Saturday, September 26, 2015

11 Zulhijjah 1435H - Perginya Seorang Sahabat

Assalamualaikum, 

Petang maghrib semalam menerima berita dukacita pemergian seorang sahabat seperjuangan - sama2 lantikan tahun 2/2008, beliau terlibat dalam kemalangan di Ayer Hitam Kedah. Kejadian berpunca disebabkan kenderaan yg dipandu suami Allahyarhammah dilanggar oleh sebuah bas di persimpangan ke kedai ibu mertuanya, setelah dilanggar dari belakang oleh bas, kereta yang dinaiki berpusing dan menongkah arus mengakibatkan keretanya dilanggar pula oleh dua buah kereta yang lain dan sebuah motosikal berkuasa tingggi.  Allahyarhammah yang duduk dibahagian belakang dan memangku anak sulungnya, dipercayai meninggal di hospital akibat pendarahan dan kecederaan dalaman. 

Selain beliau, turut menjadi korban kemalangan tersebut adalah penunggang motosikal berkuasa tinggi. 

Al-fatihah untuk Allahyarhammah Nor haslinda binti Hashim - moga rohmu dicucuri rahmat Allah & ditempatkan di kalangan orang yang solehin. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!