Assalamualaikum,
Sejak penayangan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), boleh dikatakan setiap scene cerita tersebut menjadi bualan dan sebutan di kalangan penonton filem, yg x tonton pun tentu akan tengok kat youtube, betul tak? Terutamanya watak Usop Wheelchair dan Abi Hurairah. Gaya bersahaja, dialek perak dan body gesture Usop Wheelchair dalam cerita tersebut telah membuatkan penonton pecah perut ketawa. Di sebalik, apa yang dituturkan sebenarnya mengandungi kata-kata sinis, sindiran dan maksud tersirat yang patut di ambil teladan (bukan setakat untuk ketawa sahaja).
Tetiba rasa nak tulis pasal beliau disebabkan fenomena yang melanda peminat filem, boleh dikatakan ramai yang menghafal dialog2 Usop Wheelchair dan Abi Hurairah ni, perkara seperti ini jarang berlaku pada filem2 lain pada masa kini, yang kita tahu, kalau dialog2 P.Ramlee memang dah jadi makanan pada kanak2 dan remaja kerana dialog2 lucu Allahyarham, sekarang Usop Wheelchair dan Abi Hurairah pula mengambil tempat. Tidak perlu untuk seksi, macho atau lawak ntah apa2, Shy8 telah berjaya mencetuskan fenomenanya sendiri.
Ni coretan yang diambil dari artikel dalam Berita Harian;
Video lagu Shy8 - Terasing di Bumi Sendiri. (suaranya pun boleh tahan)

"Ada yang tertanya-tanya siapa Usop atau Yusop? Sebenarnya, watak itu sudah diperkenalkan oleh Mamat Khalid menerusi filem Zombi Kampung Pisang. Populariti atau watak lembut Yusop itu lebih menonjol daripada nama sebenarnya iaitu Syed Mohamad Asri atau Shy8.
“Sebenarnya nama Shy8 itu wujud sejak tahun 1996 lagi, namun hilang dari arus seni tanah air secara perlahan sejak tahun 2000. Kini nama Usop telah mengatasi nama Shy8 atau Syed Mohamad Asri semuanya gara-gara Zombi Kampung Pisang dan kini Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kredit tertinggi perlu di berikan kepada penulis skrip dan pengarah kedua-dua filem itu sendiri iaitu Mamat Khalid.
“Mungkin Shy8 dulu kurang diberikan ruang dan peluang untuk berkarya tidak seperti Usop yang lebih bernasib baik kerana memperoleh platform yang kukuh melalui filem terbitan Tayangan Unggul. Selain Zombi Kampung Pisang yang mendapat sambutan dahulu, ia juga turut di tayang berkali-kali di saluran Astro.
“Ini sudah pasti mendekatkan watak Usop kepada masyarakat. Jadi dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ini, watak Usop dikembangkan untuk mengisi ruang yang di kosongkan oleh Mat Karen (AC Mizal) dan Deris (Que Haidar) dalam Zombi Kampung Pisang dulu,” katanya.
Mengenai pembabitannya dalam seni, Shy8 berkata, kerjayanya dalam bidang seni bermula sebagai penyanyi apabila menerbitkan album sendiri berjudul Terasing Di Bumi Sendiri pada 1996 dengan menggunakan nama Syed sahaja.
“Dalam album itu, semua lagu dan seni kata dicipta dan dituliskan oleh saya sendiri. Disebabkan beberapa perkara yang tak perlu dijelaskan, saya kecewa dengan industri ini, dan beransur-ansur cuba keluar dari kepompong seni.
“Selepas itu, Shy8 kembali menjadi manusia biasa bernama Syed Mohamad Asri dan bekerja di sebuah syarikat yang terbabit dalam industri minyak dan gas. Jadi sejak itu, pembabitan saya dalam bidang seni agak terbatas kerana tugas dengan syarikat ini,” katanya.
Shy8 menjelaskan dalam filem Zombi Kampung Pisang, watak Usop dianggap dalam proses suaikenal kerana ketika itu di kelilingi oleh nama besar seperti Awie, AC Mizal, Que Haidar dan Ezlynn.
“Watak Usop adalah satu eksperimen saya. Tapi dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, watak Usop sudah di kenali. Apabila Mamat memberi tanggungjawab yang lebih kepada Usop, saya gunakan peluang ini untuk menjadi yang lebih.
“Alhamdulillah semua usaha saya berbaloi. Di atas berkat kesabaran selain dorongan dan bimbingan Mamat bersama sokongan rakan pelakon turut banyak membantu menjadikan Usop makin di kenali,” katanya."

PPsst - rupa2 nya dia bapak sedara Scha Al Yahya rupanya, Awal pun baru tahu dalam rancangan Fuhh mlm tadi..

Comments