Skip to main content

~ SEINDAH 7 WARNA PELANGI ~

Assalamualaikum,

Fuhh..fuhh..Fuhh 2 tahun lebih bersawang blog ni rupanya. Kesiannya. Skill nak menulis pun dah berkarat. Lebih banyak menulis di FB ntah sapa yang baca agaknya kan.

Tak apalah jom mulakan semula apa yang ditinggalkan. Harap masih boleh menulis dan ada yang sudi yang baca. Minggu ni rakyat masih kepeningan dengan politik negara, macam-macam drama yang ada. Rakyat marhein macam kita ni nak cakap banyak pun bukan boleh, terikat dengan pelbagai akta dan undang-undang. Jadi, kita berdoa yang terbaik buat negara.


Untuk book review yang pertama di tahun 2020 ni, Ai nak share novel Seindah 7 Warna Pelangi karya E-man Sufi terbitan Penulisan 2u. Yang telah diadaptasi ke drama di slot akasia Tv3 pukul 7mlm. Novel yang dikeluarkan pada Mac 2019 lalu. Kira cepat juga novel ni dibuat adaptasi. Novel ni dah lama beli dah, tahun lepas lagi dan dah habis khatam pun. Mula-mula lepas tengok drama, google di wattpad E-man Sufi. Baca sampai bab 17, lepastu tergerak hati nak tengok pada rak novel yang ada di rumah. Wah bersinar mata tengok novel ni ada rupanya ingatkan tak ada. Apa lagi Ai buat revision semula baca sambung bab yang tak ingat hehehee.

Novel ni berkisar tentang kekeluarga terutamanya di kalangan sepupu - Di terajui oleh watak utamanya Aira dan Andika serta watak-watak sepupu lain seperti Rayhan, Arjuna, Iskandar dan Kak Yam.


Andika yang begitu rapat dengan arwah tok ayah tidak dapat menerima hakikat bahawa tok ayah meninggalkan wasiat rumah pusaka dan tanah berhampiran air terjun untuk Aira Tihani. Sedangkan dia yang rapat dengan arwah tok ayah. Arwah tok ayah hanya mewasiatkan untuk dia sebuah ladang dan tanah kebun untuk diusahakan. Disebabkan ingin mendapatkan rumah pusaka itu, Andika sanggup mengajak Aira berkahwin. Aira yang sememangnya menyukai Andika sejak kecil sangat gembira dengan lamaran itu dan tanpa berfikir panjang dia bersetuju.

Di awal perkahwinan Andika sangat memanjakan Aira dengan matlamat untuk mendapatkan tandatangan pertukaran tapak milik tanah tanpa Aira sedar. Aira yang naif dan lurus tidak mengesyaki sesuatu yang buruk bakal menimpanya.

Hinggalah satu kejadian yang tidak diingini disebabkan perangkap dan fitnah dari Farouk terhadap Andika. Perkahwinan antara Aira dan Andika akhirnya terlerai. Aira dibuang keluarga, manakala Andika dengan egonya mengambil hak penjagaan anaknya.

Dek kerana kecewa dengan situasi yang menimpa, Aira membawa diri berkelana ke Chibubur dengan menjadi tenaga pengajar di rumah anak-anak yatim di sana.

Hampir 3 tahun menghilangkan diri tanpa khabar berita. Aira kembali pulang ke tanah air disebabkan ingin meraikan perkahwinan abangnya Rayhan. Kepulangan Aira ke pangkuan keluarga mengubat kerinduan semua terutamanya kerinduan Aira terhadap Sofia anaknya.

Pelbagai perkara berlaku dan luka Aira tak dapat untuk diubati sehinggalah satu tragedi besar yang menimpa Aira dan  telah menyebabkan keadaan berubah 360 darjah. Apakah itu?

Korang kena dapatkan novel untuk mengetahui kisah selanjutnya hehehe.









Comments

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tol...