Skip to main content

Tuhanku Tabahkan Hati Dia ~ Talib & Norma

Assalamualaikum,

Hari-hari saya tak lupa baca posting @ update  status Moon  mengenai adik iparnya (Talib dan Norma).
Kenal Moon pun melalui entri rakan-rakan blogger yang akhirnya buat saya jatuh cinta untuk membacanya setiap masa.

Kisah tentang keutuhan cinta, ketabahan sang suami dan keakraban ukhwah keluarga dalam berdepan dengan situasi yang menyayat hati. Norma isteri Talib yang mengidap barah otak tahap 4.

Kisah bagaimana Talib begitu tabah berdepan dengan setiap situasi, kisah kakak ipar yang sentiasa supporting dalam mencari momen2 indah untuk dicoretkan diblognya mengenai setiap perkembangan, setiap ceritera yang mereka hadapi, dari mula Norma disahkan mendapat barah saat melahirkan Rafiq dan segala2nya tentang pasangan itu. REally proud of u Moon..


Saat entri ini di tulis, keadaan Norma kian lemah dan doktor telah berpesan keluarga Moon untuk bersiap sedia untuk menerima apa juga keadaan.

Buat Moon sekeluarga,

Kita mungkin tak pernah kenal, apatahlagi untuk bersua muka, tetapi di paparan maya ini kita berkenalan.
Tetapi setiap coretan yang dipaparkan amat meruntun perasaan, menambahkan kekaguman atas kekentalan semangat kalian, berdepan dengan situasi yang begitu membebankan. Tetapi hidup mesti diteruskan, yang sakit dibiar jangan, bahagiakan sebaik mungkin. Kerana itulah sebuah pengorbanan dan pengabdian bagi yang hidup untuk meneruskan kehidupan, moga ianya kan menjadi kenangan untuk tatapan di hari depan.



Bagi korang yang nak tahu cerita lanjut pasal Norma dan Talib  boleh klik baca kat blog Moon. 
Semoga secebis coretan itu boleh menjadi azimat dan pembakar semangat untuk korang yang berdepan dengan situasi macam tu. 



Comments

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tol...