Skip to main content

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam,

Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita:

1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu.
2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami.
3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan).

Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut:

1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++
2. Tiada tolak ansur untuk cara bayaran
3. Tiada kemudahan untuk pemotongan - kena juga PERGI KE KAUNTER KALU NAK POTONG! Masa nak suruh pasang, boleh je buat online dan pakai AGEN!
4. Menindas dan menipu pelanggan! - kenapa customer service kata kena suspend tapi sebenarnya tetap caj pelanggan? bila google tengok pada komplain orang lain, ada yang kata cust. service TM kata x ada istilah suspend...yang ada termination. Kalu betul tak suspend, nape line UNIFI kami tak boleh guna pun ketika itu? sebab kami tak jelaskan bayaran? kalu dah tak jelaskan bayaran, perkhidmatan kami dihentikan tetapi caj bulanan masih dikenakan untuk apa? Dapat duit percuma ke? Adakah begitu caranya pihak TM dapatkan duit untuk bayar bonus pada para pekerja?


Tadi pukul 3.45petang nak dapatkan penjelasan dari CS UNifi, dalam 7minit perbualan dengan Customer Service Unifi (unifi lain no, TM lain no ye. Ni no Customer Service Unifi - 1300 881 222) bercakap dengan CS bernama Hanum.

Ok i get it clear about the 'suspend account' that Unifi/TM apply - kalau 3 bulan tak bayar bil, akaun kena gantung. Masuk bulan ke 4, kalu tak bayar juga - perkhidmatan Unifi akan tetap digantung tetapi bil akan berjalan @ dicaj!. 

Wah2 senang kan syarikat2 telco / service provider cam ni buat duit ek, patutla staf memasing boleh dapat bonus 2-3 bulan.

CS tu kata, memang amalan macam tu, serupa juga dengan ASTRO.

Hurmm...berbalik pada peristiwa hari jumaat tu - memang sangat menyakitkan hati nurani di petang2 jumaat la kan.

Tapi yang membuat terfikir - masa nak daftar/pasang guna agent pun tak apa, tapi nak buat pemotongan amat sukar dan menyusahkan.


Dan yang pastinya amat2 mendukacitakan bila mereka menganiaya pelanggan dan istilah pemotongan perkhidmatan tetapi masih makan duit pelanggan dengan mengenakan bil walau pelanggan tak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut. Agak2 apa hukumnya ek?



Comments

izhar81 said…
Saya pu n kena masalah yang sama, Saya dah pakau unifi 1 tahun 6 bulan.

saya call customer service bernama Raj, dia kata kalau nak potong kena pergi ke TM,

saya call lagi kali ke dua sebab raj tu mcm tak meyakinkan, cakap dengan Nurul, kali nie dia sahkan kena pergi TM. Saya tanya kalau nak potong kena bawa apa sebab saya bukan owner, tapi ianya daftar bawah nama isteri walaupin saya yang bayar. Dia cakap bawa surat dan IC fotostat. dan saya akan dicaj RM 500 kerana breach of contract. Saya tanya barang modem semua nie tak perlu pulang ke? Dia cakap tak perlu kerana kontrak saya telah setahun lebih. Cuma kena caj RM 500 je sebab bawah 24 bulan.

Dan hari nie beli ke TM, depa mintak barang plak, dan minta isi borang.... mcm sial kan? sekarang tak tahu siapa yang betul siapa yang menipu... sebab kat sebelah TM poin petaling jaya sek 52 tu ada kedai secondhand, bersepah telefon unifi jual 2nd hand kat situ..
Anonymous said…
Walaupun saya pengguna Unifi.. Saya kurang setuju dengan kalau 3 bulan tak bayar... Accounts suspend.. Maknanya tak ada connection internet.. Tapi bil bulanan jalan...

dah macam kadd kredit pulak, tak pakai tp interest jalan... semua untuk keperntingan sendiri..
merah said…
ya encik... sekarang ni.. mana2 syarikat telekomunikasi macam tu.. baik jika kita tak nak guna perkhidmatan tersebut, cepat2 potong talian. bayar je yang sikit tu.. daripada kita rugi banyak.

Popular posts from this blog

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu. Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!! Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya? Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ada