Skip to main content

Menerjah Seorang Felinna

Assalamualaikum 

Malam tadi setelah dinner di Flamingo Cafe Bangi, ai dan suami pun ronda-ronda sekitar Bangi Sentral Area - suami nak tengok kedai/butik2 yang ada sebab tak pernah lalu (ikutkan je la). Ketika memandu tu disekitar kawasan Bangi Sentral tu - pergi laluan second row dia - kawasan tu ada butik Siti khadijah, Sarc, Restoran Tempoyak Daun Kayu. Ai bawa kereta perlahan je sambil tengok2 nama2 deretan kedai yang ada tetiba tengah2 jalan tu berdiri 1 lembaga hitam -terkejut juga, puas tenung orang ke hantu - tapi berdepan denganya lembaga  tu terang lampu kedai - jadi ai ni antara takut dan tak pandu juga. Dia toleh - wanita berpurdah - terus pk "Eh Felinna ke?" ntah nape dia yang ai teka, kereta yang ai pandu melepasi bangunan tu tapi siap toleh bangunan tu tertulis Felinna Boutique - hah betulla. Cakap dengan suami, nak patah balik n nak jumpa dia.


Kereta parkir jauh sikit dari kedai dia, jalan dan beri salam dengan agak kuat supaya tak mengejutkannya. "Felinna ke?" ai tegur sambil hulur salam 
"Ya saya" balasnya sambil sambut huluran salam serta kami berbalas pelukan - ok part ni ai rasa cam eh dah lama kenal dan nampak mesra sangat ye - sebab ai ni kan stranger.

Ai hulurkan kad nama dan cakap saya bukan siapa2 ie bukan customer dia cuma mengikuti perkembangan dia dengan produk kosmetik dia tu - yang paling famos dulu tu kan Felinna Inch Loss (tu yg ai paling igt sangat nama dia) 

Setelah berbual dan memperkenalkan tujuan dia memberikan no telefon untuk urusan seterusnya dan ai sempatla snap sekeping selfie untuk kenangan/tepek kat blog ni :)

Untuk mereka yang suka sangat pergi pembukaan butik - jemputla terjah butik Felinna pada 20/9/2015 depan ye di Bangi Sentral, Bangi - mereka buat perasmian - ada macam2 offer katanya..

Buat Puan Felinna - terima kasih atas salam ukhwah yang disambut - saya rasa lain sangat (tu yang gigih updates blog ni ye) doa saya moga terus berjaya dan kaya seperti Saidatina Khadijah. AMin 


Sepanjang perjalanan pulang ke rumah - terlayar semua rentetan cerita kisah dia yang ai pernah baca - jatuh bangun dan sepak terajang beliau dalam perniagaan sehingga dia berjaya hari ini - rasa iri untuk jadi sepertinya - tapi ai tak jumpa lagi formula untuk itu - ai tak nak buka butik pakaian - tapi ai nak kembangkan biz yang ai ada ini je my love of baking :)






Butik beliau yang sedang dalam proses - masa ni papan tanda belum naik rasanya.. 

Sekeping gambar buat kenangan bersama Pn. Felinna 

Comments

Popular posts from this blog

Cinta 1.30 - Part 5

Kini hanya rindu Yang bisa aku ungkapkan Penyesalan yang belum sempat tersampaikan Aku rindu pada dirimu Lirik lagu nyanyian Putri Ariani, penyanyi buta kelahiran Indonesia aku jadikan sebagai lagu latar menghiasi keratan gambar aku bersama arwah suami di posting status whatsapp untuk dimuatnaik. Entah kenapa, memori catatan yang aku snap short dari memori mukabuku bertarikh 4 Mei 2016 yang menunjukkan catatan luahan kerinduan aku pada suami ketika itu bersama dengan gambar kami berdua aku post di whatsapp dengan caption – Aku rindu!! Al-fatihah. Ya memang aku rindu pada arwah hari ini. Rindu yang teramat sangat, sakit rindu yang amat dalam yang kadangkala buat aku rasa giler disebabkan rasa macam mimpi aku telah kehilangannya dan pernah melalui semua saat bersama dengannya. Bila diingat, aku rasa adakah aku sedang bermimpi? Setelah lapan jam status tersebut aku muat naik, aku melihat kepada view yang membaca postingan tersebut. Ternyata salah seorang yang membaca status aku...

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~ (nak baca entri baru scroll yer) Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P) Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha Syarat-syaratnyer senang jer: Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer) Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P) Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah Cukupla tu...hehehehee Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)  (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la.  TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010 (KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

730 Hari Kita Bersama

Salam uols... Alhamdulillah hari ni anniversary kami yg ke 2, tp sikit kecewa coz kami berpisah, minggu ni turn aku lak bertugas luar rumah aka outstation, x dapat nak raikan bersama2. Nak update blog pepagi plak tenet susah sangat linenyerr. Geram, ni baru laju skit. Tp x bleh lama2 krn tugasan dan komitmen tugas yg menanti, masa senggang yg berbaki ni le br bleh nak kemaskini. Pejam celik pejam celik dua tahun dah kami berumahtangga, rasanya baru sebentar td kami diijabkabulkan. 730 hari dah kami lalui bersama-sama, masih banyak lagi halangan dan cabaran yg terbentang di depan yg x dpt kami jangkakan, musuh2 dan anasir2 serta parasit2 yg ingin merosakkan kebahagiaan kami sama ada nyata @ tidak, sedang menunggu saja masa dan peluang. Jika iman dan keteguhan diri tidak kuat, akan lemahlah ikatan ini. Nak-nak pada ikatan yg terlalu muda mcm ikatan kami ni, andai dicuit skit jer suis nyalaan api kemarahan @ kecemburuan yg x bertempat nescaya akan musnahlah ia. Hanya doa, tawakal + ...