Skip to main content

Felinna Boutique - Butik Terbaru di Bangi Sentral

Assalamualaikum,

Ahad lepas berkesempatan menerjah ke butik kepunyaan Puan Nadia Felinna @ Kak Fel & suami En. Rafi'e Ramli  di bangi sentral bersempena dengan pembukaan cawangan yang pertama di lembah klang selepas 2 buah butik di Kedah. 

Fuh memang fenomena sungguh event pada hari tersebut. Mana taknya Kak Fel telah bermurah hati menaja 300 helai jubah percuma sempena pembukaan butiknya itu, mahu tidak orang beratur dari subuh hari untuk mendapatkan angka giliran masing2...
Harga jubah juga dijual RM99 sahaja untuk semua jubah keluaran mereka. Mahu tak berebut!!!

     Tu yang beratur, yang x beratur lagi ni sedang menunggu giliran


Ai sempatla singgah pada seblah pagi sebab menghantar pavlova untuk pagi tu 

   Pavlova yang menjadi santapan krew butik tempoh hari 


En. Rafi'e juga memaklumkan pihak beliau telah menyediakan sejumlah 10K dengan 15 jenis rekaan yang ada. 

Ai sempat la sambar 2 helai cardigan masa sesi lawatan para media & blogger tempoh hari pada sebelah petang (tak sanggup nak lama2 ramai sangat orang!)


Majlis pembukaan butik telah dirasmikan oleh Dato Amir bin Md. Noor; Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. Manakala Muhammad Rafie, Pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd adalah Ikon Alumni Kolej Komuniti.

 



Sementara itu, pelakon kanak-kanak popular, Mia Sara dilantik sebagai duta produk Jus Caliph. Pemilihan Mia dibuat berdasarkan pengaruhnya terhadap golongan kanak-kanak selain merupakan seorang yang matang dan bijak.

 



Turut diumumkan, pelantikan Fynn Jamal sebagai duta kecil untuk produk Jus Caliph. Selain mempunyai pengaruh yang kuat di laman sosial, cabaran Fynn Jamal membesarkan anak istimewa dilihat sesuatu yang menarik untuk diketengahkan.

 

"Saya lihat Fynn sebagai ikon kepada ibu-ibu di luar sana lebih-lebih lagi personalitinya yang cukup menarik perhatian umum. Penulisannya di laman sosial mengenai isu-isu semasa serta mempromosikan sesuatu produk membuatkan saya lihat Fynn adalah selebriti yang paling sesuai menjadi duta kecil produk kami, ujar Felinna. 

 

 

Jus Caliph merupakan makanan tambahan dengan kandungan Serat, Kalsium, Vitamin dan Mineral yang membantu untuk tumbesaran danperkembangan otak kanak-kanak. Jus Caliph mengandungi kurma, kismis, Madu, Delima, BuahTin, Aprikot, Omega 3 dan Omega 6. Kesemua bahan yang terkandung dalam Jus Caliph ini memiliki kehebatan tersendiri antaranya mampu menjadi penawar pelbagai penyakit selain menggalakkan perkembangan minda.

 

"Ianya juga adalah sebahagian daripada makanan sunnah yang sangat digalakkan dalam amalan pemakanan umat Islam termasuk kepada kanak kanak," tambahnya lagi.




Bersama Puan Fellina semasa sesi jelajah butiknya 


Tahniah Felinna Butik! Tak sabar nak tunggu pembukaan di shah Alam pula 😊




Comments

Popular posts from this blog

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a

Ubat Resdung

Harini nak kongsi berkenaan Nasal Spray - bagi yang menghadapi resdung (sinus) atau selsema. Ni sebab dah rasa teruk resdung sampai hidung berdengung (selalu kepala je dengung) maka dah rasa tak sedap hati. Jadi jom kita berubat (huhuhuu dah teruk baru nak berubat, jangan amalkan)? Yang ini jenis pancit @ spray ke hidung - macam spray untuk semput tu, memang agak mahal sedikit. Tetapi kalau dah mahal tu mesti keberkesanan lebih sedikit. Mana nak dapat ni? Kalau duduk putrajaya memang payah sikit nak cari farmasi yang jual. Doktor pun dah pesan cari di farmasi luar putrajaya. Jadi Ai pun pergi ke Bangi. Farmasi sebelah Gulati's Textile.  Cara pemakaian - pharmacist ajar - kalau jenis bersin atau selsema ketika pagi, pancit la waktu malam, jadi ia akan membantu mengurangkan selsema dari berlaku sebelah pagi. Jika kerap selsema sebelah petang maka pancit la sebelah pagi. Ok malam ni kita cuba dan tengok apa kesannya esok.  Yang ini Ai beli mula-mula, walaupun di kotak tulis 'nasal

Selamat Datang Anak-Anak Suamiku

Salam... Emm me x pernah buat review drama kan, ni 1st time me buat. Drama tu mmg menarik, kisah isteri tua yang dianiaya oleh madunya (Lakonan Rita Rudaini, Nor Khiriah)...perebutan kuasa yang tak nampak secara nyata, bilamana kematian suami menyebabkan isteri muda (Nor Khiriah) datang bersama dengan anak-anaknya hani dan hana. Kehadiran keduanya disambut dengan tenang oleh Maya, tapi dalam kelembutan dan kebaikan yang ditunjukkannya itu rupanya diambil kesempatan oleh madu dan juga adik Maya (Lakonan Fizz Fairuz), mereka berpakat untuk merampas semua harta suami Maya yang sememangnya kaya-raya, pelbagai cara dan tipu helah dilakukan yang akhirnya terjerat dek perangkap Aida sendiri yang rupanya telah mengetahui tindak tanduk serta tipu helah yang dipermainkan oleh kedua-dua musuh dalam selimutnya itu. Kesimpulan cerita ni, sebenarnya Aida cuma inginkan anak-anak suaminya sahaja kerana Maya sebelum ini pernah keguguran yang akhirnya menyebabkan beliau tidak boleh mengandung la