Skip to main content

Anak..alangkah gembiranya hati *wink*

Salam... 
Ntah tetiba je rasa bahagia jika ada anak sebagai pelengkap hidup (kita manusia ni x penah lah hidup rasa lengkap kan, dulu masa blum kawin, kata kalau kawin suami/isteri pelengkap kita, dah kawin nak pulak anak sebagai pelengkap, so dah anak nak cucu pulak...apadaa bilaa mau cukup?)

Bagi sapa yang blum ada anak (macam aku ni) tentunya kehidupan kamu mencabarkan...dengan kerenah dan kata2 dari orang sekeliling, mertua, keluarga sendiri serta sahabat handai. Kalau dapat orang2 yang memahmi situasi kita tentu tak jadi hal, tapi kalu yang x faham situasi tentunya menyakitkan hati dan mencabar iman kan. 

Tambah pula bagi pasangan  yang dah lama kawin..(nak kongsi kisah benar supaya jadi teladan) Adalah seorang Hamba Allah yang bleh kira rapat dengan aku, dah lebih kurang 14 tahun kawin dan tiada anak, derang pun pakat2 amik anak angkat 3 tahun lepas. Si isteri memang ada masalah senggugut cicak (senggugut teruk tiap kali datang bulan..sampai demam2 n adakala x bleh bangun sebab terlalu sakit. Si suami pun ada angin pasang) 

Ntah apa yang rasuk laki dia pun x tau la...tetiba tahun lepas nak kawin lain dengan alasan nak anak, walhal sebelum ni derang punya loving couple...ayang anje. Yang sedih tu bila dah kawin baru si suami duduk dengan isteri baru kat Raub, tinggallah si isteri tua dengan anaknya dekat Kuantan, balik 2 minggu sekali. Isteri muda ni dahla nama pun isteri muda umur pun baru 20an...makin lama makin tunjuk belang..konon dulu alim kucing sekarang macam rimau..si isteri tua ni x kisah suami dia nak kawin lain, dia redha n restu tapi sayangnya isteri muda buat perangai dan paling menyakitkan hati, dia pulak memburuk2kan isteri tua pada jiran tetangga n rakan2 pejabat suami dia, kata dia slalu kena marah dengan isteri tua, kena tengking la apa la..ada ke patut. walhal isteri tua tu telefon dia pun x pernah. dah la dia yang rampas suami orang tu, dia pula burukkan isteri tua tu. 
(ish..ishh..ishh tak patut.. ehh ni entri anak ke madu?) 

Dan yang paling ketara (berbalik pada entri kat atas) dah dekat setahun suami tu kawin lain...bini muda pun x pregnant juga (yerla kalu si suami tu betul2 normal n sihat, tentu la kawin x lama si bini muda bleh ngandung. Tak gitu doc faryn?)...moral off da story..siapa yang ada masalah?

Kalu rasa perlu berubat..pergilah berubat. Aku banyak baca kat dalam artikel, ada kalanya pasangan ni diorang tak mahu pergi berubat, baik suami atau isteri. Ada kekadang tu si isteri jer yang nak pergi jumpa doktor, tapi suami ego dan x nak pergi berjumpa..alasannya diorang subur isteri yang tak subur...Ishh..isshh tak patut..

Kesimpulannya walau kita x ada anak..tumpanglah kegembiraan orang2 disekeliling kita yang ada anak tu...jadikan anak2 diorang tu sebagai anak angkat kita...heheheheheee

*MACAM AKU NI.. :D*
 

ni lah anak orang yang aku tumpang manja2...hehehee
(Aisyah Nur Umairah - 3 bulan)

MY NIECE

 kecik-kecik dah pandai tgk kamera yer *wink*

pandai ketawa dah manja sayang yer....pujaan hati atuk yer

ni lah ibu dia...pink color tuh....


HEHEEEE...kalu ada baby contest bleh join tak? ke kira disqualified coz bukan anak sendiri? hehehehee

Comments

Popular posts from this blog

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a

Ubat Resdung

Harini nak kongsi berkenaan Nasal Spray - bagi yang menghadapi resdung (sinus) atau selsema. Ni sebab dah rasa teruk resdung sampai hidung berdengung (selalu kepala je dengung) maka dah rasa tak sedap hati. Jadi jom kita berubat (huhuhuu dah teruk baru nak berubat, jangan amalkan)? Yang ini jenis pancit @ spray ke hidung - macam spray untuk semput tu, memang agak mahal sedikit. Tetapi kalau dah mahal tu mesti keberkesanan lebih sedikit. Mana nak dapat ni? Kalau duduk putrajaya memang payah sikit nak cari farmasi yang jual. Doktor pun dah pesan cari di farmasi luar putrajaya. Jadi Ai pun pergi ke Bangi. Farmasi sebelah Gulati's Textile.  Cara pemakaian - pharmacist ajar - kalau jenis bersin atau selsema ketika pagi, pancit la waktu malam, jadi ia akan membantu mengurangkan selsema dari berlaku sebelah pagi. Jika kerap selsema sebelah petang maka pancit la sebelah pagi. Ok malam ni kita cuba dan tengok apa kesannya esok.  Yang ini Ai beli mula-mula, walaupun di kotak tulis 'nasal

Selamat Datang Anak-Anak Suamiku

Salam... Emm me x pernah buat review drama kan, ni 1st time me buat. Drama tu mmg menarik, kisah isteri tua yang dianiaya oleh madunya (Lakonan Rita Rudaini, Nor Khiriah)...perebutan kuasa yang tak nampak secara nyata, bilamana kematian suami menyebabkan isteri muda (Nor Khiriah) datang bersama dengan anak-anaknya hani dan hana. Kehadiran keduanya disambut dengan tenang oleh Maya, tapi dalam kelembutan dan kebaikan yang ditunjukkannya itu rupanya diambil kesempatan oleh madu dan juga adik Maya (Lakonan Fizz Fairuz), mereka berpakat untuk merampas semua harta suami Maya yang sememangnya kaya-raya, pelbagai cara dan tipu helah dilakukan yang akhirnya terjerat dek perangkap Aida sendiri yang rupanya telah mengetahui tindak tanduk serta tipu helah yang dipermainkan oleh kedua-dua musuh dalam selimutnya itu. Kesimpulan cerita ni, sebenarnya Aida cuma inginkan anak-anak suaminya sahaja kerana Maya sebelum ini pernah keguguran yang akhirnya menyebabkan beliau tidak boleh mengandung la