Majlis pembukaan butik telah dirasmikan oleh Dato Amir bin Md. Noor; Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. Manakala Muhammad Rafie, Pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd adalah Ikon Alumni Kolej Komuniti.
Sementara itu, pelakon kanak-kanak popular, Mia Sara dilantik sebagai duta produk Jus Caliph. Pemilihan Mia dibuat berdasarkan pengaruhnya terhadap golongan kanak-kanak selain merupakan seorang yang matang dan bijak.
Turut diumumkan, pelantikan Fynn Jamal sebagai duta kecil untuk produk Jus Caliph. Selain mempunyai pengaruh yang kuat di laman sosial, cabaran Fynn Jamal membesarkan anak istimewa dilihat sesuatu yang menarik untuk diketengahkan.
"Saya lihat Fynn sebagai ikon kepada ibu-ibu di luar sana lebih-lebih lagi personalitinya yang cukup menarik perhatian umum. Penulisannya di laman sosial mengenai isu-isu semasa serta mempromosikan sesuatu produk membuatkan saya lihat Fynn adalah selebriti yang paling sesuai menjadi duta kecil produk kami, ujar Felinna.
Jus Caliph merupakan makanan tambahan dengan kandungan Serat, Kalsium, Vitamin dan Mineral yang membantu untuk tumbesaran danperkembangan otak kanak-kanak. Jus Caliph mengandungi kurma, kismis, Madu, Delima, BuahTin, Aprikot, Omega 3 dan Omega 6. Kesemua bahan yang terkandung dalam Jus Caliph ini memiliki kehebatan tersendiri antaranya mampu menjadi penawar pelbagai penyakit selain menggalakkan perkembangan minda.
"Ianya juga adalah sebahagian daripada makanan sunnah yang sangat digalakkan dalam amalan pemakanan umat Islam termasuk kepada kanak kanak," tambahnya lagi.
Comments