Skip to main content

Usop Wheelchair Bapak Sedara Scha Al Yahya

Assalamualaikum,

Sejak penayangan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), boleh dikatakan setiap scene cerita tersebut menjadi bualan dan sebutan di kalangan penonton filem, yg x tonton pun tentu akan tengok kat youtube, betul tak? Terutamanya watak Usop Wheelchair dan Abi Hurairah. Gaya bersahaja, dialek perak dan body gesture Usop Wheelchair dalam cerita tersebut telah membuatkan penonton pecah perut ketawa. Di sebalik, apa yang dituturkan sebenarnya mengandungi kata-kata sinis, sindiran dan maksud tersirat yang patut di ambil teladan (bukan setakat untuk ketawa sahaja).

Tetiba rasa nak tulis pasal beliau disebabkan fenomena yang melanda peminat filem, boleh dikatakan ramai yang menghafal dialog2 Usop Wheelchair dan Abi Hurairah ni, perkara seperti ini jarang berlaku pada filem2 lain pada masa kini, yang kita tahu, kalau dialog2 P.Ramlee memang dah jadi makanan pada kanak2 dan remaja kerana dialog2 lucu Allahyarham, sekarang Usop Wheelchair dan Abi Hurairah pula mengambil tempat. Tidak perlu untuk seksi, macho atau lawak ntah apa2, Shy8 telah berjaya mencetuskan  fenomenanya sendiri.


Ni coretan yang diambil dari artikel dalam Berita Harian;




"Ada yang tertanya-tanya siapa Usop atau Yusop? Sebenarnya, watak itu sudah diperkenalkan oleh Mamat Khalid menerusi filem Zombi Kampung Pisang. Populariti atau watak lembut Yusop itu lebih menonjol daripada nama sebenarnya iaitu Syed Mohamad Asri atau Shy8.

“Sebenarnya nama Shy8 itu wujud sejak tahun 1996 lagi, namun hilang dari arus seni tanah air secara perlahan sejak tahun 2000. Kini nama Usop telah mengatasi nama Shy8 atau Syed Mohamad Asri semuanya gara-gara Zombi Kampung Pisang dan kini Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kredit tertinggi perlu di berikan kepada penulis skrip dan pengarah kedua-dua filem itu sendiri iaitu Mamat Khalid.

“Mungkin Shy8 dulu kurang diberikan ruang dan peluang untuk berkarya tidak seperti Usop yang lebih bernasib baik kerana memperoleh platform yang kukuh melalui filem terbitan Tayangan Unggul. Selain Zombi Kampung Pisang yang mendapat sambutan dahulu, ia juga turut di tayang berkali-kali di saluran Astro.

“Ini sudah pasti mendekatkan watak Usop kepada masyarakat. Jadi dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ini, watak Usop dikembangkan untuk mengisi ruang yang di kosongkan oleh Mat Karen (AC Mizal) dan Deris (Que Haidar) dalam Zombi Kampung Pisang dulu,” katanya.
Mengenai pembabitannya dalam seni, Shy8 berkata, kerjayanya dalam bidang seni bermula sebagai penyanyi apabila menerbitkan album sendiri berjudul Terasing Di Bumi Sendiri pada 1996 dengan menggunakan nama Syed sahaja.

“Dalam album itu, semua lagu dan seni kata dicipta dan dituliskan oleh saya sendiri. Disebabkan beberapa perkara yang tak perlu dijelaskan, saya kecewa dengan industri ini, dan beransur-ansur cuba keluar dari kepompong seni.

“Selepas itu, Shy8 kembali menjadi manusia biasa bernama Syed Mohamad Asri dan bekerja di sebuah syarikat yang terbabit dalam industri minyak dan gas. Jadi sejak itu, pembabitan saya dalam bidang seni agak terbatas kerana tugas dengan syarikat ini,” katanya.

Shy8 menjelaskan dalam filem Zombi Kampung Pisang, watak Usop dianggap dalam proses suaikenal kerana ketika itu di kelilingi oleh nama besar seperti Awie, AC Mizal, Que Haidar dan Ezlynn.

“Watak Usop adalah satu eksperimen saya. Tapi dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, watak Usop sudah di kenali. Apabila Mamat memberi tanggungjawab yang lebih kepada Usop, saya gunakan peluang ini untuk menjadi yang lebih.

“Alhamdulillah semua usaha saya berbaloi. Di atas berkat kesabaran selain dorongan dan bimbingan Mamat bersama sokongan rakan pelakon turut banyak membantu menjadikan Usop makin di kenali,” katanya."


PPsst - rupa2 nya dia bapak sedara Scha Al Yahya rupanya, Awal pun baru tahu dalam rancangan Fuhh mlm tadi..

Video lagu Shy8 - Terasing di Bumi Sendiri. (suaranya pun boleh tahan)



Comments

Cik Pulau said…
tengok gak td..^^,
asfiedaimpiana said…
saya tgk pastu gelak sorang2...

Popular posts from this blog

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu. Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!! Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya? Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ...

SAPE NAK HADIAH? (ANGKAT TANGAN)

Salam readers.....me sedang menulis entri ni di negeri kenyalang ie Land of Hornbill (bleh gitu?) Mcm me cakap me outstation, tp tetap gak nak update. Me tak tau la nak kata mcm mana kan, n tah mana silapnyer yer...korang nak tau..ni dah masuk entri ke 3 tau me update pasal GA me (wah pengalaman sungguh kali ni)  Me jadi confuse, mana agaknya silap me dlm buat GA ni...tp me tetap x berputus asa, sebab me nak bg juga hadiah kat korang2 yg slalu BW my blog ni tgk keputusan tp x menang... Me naik penin nak buat cabutan nombor2 bertuah lagi...dah cam stress plak (tu mcm kat pic tu ngehngehngeh..) jadi me dgn baik hatinya nak bg kat reader yg bertuah la senang ceta..(Sapa yg dah menang tak boleh tau!) Me nak  bagi lagi 10 lagi hadiah tu kepada 10 reader yg bg komen kat entri ni TAPI DENGAN SYARAT...YANG TERSENARAI DLM LIST GA JER...TP X MENANG . Jadi sesapa yg komen kat bawah ni, masukkan link diorang yg tersenarai dlm list tu (ingat 10 yg awal jer...) dan email kat me di...