Skip to main content

Menerjah Seorang Felinna

Assalamualaikum 

Malam tadi setelah dinner di Flamingo Cafe Bangi, ai dan suami pun ronda-ronda sekitar Bangi Sentral Area - suami nak tengok kedai/butik2 yang ada sebab tak pernah lalu (ikutkan je la). Ketika memandu tu disekitar kawasan Bangi Sentral tu - pergi laluan second row dia - kawasan tu ada butik Siti khadijah, Sarc, Restoran Tempoyak Daun Kayu. Ai bawa kereta perlahan je sambil tengok2 nama2 deretan kedai yang ada tetiba tengah2 jalan tu berdiri 1 lembaga hitam -terkejut juga, puas tenung orang ke hantu - tapi berdepan denganya lembaga  tu terang lampu kedai - jadi ai ni antara takut dan tak pandu juga. Dia toleh - wanita berpurdah - terus pk "Eh Felinna ke?" ntah nape dia yang ai teka, kereta yang ai pandu melepasi bangunan tu tapi siap toleh bangunan tu tertulis Felinna Boutique - hah betulla. Cakap dengan suami, nak patah balik n nak jumpa dia.


Kereta parkir jauh sikit dari kedai dia, jalan dan beri salam dengan agak kuat supaya tak mengejutkannya. "Felinna ke?" ai tegur sambil hulur salam 
"Ya saya" balasnya sambil sambut huluran salam serta kami berbalas pelukan - ok part ni ai rasa cam eh dah lama kenal dan nampak mesra sangat ye - sebab ai ni kan stranger.

Ai hulurkan kad nama dan cakap saya bukan siapa2 ie bukan customer dia cuma mengikuti perkembangan dia dengan produk kosmetik dia tu - yang paling famos dulu tu kan Felinna Inch Loss (tu yg ai paling igt sangat nama dia) 

Setelah berbual dan memperkenalkan tujuan dia memberikan no telefon untuk urusan seterusnya dan ai sempatla snap sekeping selfie untuk kenangan/tepek kat blog ni :)

Untuk mereka yang suka sangat pergi pembukaan butik - jemputla terjah butik Felinna pada 20/9/2015 depan ye di Bangi Sentral, Bangi - mereka buat perasmian - ada macam2 offer katanya..

Buat Puan Felinna - terima kasih atas salam ukhwah yang disambut - saya rasa lain sangat (tu yang gigih updates blog ni ye) doa saya moga terus berjaya dan kaya seperti Saidatina Khadijah. AMin 


Sepanjang perjalanan pulang ke rumah - terlayar semua rentetan cerita kisah dia yang ai pernah baca - jatuh bangun dan sepak terajang beliau dalam perniagaan sehingga dia berjaya hari ini - rasa iri untuk jadi sepertinya - tapi ai tak jumpa lagi formula untuk itu - ai tak nak buka butik pakaian - tapi ai nak kembangkan biz yang ai ada ini je my love of baking :)






Butik beliau yang sedang dalam proses - masa ni papan tanda belum naik rasanya.. 

Sekeping gambar buat kenangan bersama Pn. Felinna 

Comments

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tol...