Skip to main content

Tahun Baru ~ Status Baru ~ Semangat Baru

 Hari ini 28 Rejab 1445H, 39 hari tahun 2024 telah berlalu dan hampir 33 hari menjelang Ramadan. 

Pejam celik, pejam celik sekejap saja masa berlalu. Yang kecil meningkat remaja, yang muda menjadi berusia, yang tua menanti senja.

Yang solo menjadi pasangan, yang berpasangan kembali solo, yang solo terus solo dan yang berpasangan masih mempunyai pasangan. 

Yang berkeluarga kehilangan yang tersayang - lumrah yang tidak dijangkakan. 

Aku? Aku si pemegang status balu. 

Bila memikul status baru ini, aku kini jadi lebih malu sendiri. Agak janggal untuk memperkenalkan kepada ramai siapa aku dan apa latarbelakang aku bila melibatkan keluarga, aku lebih gemar untuk tidak bercerita kepada stranger. 

Aku juga mudah cepat tersinggung dan adakalanya rasa marah bila pengacara ingin memperkenalkan siapa aku melalui latarbelakang keluarga. Kita bila nak perkenalkan seseorang penceramah atau speaker dalam sesuatu acara cukup perkenalkan kredibiliti dirinya tentang kerjaya dan latarbelakang kerja yang membuat dirinya berkelayakan untuk bercerita atau berkongsi tentang topik yang ingin disampaikannya. Ingat tu wahai pengacara sekalian. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Yang pergi pastinya tidak akan kembali, kalau kembali (untuk yang hidup la) adalah jodoh yang panjang untukmu. Tapi yang meninggal mati, teruskan hidup. Jika ada jodoh pengganti, ya jika ianya terbaik untukmu setelah istikharah kepadaNya, terima saja. Atau jika tidak mahu. Itu pilihan mu. Ada yang kata berdua lebih baik, ada yang selesa berseorangan selamanya. Terserah, pilihan di tangan masing-masing. Jodoh, pertemuan, ajal maut semua di tangan Tuhan. 


Untuk aku, tahun ini penuh dengan azam dan semangat baru, penuh cita-cita dan harapan yang telah aku aturkan, namun ketentuannya terletak pada Ilahi. Doa yang aku panjatkan. Antara azam aku ingin menunaikan Umrah. Nak rajin upload blog yang hampir 4 tahun bersawang ni. 

Mencari pasangan baru? Hurm....


Doakan ya...






Comments

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tol...