Skip to main content

KEWAJA

Asalamualaikum,


Wah kalau tak update skit punya lama, tapi kalu dah update tu dekat 2-3 entri sekaligus. :D
Nampaknya ramai nak tahu tahu tentang KEWAJA ni yer, ai dah cuba googlekan. Link ada tp bila buka dah x aktif lagi. Tapi boleh cari dekat Facebook la taip nama KEWAJA..ada dah.

Baguslah gara-gara cerekarama Ampunkan Daku oleh Jinggo..rating KEWAJA akan naik, tahniah juga pada En. Yahya Mohamad selaku pengasasnya.

Latarbelakang yang di ambil dari link KEWAJA;

KEWAJ A adalah salah sebuah Pusat Integriti Dan Pembangunan Insan Hadhari yang di asaskan oleh Encik Yahya bin Mohamed Yusof dan Puan Ruzitah binti Bahrum. KEWAJ Aditubuhkan bertujuan untuk Menyelamat – Melindungi -Membimbing – Merawatremaja atau gadis dan wanita yang mengalami masalah pribadi atau sosial akibat aktiviti kehidupan yang tidak bermoral atau mangsa gejala sosial serta pergaulan bebas. Tumpuan dan gulungan sasarKEWAJ A adalah gadis remaja atau wanita yang hamil luar nikah dan melahirkan anak tidak sah taraf (anak tanpa bapa yang sah) termasuk juga ibu- ibu tunggal yang bermasalah dan gulungan gadis remaja atau wanita yang ingin kembali kepangkal jalan / kepangkuan masyarakat setelah terlibat dalam aktiviti hidup yang tidak bermoral atau pergaulan bebas serta mangsa keganasan seksual. KEWAJ A berperanan untuk mempastikan gadis remaja serta wanita yang terlibat dapat diberikan bimbingan serta panduan hidup agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni kehidupan, mempunyai kekuatan diri, minda dan iman untuk terus hidup serta dapat memantau aktiviti semasa dan arah tuju kehidupan mereka didalam komuniti masyarakat. Apa yang lebih pentingKEWAJ A dapat menyelamatkan mereka daripada melakukan tindakan yang berisiko seperti pengguguran bayi atau membuang janin dan mungkin juga membuang atau meninggalkan anak setelah dilahirkan. Maka inilah tanggungjawab serta perananKEWAJ A demi mempastikan kedudukan ibu dan anak sihat dan selamat dan mempunyai masa depan yang lebih terjamin dan sempurna. MASALAH DAN CABARAN KEWAJ A berkhidmat dan bergerak dalam masyarakatsecara sukarela demi menunaikan Tanggungjawab, Kemanusiaan dan Ehsan kepada gulungan gadis remaja dan wanita yang memerlukan perkhidmatan bantuan, sokongan, bimbingan, atau pemulihan kearah mempastikan corak hidup masa depan yang lebih berintegriti. Setakat iniKEWAJ A belum lagi menerima sebarang bantuan secara rasmi daripada mana- mana pihak sama ada, induvidu, masyarakat, NGO atau agensi kerajaan. Oleh yang demikian,KEWAJ A berharap agar ada pihak pihak yang turut sama prihatin dalam aktiviti sebegini untuk menghulurkan sebarang bantuan atau kerjasama demi menunaikan peranan atau tanggungjawab bersama terhadap yang memerlukan.

Comments

Unknown said…
Assalammu'Alaikum; Jutaan terimakasih kerana membantu memberikan info KEWAJA kepada mereka2 yang memerlukan, kepada sesiapa yang berkenaan dan memerlukan bantuan, anda boleh lihat kami di FACEBOOK, taip KEWAJA atau tel 013-3384868, En.Yahya (24 Jam). Marilah bersama kami membenteras maksiat & zina. TIADA MAKSIAT-TIADA ZINA-TIADA HAMIL LUAR NIKAH-TIADA PEMBUANGAN BAYI. T.Kasih
Unknown said…
Kewaja membantu MENYELAMAT-MELINDUNGI-MEMBIMBING & MEMULIHKAN Gadis & wanita yang mengalami masalah sosial yang serius, terutama hamil luar nikah. Hubungi kami, jangan ragu & malu demi maruah dan masa depan yg lebih sempurna & bermakna.
asfiedaimpiana said…
Terima kasih juga krn pihak kewaja datang menjenguk blog saya ni...

Saya berkongsi apa yang patut dan untuk panduan serta manfaat umum..

Popular posts from this blog

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a

Ubat Resdung

Harini nak kongsi berkenaan Nasal Spray - bagi yang menghadapi resdung (sinus) atau selsema. Ni sebab dah rasa teruk resdung sampai hidung berdengung (selalu kepala je dengung) maka dah rasa tak sedap hati. Jadi jom kita berubat (huhuhuu dah teruk baru nak berubat, jangan amalkan)? Yang ini jenis pancit @ spray ke hidung - macam spray untuk semput tu, memang agak mahal sedikit. Tetapi kalau dah mahal tu mesti keberkesanan lebih sedikit. Mana nak dapat ni? Kalau duduk putrajaya memang payah sikit nak cari farmasi yang jual. Doktor pun dah pesan cari di farmasi luar putrajaya. Jadi Ai pun pergi ke Bangi. Farmasi sebelah Gulati's Textile.  Cara pemakaian - pharmacist ajar - kalau jenis bersin atau selsema ketika pagi, pancit la waktu malam, jadi ia akan membantu mengurangkan selsema dari berlaku sebelah pagi. Jika kerap selsema sebelah petang maka pancit la sebelah pagi. Ok malam ni kita cuba dan tengok apa kesannya esok.  Yang ini Ai beli mula-mula, walaupun di kotak tulis 'nasal

Selamat Datang Anak-Anak Suamiku

Salam... Emm me x pernah buat review drama kan, ni 1st time me buat. Drama tu mmg menarik, kisah isteri tua yang dianiaya oleh madunya (Lakonan Rita Rudaini, Nor Khiriah)...perebutan kuasa yang tak nampak secara nyata, bilamana kematian suami menyebabkan isteri muda (Nor Khiriah) datang bersama dengan anak-anaknya hani dan hana. Kehadiran keduanya disambut dengan tenang oleh Maya, tapi dalam kelembutan dan kebaikan yang ditunjukkannya itu rupanya diambil kesempatan oleh madu dan juga adik Maya (Lakonan Fizz Fairuz), mereka berpakat untuk merampas semua harta suami Maya yang sememangnya kaya-raya, pelbagai cara dan tipu helah dilakukan yang akhirnya terjerat dek perangkap Aida sendiri yang rupanya telah mengetahui tindak tanduk serta tipu helah yang dipermainkan oleh kedua-dua musuh dalam selimutnya itu. Kesimpulan cerita ni, sebenarnya Aida cuma inginkan anak-anak suaminya sahaja kerana Maya sebelum ini pernah keguguran yang akhirnya menyebabkan beliau tidak boleh mengandung la