Sunday, September 28, 2014

NST Motor Hunt 2014


Salam hujung minggu..

Hujung minggu yg kena mencergaskan diri..bangun di subuh hening (ececeh)..sebab harini ada Treasure Hunt. 
Setelah last time join 2011... Punyala lama ye.

Gigih la iols nak kejar ERL sesudah subuh nak sampai ke Dataran Merdeka.

En suami ditinggalkan dirumah (jaga diri bebaik tau) 

Nasib sampai on time..

Sekadar join sesuka hati dgn kengkawan, kata beginner sampaikan terlebih masa dan disqualified untuk route 2 punya question, sadis uols!! 


Bersama team lain yang jumpa salam Erl

 We are Hunters On Wheel :) 


Wednesday, September 24, 2014

Promosi Pavlova Kembali lagi!

Salam, khas untuk orang putrajaya dan sekitarnya...
Untuk setiap pembelian yg sama size saja ye 

Harga adalah seperti berikut :- 

Medium RM25
Large RM50
Mini 16pcs RM40..

Tempahan boleh dibuat sehingga 28/9/2014, nak ambil kemudian pun boleh iaitu dari 29/9 hingga 4/10 ye..cepat2 jgn lepaskan peluang ini
Sms/wass up ke 0163165209 untuk pertanyaan lanjut 

Monday, September 22, 2014

Selamat Pagi Cinta

Salam pagi isnin & selamat bekerja..

Munchy's cream crackers cecah milo sebagai sarapan.. :) 

Sunday, September 21, 2014

Suamiku Kini Seorang CKD

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum...

Pejam celik...pejam celik...tengok2 blog sendiri Allahu Akbar, last update 16/12/13 tu...punyalah bersawang2, kalu lalang tu dah panjang menutup rumah dah tu,huhuhuhu...Banyak perkara nak coret nak share, tapi napelah penyakit M banyakk sgt, hingga x terbuat apa2 pun pada blog ni, kesian dia.

Dalam pejam celik, pejam celik tu, rupa2nya dah dekat nak masuk setahun rupanya En. Suami menjalani dialysis dan menjadi pengidap chronic kidney disease (CKD). Setiap selang sehari (selasa, khamis & sabtu) dia akan menjalani proses dialysis di Pusat Dialysis Medinefron yang terletak di Seri Kembangan, Serdang.


 Aku menggelar pusat diallysis tu sebagai sekolah, nurses kat sebagai cikgu. (Dahla nurses tu semua muda belia n cun2, nasibla suami tak menggatal hahahahaaha) Sebab apa? sebab rasa close sgt bila panggil sekolah. YA memang tempat tu sebuah sekolah kehidupan bagi aku dan suami. Bukan setakat tempat untuk cuci buah pinggang tetapi tempat untuk mengenal erti kehidupan bagi pesakit CKD.

Kalu ikutkan pusat dialysis tu, tempat yg suram...majoriti yg dtg dialysis org2 yang berumur, yg muda pun ada..tp bila tgk warga tua yg dtg, faham2 je la. Mereka sebenarnya x teringin pun nak buat dan seolah2 dah putus asa dgn kehidupan. Di awal2 dialysis dulu, suami sering bercerita...ada je pesakit yang meninggal di pusat dialysis tu tiap2 minggu, tak pun yg meninggal di rumah...saban minggu akan ada pesakit baru yg masuk dan pergi. Gerun juga bila dengar.

Bagi nurses tu pula, aku sgt kagum dan salute pada mereka, kerja mereka sgt mulia. Yelah mana nak layan kerenah pesakit2 dialysis yg bermacam ragam, berdepan dgn pesakit yang nazak ketika diaylisis, bahkan ada yg meninggal ketika dialysis (bayangkan la). Suami aku kalu pergi dialysis selalu je balik bercerita pasal nurse dan dia juga menjadi penceria kat sana, nurse tu dia usik dan kadang2 dia belanja makan....dia kata kalu x ceriakan tpt tu, nampak suram sgt suasana2...


Bila nikmat Allah ditarik balik...ingat senang ke? besar juga cabaran menjadi CKD apatah lagi menguruskannya sebab jika tak kena cara boleh mendatangkan mudarat dan maut.


Pernah ada yg ckp kenapa tak guna CAPD...hurm bukan tak baca, kaji (semua aspek dah di ambil kira). Ingat senang ke? Bunyi cam senang je kan kalu guna CAPD @ dialysis kat rumah...bagi peniaga atau yg nak promote CAPD tu cakap, senang je, buat time tidur bagai etc n bla..bla.. tapi hakikatnya benda penting yg nak kena jaga ialah HYGIENE atau kebersihan!..uisshh jgn buat main2 ye, silap haribulan...merbahaya. sebab CAPD sgt mementingkan kebersihan dan penjagaan kebersihan yg sgt teliti dan rapi. Bilik pesakit nak kena sentiasa bersih, air yg digunakan juga kena sentiasa dipastikan bersih dan terawat,tak boleh ada kuman atau bilik tu kotor...sedikit cerewet n leceh.

Pada aku, baiklah gi ke pusat dialysis tu...at least berjumpa org n eratkan ukhwah, x payah nak pening2 nak jaga kebersihan bagai...lagipun selagi duduk kat MAlaysia ni, Insya Allah banyak je puasat dialysis n kalu nak bercuti dalam negara bagi tahu je pihak sekolah tu...mereka akan uruskan tpt dialysis yg berdekatan dengan tempat bercuti....

Jd pada yg masih sihat tu, jagalah kesihatan kita...bagi yang doktor telah sahkan buah pinggang anda tak lagi mampu untuk berfungsi dengan baik jgnlah berputus asa, kerana selagi boleh dialysis buatlah...sebab membantu kesihatan anda juga...


Ada yg kata boleh je pergi buat pemindahan buah pinggang kalau ada duit RM300K...hurmm pada aku mmg aku tak nak la suami buat benda tu, selagi ada kudrat kita bertahan dgn apa yg Allah bagi. Mmg ada yg cakap, tukar buah pinggang tu boleh success tp selama mana? dan risiko atas setiap individu tak sama....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!