Assalamulaikum readers
Perghh dah 4 bulan berlalu lepas posting nak kurus dlm 30hari, agak2 aku dah kurus ke? Whoap...๐๐๐๐ hahahahaaha, tgk je la nanti ye ๐๐๐
Ok, nak cerita pengalaman dapat peluang jejak kaki ke Keningau...
Minggu lepas aku bersama rombongan KRT dari seluruh semenanjung, sarawak dan labuan telah dibawa ke Sabah, utk program integrasi tu, berkampungla kami selama 5h 4m di Sabah.
Kami dibawa ke daerah Keningau..perjalanan dari KK ke Keningau mengambil masa lebih kurang 4 jam. Keningau ni terletak di kawasan lembah, yg mana perjalanan ke sana melalui kawasan perbukitan di celah2 banjaran crocker.
Kalau korang nak tahu, masa pertama kali dapat tawaran ke sana, jenuh gak aku google nak tahu maklumat pasal Keningau. Maaflah sebab memang kawasan Sabah @ Sarawak kuranv arif dan aku agak skeptikal bila kena ayat dalam surat tu tulis "Kawasan Pendalaman Atas" terus aku bayangkan kawasan macam kat Sarawak, kena naik sampan nak pergi tempat tu. Tapi apa yang aku bayangkan tu memang amat berbeza dengan apa yg aku saksikan. Sebab pertama, keluasan negeri Sabah kebanyakannya masih dapat di lalui menggunakan jalan darat.
Tapi nak sampai ke kawasan tu kalu yang tak kuat iman dan tak suka jalan bengkang bengkok, standby je la ye..sebab jalannya memang agak sempit - ngan utk 2 kereta (macam jalan ke cameron highlands tu tp agak mencabar kecekapan pemanduan bagi yg tak biasa.
Comments