Assalamualaikum...
Apa kabar readers? Alhamdulillah, ai baru ada kesempatan nak menulis kala ini. Maaf dipinta pada semua yg kerap berkunjung ke blog ni, tp tiada perkembangan entri terkini. Kepada pemenang2 GA yg ai hutang hadiah tu, ai dah pos kan 2 minggu lepas...ada 13 pemenang semuanya..tp rasanya masih ada lagi kan? Kepada sesapa yg x menerima lagi, minta bg tau ai boleh?
Kalian semua tengok tak cerekarama mlm ni? Ai tengok, Subhanallah sangat menyentuh perasaan ai, sampai buat ai menangis keinsafan. (Tapi rasanya cerita ni macam ada bersambung dengan cerekarama yg sebelum ni, kalian perasan tak? Sebab rasanya mcm ada cerita yg sheila rusli kawin dgn zamarul tp mother in law dia x restu pastu kawin ngan zila bakarin, sampai takat tu jer rasanya cerita masa dulu tu, tajuk cerita ai dah lupa)(Kalau salah tolong betulkan yer)
AMPUNKAN DAKU
Mengisahkan bagaimana Latifah (Sheila Rusly) yang menubuhkan rumah perlindungan remaja wanita ie KEWAJA. Kisah hidup latifah yang terpaksa berpisah dengan suaminya, Azri (Zamarul Hisyam) dan anaknya Khalish akibat tekanan yang dihadapi daripada ibu mertuanya (Fauziah Nawi). Ibu mertuanya memang tidak sukakannya akibat latarbelakang Latifah yang lahir sebagai anak luar nikah.
Latifah mengasaskan rumah perlindungan remaja yang mengandung anak2 luar nikah sama ada di rogol atau telah membuat perhubungan sebelum berkahwin. Suaminya Azi, seorang anak emak yang sentiasa mengikut cakap emaknya dan tidak mempunyai pendirian walaupun isterinya sering di tohmah dan didera secara mental oleh ibunya sendiri dan dia tidak pernah untuk membelanya. Disebabkan tidah tahan dengan situasi itu, Latifah mengajak Azri untuk keluar dari rumah tersebut dan membina kehidupan mereka sendiri. Puan Azimah (ibu mertuanya ) tidak mengizinkan anaknya ikut sekali dan meletakkan syarat jika Latifah ingin keluar dari rumah dia tidak boleh membawa satu pun barang atau harta kepunyaannya. Untuk itu, Latifah telah meminta RM300K sebagai ganti, atas pengorbanan dan penyeksaan yang ditanggung selama dia berkahwin dengan Azri. Azri amat terkejut dengan permintaannya itu dan mengandaikan dia sanggup menjualkan anaknya demi wang. Walhal Latifah telah menyatakan dia begitu kecewa kerana suami yang dinikahinya dan dianggap sebagai pelindungnya tidak mempunyai pendirian dan tidak langsung membela isterinya.
Anaknya yang telah meningkat remaja iaitu Khalish telah mengetahui kisah rumahtangga ayah dan ibunya melalui ibu tirinya Sara (Zila Bakarin) telah lari dari rumah dan tingga di KEWAJA demi mencari kebenaran tentang kisah yang berlaku di antara ibu dan ayahnya.
Menurut cerita yang di terima dari ayahnya, ibunya telah 'meminta wang sebanyak RM300K' daripada ibu mertuanya sebagai ganti memisahkan khalisha dengannya. Namun demi sebuah kebenaran Khalisha telah mendaftarkan diri sebagai penghuni KEWAJA dengan nama gelaran Lisa. Di situ dia cuba mencari bukti2 untuk menidakkan cerita yang diterima dari neneknya.
Akhirnya Khalisha yang lari dari rumah telah menghubungi ayahnya untuk menceritakan hal yang sebenar dan membawa ayahnya ke Kewaja. Dalam pada itu, neneknya telah mengupah orang untuk mengikut jejak mereka dan memberitahu ke mana anak dan cucunya telah pergi. Ketika Khalisha memperkenalkan ayah dan ibunya kepada penghuni KEWAJA, neneknya muncul dan Khalisha terus memperkenalkan neneknya sebagai pengasas KEWAJA dan telah membuatkan neneknya tersentuh.
Akhirnya berkat usaha dan kerja keras Khalisha untuk menyatukan ibu dan ayahnya tercapai apabila Pn. Azimah terbuka hati dan memohon maaf atas kesilapannya yang lalu.
TAHNIAH kepada Sheila Rusli dan Jinggo atas cerita yang sangat memberi inspirasi!!! Thumb Up
Nak tahu pasal KEWAJA? Klik La KEWAJA
'Darah yang mengalir dari anak luar nikah itu merah, jika di toreh tidak dapat dilihat perbezaannya'
"Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup kita ada sebabnya. Kerana Allah tidak menguji seorang hambanya itu tanpa sebab.
Doa orang-orang yang dizalimi memang tidak ada hijab doanya pada Allah"
Psstt - Kalau korang tak nak, bagilah kat saya yang tak ada anak lagi ni. :(
Comments
bengkak mata nanges ni
Me pun nangis juga..sedih kan tp penuh pengajaran...
Secara tak langsung dia tolong promotekan KEWAJA tu, Alhamdulillah
Ya Allah, kurniakanlah aku dan suami zuriat...jangan Kau biarkan kami berdua tanpa ada penyeri hidup..
Alea - tu sbb kita x marah tau...:D