Jumaat lepas berpeluang pergi Belum RainForest Resort - ok duk kat hutan tepi jalan.
Perjalanan ambil masa 5jam dari putrajaya ke sini. Keluar/exit tol kuala kangsar tuju ke gerik - jalan ni pun adalah jalan untuk ke pantai timur - orang2 utara mesti familiar.
Lokasi Belum
Terletak 41Km selepas pekan gerik - jalan menyelusuri banjaran titiwangsa jadi sedikit bercerun dan sempit (macam lalu kat area danau kalau di Padang tu)
Tapi lebuhraya ini dipanggil lebuhraya timur - barat . Jalan mmg x ada lampu, keliling hutan (nasihat utk yg tak biasa sila datang waktu siang)
Awas - kawasan hutan ni masih ada binatang yg menghuni ya seperti gajah, rimau, dan binatang2 lain, jd hati2 ketika memandu & mulut jangan cabul ya
Tu curam tu...
Belum rainforest resort ni terletak di tepi jambatan yang merentas tasik buatan manusia - tasik banding. Kedalaman tasik ni cecah 300m ya..
Pemandangan dari atas jambatan
Harga pakej bermula dari RM150 (basic room x ada tv ya sebab mmg utk yg sukakan nature living n utk tidur je) sehingga RM15k (ni harga villa 8 bilik tido)
Ni bilik yg kami duduk harga dalam RM350/mlm sangat sesuai utk honeymoon 😊😊
Pemandangan dari atas, ada kolam renang untuk mandi manda - sebab kat tasik x boleh mandi ya 😊
Bersambung**
Comments