Skip to main content

Perkenalan..

Assalamualaikum pembuka kata, salam di hantar pembuka bicara. 13 Januari tarikh nan Indah, di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru detik bermula. Dilahirkan ke dunia oleh seorang wanita bernama Induk (bukan nama sebenar) Asfieda impiana di beri nama. 

Itulah aku, si penulis tiada seni. Menyusun atur ayat di papan kekunci ini untuk aku karangkan buat tatapan kalian. Nama aku Asfieda impiana seperti yang tercatat di kad pengenalan. Aku dibesarkan selama beberapa tahun di sekitar Johor Bahru, Johor (Ya..hidup JDT!!). Macam tak percaya sahaja aku penah menghuni rumah setinggan. Setinggan ketika itu dihuni oleh penduduk tempatan dikawasan yang mereka bangunkan sendiri tanpa kebenaran, bukan warga asing tapi penduduk tempatan dari pelbagai negeri dan daerah yang berhijrah ke bandar untuk mencari nafkah demi kelangsungan hidup.

Aku membesar hampir empat tahun di kawasan setinggan yang di panggil Kampung Skudai Kanan – kini kampung itu tidak lagi wujud, telah bertukar wajah menjadi kawasan taman perumahan. Namun aku masih mengenali kawasan aku dibesarkan itu kerana kilang biskut yang aku panggil biskut cap ping pong itu masih itu berdiri di sana.

Pengalaman membesar di kampung setinggan tidak banyak yang aku ingat, walaupun sikit tapi ianya meninggalkan kesan dan parut yang akan kekal bersama aku selagi hayat dikandung badan. Mana tidaknya, aku mendapat kemalangan yang mengakibatkan tangan kanan aku sedikit cacat – tapi tidaklah sampai di gelar Orang Kelainan Upaya. Puncanya ketika aku berusia dua tahun (macam tak percaya aku masih mengingati babak-babak kejadian itu hingga kini. Tapi kuasa Allah, memori itu masih kekal hingga kini). 

Malam selasa itu, setelah emak menghantar aku di rumah pengasuh, aku di letakkan di tempat pembaringan untuk ditidurkan – atas tilam berlantaikan papan bukan katil. Namun entah bagaimana, aku teringat aku belum bersalaman dengan emak lagi. Lalu aku menyusur di tepi gerobok cermin dihujung kepada tilam tempat aku dibaringkan. Sedang aku menyusur entah dimana silapnya, tangan aku menekan cermin itu dengan kuat dan ianya pecah berderai. Darah mengalir laju, aku segera didukung oleh pengasuh aku, tangan aku diletakkan di dalam cebok untuk mengelakkan darah mengalir ke lantai. Aku dibawa ke Hospital Sultanah Aminah dengan segera. Kejadian lain aku kabur. Yang aku masih ingat tiap kali tetamu atau doktor datang aku pasti akan kata nak balik dan nak makan sate (makanan kegemaranku ketika itu). Momen kejadian itu pasti bergementayangan bila aku lihat parut di tangan kanan ini.

Sebagai budak setinggan yang duduk di rumah papan sederet empat pintu dengan sewa RM75 – rumah tanpa tandas, tandas untuk membuang air besar berkongsi ramai-ramai. Bilik tidur pula hanya satu. Apalah yang dia tahu pasal kehidupan sekeliling? Yang aku faham hanya keseronokkan sebagai kanak-kanak riang sahaja. Petang-petang bermain Bersama teman sebaya, jika selepas hujan ada peluang bermain dengan berudu atau lintah bunga (cucuk-cucuk lintah dengan lidi, seronok kot). Berjalan di atas jambatan papan yang menghubungkan setiap rumah sebagai laluan utama.

Itulah kehidupan kanak2 ku 

 




Comments

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tol...