Sunday, May 31, 2020

PENINGGALAN BEKAS ISTERI

Assalamualaikum, 

Salam 8 Syawal 1441H.

Perkongsian ini buat renungan dan pedoman pembaca budiman. Ingatlah apa yang kita lakukan ke atas anak-anak atau ahli keluarga, kelak balasannya jika tidak di dunia pasti di akhirat. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terkesan aku setelah menonton cereka ‘Peninggalan Arwah’, sarat dengan pengajaran dan cerita teladan untuk kita mengambil ibrah. Hakikatnya cerita seperti itu masih berlaku sehingga hari ini. Paparlah pelbagai drama dan lakonan semula mengenai kesan pengabaian anak yatim atau memakan harta anak yatim, semua itu tidak akan memberi kesan jika hati telah hitam dek hasutan syaitan atau hidayah untuk mereka belum Allah hadirkan.

Teringat aku kisah dua hari lepas, tatkala aku di stesen Petronas ingin mengeluarkan wang, jam menunjukkan tepat pukul 6.15 petang. Dalam hujan renyai-renyai yang membasahi bumi. Saat aku memakirkan kereta di tepi kotak pos laju aku terpandang sesusuk tubuh kecil bayi dalam kendongan ayahnya. Usianya dalam setahun lebih barangkali. Dengan mata penuh sayu seolah meraih simpati aku kala melihat wajahnya nan polos itu. Di bibirnya tersembul puting merah yang dinyonyot. Kepalanya ditutupi topi keledar kecil juga warna merah. Manakala si ayah sedang merapikan baju sejuk anaknya untuk mengelakkan hujan. Dibahagian depan mengendong anak, dibelakang tergalas begpack. Manakala bakul motor pula penuh dengan pelbagai barangan. “Baiknya hati ayah kendong anak sekecil ini, emak dia di dalam barangkali beli barang” tebak hatiku. “Nanti nak belikan baby ni sesuatu la, kesian pula tengok dia, hujan-hujan ni mesti lapar” omel hatiku.

Setelah usai mengeluarkan duit dari ATM, aku segera mencari-cari bahan makanan di rak-rak makanan yang ada dalam Petronas, sambil mata menjeling ke luar pintu kaca untuk melihat kelibat baby comel tu. Dengan harapan dia belum beredar lagi. Aku memilih beberapa jenis roti krim gardenia dan roti twister gardenia lalu membuat bayaran. 

Bergegas aku keluar mendapatkan baby comel tadi dengan ayahnya, laju aku menghulukan bungkusan roti yang dibeli kepada si kecil itu sambil bersuara “Anak encik makan roti tak?” takut juga tersalah beri makanan kepada anak orang. Si ayah menjawab “Dia makan semua, terima kasih belikan. Moga murah rezeki.” Aku masih tidak memandang wajah ayahnya yang ditutupi tuala sebahagian mukanya kerana ralit melihat wajah si kecil. “Ini Rafiq (bukan nama sebenar) la Shikin” si ayah menegurku. Aku menoleh ke arahnya. “Ya Allah, kau ke?” Aku membalas dalam keadaan yang sangat terkejut. Kecil sungguh la dunia, kenapa aku tak perasan pun dia tadi. 

 “Baby, ni kawan Auntie Yaya” si ayah memperkenalkan aku kepada anaknya. Bayi kecil bersama ayahnya merupakan kenalanku. Orang yang aku pernah kenal sangat-sangat dan tahu sejarah cerita hidupnya. Anaknya juga pernah aku jumpa sebelum ini, mungkin saja aku tak cam. Aku melanjutkan pertanyaan dan sekadar berbasa-basi. Aku nyatakan hasrat untuk menumpangkan anaknya tetapi tiada carseat dan aku risau membahayakan keadaan si kecil itu. Lantas aku mohon untuk pulang dan mendoakan agar dia selamat sampai ke destinasi bersama bayinya. 

Setelah meloloskan diri dalam kereta, segera aku mendail nombor telefon rakanku merangkap bekas teman hidup Rafiq. “Assalamualaikum beb, kau nak tahu tak aku jumpa siapa? Aku jumpa Rafiq dekat Petronas” laju aku membuka cerita, sambil air mata bergenang di tubir. “Aku tahu apa ko nak cerita beb” Yaya rakanku menjawab seakan dapat menebak cerita selanjutnya. “Tak apa ko cerita aku dengar” sambungnya lagi. “Aku tak sangka aku jumpa dia dalam keadaan macam ni la. Kalau orang aku tak kenal aku tak kisah beb, ni orang yang aku kenal,” aku bercerita sambil airmata mengalir di pipi. “Nak buat macam mana. Takkan aku nak tolong pula, dia dah tak ada kena mengena dengan aku. Lagipun keluarga dia masih ada” Yaya menerangkan. “Apa yang kau tengok tu, itulah yang dia hadap hari-hari. Kau boleh bayangkan tak tiap pagi dia akan bawa anak dia naik motor keluar rumah jam 6 pagi dan balik jam 6 petang, setiap hari. Tak kira hujan ke panas. Rumah dia bukan dekat dengan tempat kerja tu. Dekat 45 minit juga perjalanan. Dia kerja nun jauh di hulu kawasan. Anak dia tu, dia hantar dulu ke pengasuh dekat dengan kawasan tempat kerja dia tu. Tapi yelah budak besar macam tu dah kena keluar jam 6 pagi, ko boleh bayangkan tak? Aku takkan nak tolong dia lagi, dulu aku dah pernah tolong. Sekarang situasi aku dah lain.” Lagi laju airmata aku mengalir mendengar cerita Yaya. 

Aku terkesan dengan situasi tersebut, simpati aku mencurah kepada si kecil yang tak mengerti apa-apa. Si kecil itu merupakan anak Rafiq dengan bekas isterinya yang kedua. Ibu kepada si kecil itu tega meninggalkan anaknya yang baru lahir kepada suami tanpa belaian dan kasih sayang seorang ibu. Sampailah keduanya bercerai, sikitpun si ibu tidak ambil tahu dan ambil peduli. Jadi hiduplah Rafiq bersama anaknya berdua. Rafiq bukan tidak ada keluarga dan adik-beradik, tetapi dia seolah-olah dibuang keluarga kerana kisah silamnya itu. Entahlah kisah selanjutnya aku tak pasti bagaimana. 

Cuma apa yang aku ingin kongsikan. Anak kecil itu tidak mengerti, dia kain putih yang perlu dicorakkan dengan corak yang bewarna-warni dan corak yang cantik, bukan dengan lakaran kanvas hitam yang penuh dengan dendam, amarah dan benci. 

Tidak mustahil dalam keadaan dunia yang kian menghampiri penghujungnya ini. Saat di mana si ibu akan menagih kasih sayang anaknya akan pasti berlaku. Saat ahli keluarga si ayah yang menyisihkannya pasti akan tersedar akan khilafnya. 

Anak, makcik doakan agar awak sentiasa dilindungi Allah dan membesar menjadi seorang anak yang soleh. 


NBJ 
Menulis melalui pengalaman

Tuesday, March 3, 2020

Bila Kena Hentak Meja

Assalamualaikum,

Rindu nak menaip!! Semalam dah miss satu hari menaip, ni curi masa rehat sekejap menaip. What a stress day begin today. Huhuhuhuuu...

Ai ni dari kecil berangan nak jadi pegawai psikologi/kaunseling penah bercita-cita sebab macam best kot jadi pendengar masalah orang dan kemudian kaunselingkan mereka dengan perkara-perkara baik saja. Hahahaha kelakar kan? Tapi perancangan Allah hebat dan lagi baik rasanya, sebab Ai ni bukan ditakdirkan untuk jadi sebegitu rupa, sendiri pun banyak masalah oii ada hati nak kaunselingkan orang hahahaha.

Tapi disebabkan tugas dan tanggungjawab, jadi peranan dalam kerja sekarang ni ada la sikit sebanyak sebaagai pegawai kaunseling tak bertauliah, ye lah mana nak handle staff-staff bermasalah jadi kenalah tau latarbelakang di dulu baru boleh buat tindakan. :)

Nak jadi cerita hari ni, waktu masuk kerja tadi pagi dah panggil sorang staff ni yang boleh dikira ada masalah attitude. Tapi dia ni kalau kena dengan cara dan layanan dia ok je, jadi awal-awal perbualan tu kira ok. Sekali Ai terpetik suis  'trigger' dia, mulalah dia dah tak betah duduk dan beraksi. Suara dia pun mula la turun naik. Ai pun macam orang main layang-layang tarik lepas tarik lepas dengan perlakuan dia, bila time suara dia meninggi, Ai slow kan tone suara suruh dia tenang dan jangan marah.

Sampai satu part sendiri tak boleh kontrol naik la 2 oktaf suara gitu, dia apa lagi tengking Ai balik sampai hentak meja marah  balik, nasibla dalam bilik tu ada 3 orang lain yang jadi saksi dan boleh back up jika ada apa-apa berlaku. Nak kataa terkejut tu tak juga, sebab sebelum tu dia memang dah tinggi-tinggi suara tapi tak sangka dia nak hentak meja. Eh nasib tak pecah cermin meja tu, kang tak pasal-pasal tangan ko berdarah dik oi.

 Lepas sipolan tu marah-marah dia pun keluar dari bilik Ai. Adui la masalah tak selesai masalah lain pula yang timbul. Hahahaha


Moralnya - bukan senang nak jadi kaunselor ni kan:

Pertama kena ada keberanian yang tinggi - karang kalau client tu menimbulkan masalah atau perbuatan di luar batasan jenuh juga.
Kedua - kena ada kesabaran yang tinggi dalam aspek mendengar, menghadam cerita atau maasalah. Ketiga - skill atau kemahiran menganalisa masalah client, gerak geri dan komunikasi.
Keempat - Empati.

Tu kot yang Ai boleh ulas secara sendiri ni kalau nak berjinak-jinak jadi kaunselor.

Selamat berehat :) 

Sunday, March 1, 2020

Kegembiraan Yang Hilang

Assalamualaikum,

Tengah buat apa tu? Mesti tengah berehat-rehat di hujung minggu kan :)

Ai dah mula kerja hari ni. Hampir setahun bertukar arah dan angin, tapi masih tak boleh nak hadam lagi otak ni bila bab pertukaran waktu kerja. Body clock masih set hari isnin hari mula kerja. Huhuhuhu.. Mana taknya selama membina kerjaya ni, Ai kerja di kota metropolitan sana, hampir 11 tahun membesar dengan cara dan gaya hidup di sana. Bila berubah angin ni, susah sangat nak hadamnya. Entahlah. Jiwa meronta-ronta nak balik ke kota sesak itu..Uwaaa.

Sampaikan rasa tak seronok nak kerja. Banyak perkara yang tak dapat buat, yang ditinggalkan sebab tempat ni tak sama langsung dengan cara sana. Baik dari segi keperluan prasarana - duduk di kota metropolitan nun semua dihujung jari dan memudahkan terutamanya bagi suami yang guna kerusi roda. Dekat sini kekangan sangat tinggi untuk suami bergerak guna kerusi roda sampaikan Ai sendiri tak ada mood nak bawa suami berjalan-jalan hujung minggu ke mana-mana. Terperap saja di rumah.

Kedua - Ai rindu nak berbusinesss, nak buat free market, nak join carbootsales, nak baking nak begitu nak begini. Dekat sini semua tu tak dapat nak buat dan tak boleh nak jumpa kat mana. I lost my happy life :(

Sampai kena depress dibuatnya. Jumpa doktor dan buat DASS test serius ada mild depress. Should Ai ask for transfer again? Kesian kan.

Dapat pula subordinate yang tidak menghormati Ai sebagai penyelia, buat kerja main jalan terus tanpa maklum apa-apa dan tiada teamwork. Lagi la tambah tekanan.

Kesimpulannya.

Walaupun kampung halaman ni bumi Ai bersekolah tetapi dia bukan bumi yang sesuai untuk Ai mencipta kerjaya disini. :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!