Sunday, November 10, 2013

Sembang Kopi Dengan Tokei Bisness Delivery Makanan

Salam,


Alhamdulillah baru lepas melayani tetamu yang diundang, walaupun baru kenal tapi rasa cam dah lama sangat kenal Kak Ana dan Abg Azam tu. Memang me yang jemput datang sebab nak bagi bekas2 container makanan yang berlambak2 kat rumah ni (itupun hasil pemberian bekas tauke Tapau Station, moga Allah memberkati beliau, Amin).

Bukan setakat nak bagi barang, tapi banyak perkongsian dan ilmu yang me dapat dari mereka berdua. SAmbil me dah sediakan kek coklat dan seteko Kopi Cap TV @ Kopi Kluang, bukan setakat tu jer. Dah nama datang rumah bakers kan, siap me tapaukan macam2 stok kek yang ada utk dibawa pulang, esok nak gerak ke Melaka, so kasi kosong itu chiller ngeh2


kilang kopi kluang yang terletak di Yap Tau Sah - sedap uols kopinya... :)


Sembang punya sembang, dari pukul 9.30pm sampailah pukul 12.30am kami berchit chat - punyalah lama kan....itu pun cam tak puas je me nak korek pengalaman yang ada pada mereka berdua. Kebetulan Abg Azam tu ex-hotelier, tekun me mendengar pengalaman beliau dari budak cuci pinggan sampai dah naik ke peringkat HOD di hotel 6 bintang tu...selalu dengar cerita orang je, ni dengar dari tuan punya badan punya pengalaman. Walhal ni baru 1st time me jumpa mereka. Kalu tak, mmg x kenal pun. Tapi mesra tu cam dah kenal lama sangat. Harapnya niat baik me nak bina ukhwah diredhai Allah, tak salah kita buat baik kat orang kan...

Cerita abg azam dia kejer as hotelier dah dekat 20++ thn dah then dia berhenti pun sebab dia nak 'cari' yg lebih membahagiakan hidup dia dan keluarga iaitu 'keberkatan' hidup. Tu yang dia berjinak2 semula dengan katering. Dia buat perniagaan delivery makanan - sekitar KLIA/Sepang/Dengkil/Putrajaya/Cyberjaya - My husband baru mula tempah dengan mereka last wednesday. ALhamdulillah makanannya pun boleh tahan sedap, rasa cam masak sendiri jer, makanannya pun mewah dengan harga yang berpatutan.  Bak kata me 'VALUE FOR MONEY, WORTH FOR TUMMY' hehehehe.. kalu uols nak order bleh la roger2 pada
Kak Ana - 017-6994059

ni la menu kami utk 2 orang hari tu - cer tengok, banyak kan. Boleh 3/4 orang makan tak pun boleh ulang utk 2 kali makan...rege pun RM12 jeeee....sedap pun sedap... tunggu apalagi order lee... :)


Moral - hidup ni penuh dengan kasih sayang, walau baru kenal tapi kalu kita yakin 'Hablum minannas' itu kerana Allah, nanti Allah pasti lorongkan ke jalan yang benar, Insya Allah


2 comments:

Miss Moon said...

wah menarik nih ...

moon pun dah catit nombo nih . Incase apa apa kalau dlm pantang nanti tak sempat nak masak ley order je ....

di aorg ada minimum order tak dear

kalau order makanan pantang seminggu agaknya vley takkkkkk ekekekekke

asfiedaimpiana said...

Moon...silakan...x ada la..anyway semoga selamat bersalin ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!