nakkan tempat awal kerana sistem dia 1st come 1serve, atau boleh telefon mereka untuk book tempat)
1st team yg pergi naik bas pukul 8.30 pagi

Boleh pula jumpa bloger famos amos ni kat tune hotel - Kak Ina KL dengan anak2nya yang nak ke USS juga, dia pun naik bas pukul 8.30pg. 
Tahu kak ina ada kat tune sebab baca FB dia, saya pun respon dan PM dia minta no tepon senang nak contact thru hp. Alhamdulillah rezki dapat jumpa dia kat lobi hotel. Dia pun dah buat entri pasal USS dan tepek muka saya ini....hehehehe kak ina mmg pantas


Sementara nak tunggu turn kami pukul 10.30pg punya bas, apalagi aktiviti makan la ... destinasi di tuju ialah Larkin yg tepatnya kedai makan sebelah bomba larkin ( tu tpt saya membesar, tp rasanya sepanjang duduk situ tak pernah pun makan kat situ)

Menu Sarapan Terbaiikkk - KAcang Pool


Set Kacang pool ni RM4.00 dan roti dia sangat lembut serta sedap

Ni la kacang pool nya..

Side dish - lontong tp kuah dia kureng ie cair RM3.00

Tempat keje abah saya masa saya kecik2
Saya duduk kuarters kat situ ;)




Comments

Unknown said…
sis...me p ngan family naik kete...huhu
asfiedaimpiana said…
Et - me pergi naik bas je, to esok masuk s'pore naik keta saja jln2..
Unknown said…
tak dan nak merasa kacang pool yang fofolur tu..insyallah jika trn ke jb nak gi merasalah gak..

tak sangka ek kita boleh bertemu di jb padahal duk kat kl/putrajaya payah nak jumpa.

nak ceritalah plk N3 kamu gi Singapore naik keta pulak
asfiedaimpiana said…
kak ina - n3 gi spore ntah n3 yg ke brapa lak tu, kena tunggu!...ekekeke sbb n3 gi uss pun br nak mula hehehee

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu. Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!! Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya? Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ...